BUDAYA KUNING MULA MERESAP MASUK DALAM MASYARAKAT KITE

MOTIF?
TEMAN PUN TAK TAHU....

Teman tak minat nak kongsi tapi...terpanggil juga untuk meluahkan isi hati tua ni..
Teman rasa,kite ni dah jauh tersasar dari landasan yang benar...
Masyarakat kite semakin terhakis sifat malu,walhal...malu tu separuh dari iman.
Orang tak tahu malu,tanda kepada orang tak beriman.
Gitulah gamaknya.

Semalam,dah nampak cerita kuih bentuk kemaluan lelaki ni,terkedu juga..
Dalam hati,entah apa2 le...
Kalau teman anak dara pun tak mungkin teman beli kuih macam ni...Mengarut!Nak beli pun malu,nak pegang pun malu,nak makan lagi lahhh malu.
Siapa lah yang tergamak buat kuih bentuk ni...
sampai kesitu akalnya?

Melalui pembacaan,kuih ni ada dijual kat Langkawi,Kedah.
Harganya pun murah,RM4 satu,jika beli 4 boleh dapat free satu.Dengar2,boleh dibeli kat online juga.
Mungkin ramai peminat kuih ni.
Selalunya benda2 yang merepek ramai yang suka.Tepatlah sasaran peniaga ni,untuk dapat untung yang banyak,terpaksa lakukan sesuatu yang salah dimata kasar kite.

Ramai orang marah,dari komen2 yang ada....
Rata2 masyarakat tak suka.Malaysia terkenal dengan adat2 ketimuran yang baik dan sikap sopan santun yang terpuji,bagaimana kuih ni boleh ada di pasaran.
Dah hilang malukah kite?

Dulu2,mak2 kite selalu pesan,makanan jangan di buat main2.ALLAH marah.
ALLAH dah beri rezeki kat kite,kemudian kite buat yang tak betul.Kuih bentuk macam tu,nak makan macam mana?nak baca Basmallah pun tak berani.Tak kan nak baca Basmallah sambil kunyah kamaluan lelaki walaupun hanya palsu.

Hilang satu bab,timbul bab yang lain.
Hari ini keluar pula gincu bibir bentuk yang sama.
LUCAH BETUL!
Dalam hati....makin mengada ngada pula.
Peliknya...
Orang perempuan yang promosi kauu!
Kalau lelaki rasa2nya....okaylah kot?sebab lelaki memang kurang malunya.
(Jangan marah....)
Perempuan tu fikir orang suka!
Malangnya....rata2 masyarakat menyifatkan gadis atau perempuan tu sebagai gatal dan tidak sopan.
Gadis atau perempuan tu,sanggup tukar cover photo semata2 nak promosi lipstik berbentuk kemaluan lelaki berjenama Diamond Dreams.

Bayangkan?
Apa yang ada kat kepala otak dia kan?
Apa yang kite fikir bila seorang gadis tanpa segan silu memperomosikan kemaluan lelaki walaupun dalam bentuk begitu?

Semuga mereka2 tu sedar...
Hidup ni singkat,kite ada anak2,kite mungkin akan ada cucu cicit...
Kite nak ke  mereka hidup dalam suasana seburuk ni?



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH