SALIH YAAKOB CERAI BINI

GARA2 REUNION

Banyak kes2 macam ni...
Gara2 reunion sek,ramai yang jadi janda dan duda.
Kawan teman ada juga..
lelaki perempuan sama sahaja.
Walhal....masing2 dah tua,dah ada cucu belaka.
Tetap nak bercinta semula.
Kadang2 terfikir juga,apa lah nak jadi kite semua.
Bercinta masa ada ikatan perkahwinan tu kan maknanya curang.Apa kata anak2,apakata saudara mara.
Malu kot?

Teman ada kawan,tinggal anak bini,lari jauh ke selatan tanah air.
Laa ni tak menikah lagi,sebab pasangan masih berpunya.
Anak2 terbarai,isteri pun tak jadi orang.
Sana sini minta simpati,bila suami bercinta lagi.

Ada kawan sekolah lama...call teman...kalau bini aku tanya kau apa2 kau jangan bagitahu tau?
Teman tanya kenapa?
Dia jawap...bini aku ingat kau skandal aku!
Terpacul dari mulut...gila ke bini kau ni.Ingat aku kemaruk kau ke?
Dia jawap....kau cakap je tak tahu..

Itulah hakikat kehidupan..Reunion perosak rumah tangga.
Ada yang gila bayang,ada yang kemaruk nak menikah.Lelaki perempuan sama je..
Puas dipujuk,puas dirayu...
Keputusan tetap,keputusan muktamad!
Nak juga!nak juga pasangan yang dulu dia punya sekarang dah jadi milik orang.
Dosa pahala tak ingat lagi.

Perceraian salih contoh terbaik,mungkin orang lain,ramai tak kenal...
Jadi kes biasa2 je..
Salih orang glamour,ramai orang kenal dia..
Lagi pun...selama ni kite tahu dia ada bini 4.
Nampak rukun damai,nampak bahagia sahaja.
Tup,tup...
Salih cerai bini nombor 2 gara reunion.Pertemuan semula rakan2 lama dizaman sekolah membuatkan rumahtangga yang di bina porak poranda.
Inilah yang di alami oleh salih dengan isteri keduanya Nor Raha Hamad 47thn sept lalu.
Katanya zaman FB,zaman sms orang suka anjurkan sesi reunion dengan rakan2 lama.Mula2 seronok2,lama2....jadi suka semula bila jumpa kawan lama.
Ini sangat bahaya dan boleh jadi penyebab perceraian.Buktinya...apa yang terjadi pada saya dan akhirnya berpisah.Selepas 23thn berkahwin.
gara2 reunion sekolah dia.
Salih tak nafikan adanya orang ke 3 dalam perceraian ini.Setelah isterinya berkahwin selepas tamat tempoh edah hujung tahun lalu.
Katanya lagi,dia mula berubah sikap selepas bertemu dengan kawan2 lama.Dia juga beritahu saya,dia sudah tawar hati dan mohon di lepaskan.
Dan dengan berat hati,saya lepaskan juga....

Itulah asam garam kehidupan.
Nasihat teman...
Jangan salahkan reunion,perjumpaan tu baik sebenarnya.
Tapi salahkan diri sendiri yang memiliki nawaitu tu.
Teman pun pergi beberapa kali reunion sekolah lama..
Teman pun jumpa rakan2 lelaki lama..
Tapi....
Tak terfikir pun nak kahwin lain.
Atau tak terfikir pun nak tukar kulit.
Dalam usia dah tua2 ni...
Ingat mati lebih baik dari ingat lelaki.





Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK