2 HARI SIBUK MENGENTEL CHUP CHUP UTK MAJLIS KAHWIN SAHABAT

SERONOK WALAUPUN PENAT LAH JUGA...

Sahabat nak sambut menantu..
Masa makin dekat,dia kata dia makin cemas,banyak benda tak buat lagi.
Teman diam je..
Teman faham,buat majlis kahwin bukan mudah,banyak keje!

Adik2 kahwin kami sama2 buat persediaan.Dari A ke Z.Kami adik beradik bergotong royong sempurnakan majlis.
Tapi untuk majlis kami je,majlis orang tak tahu nak campur tang mana,takut orang tak suka.

10thn kenal dia,teman dapat rasakan...
Dia perlu di bantu,orang yang nak sambut menantu,tak akan dapat fikir perkara2 yang remeh temeh.
Kelmarin dia beri teman wang RM5 dan brooch utk di beri pada kenderat(pembantu majlis)
Semalam...
Kami pergi cari gula2 utk kanak2.
Utk dewasa,dia beri telur yang di letak dalam bekas cantik.
Semalam...teman sorang ikat dan bungkus gula2 chup chup..
Potong kertas,potong reben potong kawat @ dawai.
Lepas tu mula mengikat satu persatu gula2 bertangkai tu.
Lepas siap hampir 300 biji,teman ikat pula reben satu persatu.Teman minat,,cuma cepat jemu.Jika dah jemu...mulalah buat kerja cepat2.
Jika dah cepat2,faham2 je le...
Tak berapa nak kemas le...
Sepatah kata Aaliya..Ibu,budak2 tak kisahlah cantik2 ni,diaorang nak gula2 je,nanti reben2 ni diaorang buang je..
Itu pendapat seorang dari kanak2 mewakili semua kanak2 sedunia.
Bagi orang dewasa,tak kisah tu semua yang penting!cantik dan meriah.


Teman buatkan dia kotak yang bertebuk untuk dia masukkan duit sumbangan dari kawan2.
Dia kata...i baru nak beli beg besar sikit,
Teman jawap...tak payah,nampak buruk!nanti baju melayu atas bawa kocek gelembung,buruk benau!
Dia kata i masuk dalam beg le...
Teman kata...jangan!nampak pelahap duit sumbang.Nanti saya buatkan kotak,nanti letak dalam tu,tapi mesti ada orang jaga le...
Dia tanya...macam mana rupanya?
Teman jawap..nanti saya buat dulu le...dah siap baru faham.

Dia beri teman kotak,teman tebuk lubang,dah siap!alamak!penutup dah tutup semua!
Teman beli sampul lagi...
Kali ini,benar2 menepati citarasa.
Untuk kawan2 yang nak buat majlis kahwin,sediakan kotak seperti ini,kalau boleh sembunyi2 sikit,jangan leka...
Takut orang angkut dengan kotak2 sekali!


2 hari teman kejekan semua tu,baju tak berlipat,mujur ada Citra,kalau tidak,baju pun tak bersidai!
Teruk benau teman rasakan.
Apa2 pun...teman masak juga,teman tak mahu bantuan teman jadi marah kat suami,bila teman terlalu taksub.
Jadi...sesibuk bagaimana sekali pun!
Teman tetap menyediakan juadah tengahari.

Baru sat,teman tanya suami..
Kamu sukakan saya dah habiskan kerje saya tu?
Dia jawap....suka!kalau tak rumah sepah!
hahaha...
Itulah suami teman,dalam baik ada juga dengkinya kat teman.

Kepada sahabat..
Teman tak mampu nak bagi duit banyak2,teman gantikan dengan tenaga ya...
Kalau ada apa2 yang perlu di gentel...
Hantarlah rumah teman ye..

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK