UPSR

FORMAT BARU

Inilah Malaysia.
Setiap kali orang baru naik,maka sistem pun berubah.
Kesian kat anak2,kesian kat guru2 dan kesian kat kite kite semua.
Penat layan aktiviti anak2.
Dari pukul 6 hingga ke malam,aktiviti mereka mengalahkan kite.

Pagi ke sekolah kebangsaan,petang ke sekolah agama dan malam kepusat2 tuition.
Kite sendiri tak tahu nak kejar mana satu.
Awal tahun hingga hari ini,anak2 teman masih tak dapat masuk tepat ke sekolah agama.
Pulang mereka lewat.
Pukul 1 pukul 2 atau pukul 2.30.
Sekolah agama bermula pukul 2.30.
Sahabat kata tak payah lah sekolah agama,penat budak2.
Teman senyap je..
Nak ikutkan penat,teman memang tak akan menghantar anak2 kesekolah agama.
Tapi...
Bila ingatkan ALLAH,teman gagahi jua.Tak mahu beri alasan penat untuk agama ALLAH.
kalau teman tak hantar,siapa lagi nak ajar mereka?
lainlah kalau teman ni ustazah!
Lainlah kalau suami ustaz!
Dua2 melingkup!Alif Ba Ta pun tak betul sebutannya lagi.

Sahabat kata tapi u kena pilih satu.
Teman tetap akan pilih dua dua.Tak ada alasan kenapa teman nak buang pendidikan islam.
Ianya juga penting untuk anak2.
kalau teman mati tengah hari tengah malam..
Paling tidak anak2 teman tahu juga nak buat apa.Paling tidak mereka tahu baca yassin.
Jika kite tak usaha kearah itu.
Nanti kite mati mereka letak dalam guni.
Baru hangpa tau dunia ni kecil ke besau!

Pagi tadi,suami teman gi mesyuarat  format baru UPSR.Biasa teman yang pergi,kali ini...
Biarlah suami yang ambil tahu..
teman pun tak kisah nak kira macam mana,yang teman tahu...
Anak2 teman dapat BAGUS!Dapat banyak A,dapat banyak kepujian.
Yang selebihnya....
Biarlah cikgu2 yang kira untuk mereka.
Dah tua2 ni...
Malas nak fikir semua perkara.
sakit kepala!

Teman tanya Alif...apa format baru tu?
Dia jawap...kalau cakap pun ibu tak faham..
Teman akui...betul2...ibu tak pedulilah,cikgu nak kira senget ke nak kire tegak ke..
yang penting!Dapat A banyak.

Dengar2 jawapan mereka ikut logik.Matapelajaran pun tambah 1,jadi 6 subjek.
Dengar2...mereka akan menjawap ikut kefahaman tapi menesabah.
Dengar2...mereka akan menjadi generasi yang kecik2 dah pandai guna akal.
Tak ada lagi ABC,kalau ada pun 20 soalan sahaja.

Teman tanya Alif...
Jawapan ikut logik kan?
Makanya...kena rajin membaca supaya penulisan tu akan jadi lebih terang dan jelas.
kena rajin membaca supaya jawapan yang di beri tak lari tajuk.

Ehmmm....macam2!
Mereka dan kite dah tak santai lagi...
Kalau dulu orang kata...ala...baru UPSR je kot?
Sekarang tak lagi....anak2 umpama habis UPSR terus masuk Menara gading.Terus menuju puncak tertinggi.
Alahai....letihnya...

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH