SNOWDROP

PAD KAIN.

Sejak dua menjak ni,teman tak boleh pakai pad biasa tu lagi,dah alah...
Sebelum ni okay,baru2 ni je alahan teruk.
Subhanallah!seksa betul!
Pergi farmasi,beli ubat sapu...
Tak jalan!
Pergi lagi...
Tak jalan juga...
Pergi lagi..
Kali ini dia beri yang lagi kuat dari sebelumnya.
Siap pesan...akak kena berhenti pakai pad,akak kena cari pad kain.
Teman cari kat internet,pernah dengar tapi tak ingat di mana...

Pad kain jenama Snowdrop.
Teman terus order,ingat nak beli untuk diri sendiri,tapi ingat kat anak2.
Beli sekali tapi boleh pakai lama.
Cuma basuh dan sidai.
Cantik berwarna warni.
Bila post laju sampai,buka dan tatap satu persatu...Cantiknya...boleh ke?tak bocor ke?

Okay sekarang baca pengalaman teman ya...
Pad ni bagus.Cara orang dulu2,pakai kain.Dulu2 mana ada pad2 moden ni,kalau ada pun yang ada tali macam kat hospital,jenama kotex.
Pertama kali pakai...
Untuk hari2 pertama,kedua...haid tengah banyak.Kena pakai yang size besar.
Mungkin orang lain pakai,rasa lain.Teman pakai rasa tak selesa.Macam berat dan penuh di punggung.
Jika kite tak keluar kota..YES!masih boleh diatasi sebarang masalah.
Tapi..jika kite keluar kemana sahaja.
Pad kain tak sesuai.Nak salin,nak simpan...semua tu meremehkan.
Betul!ada beg kalis air,tapi kite tetap susah nak uruskan.
Nak basuh betul2,kalau tidak berbau nanti.

Untuk hari berikutnya,pad size sederhana di sediakan.
Bagi teman tetap tak selesa,mungkin baru bagi teman.Rasa rimas sebab kain tu memanaskan punggung.
Snowdop ada 4 size...
Size ke 3 untuk haid2 terakhir,lebih nipis dan sederhana tebalnya.
Yang ini,masih okay dan selesa.
Size ke 4 lagi baik,boleh di jadikan panty liner.Biasa panty liner yang ada di pasaran terlalu nipis,untuk teman panty liner di pasaran sudah tak sesuai lagi.Jika teman terpaksa memakainya,teman lapiskan dua.Itupun jika keluar rumah,kalau tidak,tak perlu le bersusah payah macam tu.
Ada sahabat kata...terbalikkan seluar bila nak solat,tapi teman tak fikir cara tu baik,najis tu tetap ada walaupun 10kali diterbalikkan.


Dalam banyak2,pad jenama ni,teman hanya mampu kata....size paling kecil tu je yang okay,yang lain...rasa2nya....tak kot?
Sorry ya...teman mungkin tak biasa,tak yakin,bila akhirnya...kesan darah keluar juga,kena seluar walaupun baru je tukar pad.
Sahabat kata...lama sangat tak?
Teman hanya jawap...tak!baru je tukar.
Sahabat kata salah letak kot?
Teman jawap...nak letak macam mana lagi?kat area situ juga kan?
Sahabat kata...i pun tak yakin,lagipun pad biasa tu mudah dan ringkas.Basuh lebihkurang dan buang dalam tong sampah.
Teman jawap...tapi mudah kena barah.Pad kain ni tak....meninggalkan keburukan.
Sahabat kata...kita nak kesana kemari,kita nak cepat2,kita nak rasa yakin.Kalau awal2 u kata tak yakin,macam mana nak suruh i pakai pulak?
Opps!teman salah komen,ingat nak promosi tapi salah ayat.

Apa2 pun...untuk kesihatan,pad kain baik untuk kesihatan jangka panjang.
Pad jenama terkini,mudah tapi banyak kesan sampingan.
Lepas menteri turunkan harga pad terkini,mungkin cara pembuatan lebih cin cai.
Mungkin le...teman main agak2 je.


Kepada wanita yang pentingkan kesihatan,cubalah...
Mungkin awal2 rasa tak selesa,lama2 mungkin kite serasi bersama.
Kepada anak2 ibu,cubalah,kamu masih muda,masih jauh lagi perjalanan.Peniaga zaman sekarang dah hilang rasa ihsan,entah apa2 le yang dia masukkan nanti.
Mereka fikir untung je,kebajikan penguna langsung tak di ambik kira.
Sebab tu....
Cubalah....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK