RUMAH TEMAN DENGAN RUMAH DIA

BEZANYA TAMAN MELAYU DAN TAMAN CINA

Teman mengaku,teman beli rumah kat kawasan cina.
Sana sini orang cina sahaja.
Masa teman beli,teman tak fikir pun buruk baiknya sebab....
INIKAN MALAYSIA.NEGARA TEMAN YANG DAH MAJU DARI DULU.
Sistem jalanraya yang baik,sistem perhubungan yang baik.Apatah lagi...dengan pelancaran slogan Najib 1MALAYSIA.
Sebagai rakyat umpama kambing di akhir zaman teman akur je...
1MALAYSIA!

Rumah ni ada 6 bilik ni,hanya sekitar RM290k sahaja.Teman dapat rumah kat kawasan sebangsa 4bilik keluasan yang lebih kecil dengan harga RM350k.
Dengan keluasan yang cukup untuk kami,akhirnya...janji termeteri.
Langsung tak terfikir....soal perkauman atau sebagainya.

Petang tadi....teman borak dengan Nani.Dia tinggal kat taman melayu.Dia kata ada orang nak jual tanah.Jomlah!beli...mana tau nak tukar2 angin dari taman cina ke taman melayu.
Teman jujur nak khabokan...
Teman dah beli,teman tak boleh suka2 nak jual,tengah2 gawat ni.
Suka tak suka...teman kena duduk juga sampai pencen atau sampai mati.
Suami teman kena kerja keras untuk dapat duit,lainlah...PM kite dapat banyak duit derma.
Rakyat umpama kambing tak mampu nak pilih2...
Apa yang ada itulah yang terbaik untuk kami.

Jomlah beli...duduk kawasan melayu lagi baik.
Teman jawap..tak juga,duduk kawasan cina pun baik juga.Jiran2 saya tak pernah buat hal.Jika ada sesuatu yang tak kene,mereka akan call saya.
Kalau ada orang yang meragukan...mereka akan call juga.
Pendek kata...setelah hampir 5thn,teman tak pernah rasa sesal beli rumah kat kawasan Cina.Depan rumah saya,RELA Cina!mereka akan duduk main majung sampai 2 pagi.Saya tak rasa mereka menyusahkan pun..
Nani kata...betul,kawasan cina pencuri jarang masuk.
Teman jawap tak juga,rumah saya kena juga orang masuk tapi kebetulan orang sebelah repair rumah,jadi mereka naik dari rumah tulah.
Nani sampuk lagi...rumah saya,orang curi tangga,curi mete air depan mata!slumber je..
Teman jawap...okay...rumah saya setakat ni sekali tu je le..Jiran2 pun sama...Syukur pada ALLAH sebab lindungi saya dari orang jahat.
Dalam hati...NAMPAK?
Pencuri ni tak kira kawasan,kalau dia nak mencuri.Depan mata pun dia curi juga.

Teman diam je bila Nani bercerita...hilang terus pelawaan beli tanah tu tadi.
Teman bukan tak suka,tapi tak ada duit...POKAI!lagi2 tengah gawat macam ni.Dapat beli beras pun dah patut syukur pada ALLAH.

Akhirnya..Nani mengaku,duduk mana pun sama...Apatah lagi dalam negara sendiri.
Teman akui....rumah teman jauh dari orang melayu,kalau ada pun taman sebelah.Kiri kanan atau 40 kiri dan kanan bukan melayu.Kalau ada pun penyewa melayu sahaja.Sampai masa mereka pindah dan silih berganti.

Pernah terjadi,teman dengar bunyi orang berzanji.
Masa tu teman tengah sidai baju,jenuh pasang telinga nak pastikan arah bunyi  berzanji tu..
Akhirnya...teman sedar...di belakang rumah teman,selang beberapa rumah sahaja ada orang melayu kahwin.
Paling haru...orang melayu tu pun tak jemput teman.
Hahaha...
Kawan2 tanya...dia tak jemput ko ke?
Teman angkat bahu...tak....
Zzz..

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK