RASIS

ADA DI MANA MANA SAHAJA.

Ada banyak kes...
Bangsa apa pun ada..sikap macam tu.
Kite jangan salahkan orang lain,salahkan diri kite sendiri.

Pada teman...pendidikan asas perpaduan kena diambil kira.
Ada ibubapa tak kisah bab ni...
Alif balik kata kat teman...kawan dia kata...melayu bodoh,mak dia tak kasi kawan dengan orang melayu atau India.
Kite dengar berdesing!telinga...
Apa yang kite boleh buat..
Hanya mampu kata...jangan layan.Ibu dia tak bagus,ajar anak2 yang bukan2.
Kite kena baik2 ,melayu,cina,india...perlu ada kasih sayang dan hormat menghormati.
Dulu2...tak sikap buruk macam ni.Kite tak perlu pura2 baik,sebab hubungan kite semua sememangnya baik dan hidup rukun damai.

Cerita terbaru..
Berlaku di Singapore..
Seorang anak kecil berkata...saya tak mahu duduk sebelah orang melayu.
Walaupun si ayah mohon maaf,rasa hormat kite padanya hilang...
Kite boleh baca corak pendidikannya awalnya pada si anak.
Membenci orang lain.
Rasa2nya tak patut kan?
Sebagai orang tua,kita kena ajar anak2 berbaik dengan orang lain.
Tang ini...melayu atau india atau cina mesti ada!nak tahu kenapa?
Ibubapa tu sendiri kurang ilmu perpaduan.

Terbaru...
AKU TAK NAK KELING DATANG DEKAT AKU,TOLONG AKU KE,BANYAK ORANG LAIN BOLEH TOLONG!
Itulah perkataan yang keluar daripada mulut seorang warga emas melayu kepada seorang doktor muda berbangsa india yang kebetulan lalu di tempat kejadian kemalangan dan ingin merawat warga emas tu.

Awalnya...lelaki melayu yang dah tua tu tak tahu orang India tu doktor.
Lepas dia tahu,nada suara bertukar dan membenarkan doktor tu merawatnya.
Walaupun lelaki tua tu dah lembut nada suara,kita pasti doktor tu pasti terasa hati.

Dr Shalini Paramaswaran telah meluahkan rasa terkilan di media sosial...
SEBELUM INI SAYA SEORANG KELING YANG HINA TAPI SETELAH TAHU SAYA SEORANG DOKTOR DIA SENYUM DAN BERKATA DOKTOR BOLEH SENTUH SAYA.

Itu yang terjadi saat ini,dimana2 sahaja...
Ada orang berfikiran buruk begitu.
Melayu,cina,india sama sahaja.
Nak tahu kenapa?
Kurang ilmu.Kurang rasa hormat pada orang lain.
Anak2 selalu balik,dan cerita...orang ni kata itu,orang itu kata ini..
Sebagai ibu..
Teman selalu kata...
Jangan layan!biar dia menyalak seorang.Kite kena berbaik baik supaya hidup aman damai.

Dalam surah Al-Hujurat ayat 13
Wahai umat manusia!
Sesungguhnya,kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,supaya kamu berkenal kenalan dan beramah mesra antara satu dengan yang lain.Sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu.(bukan yang lebih  keturunan atau bangsanya).Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui.lagi maha mendalam pengetahuanNYA (akan keadaan dan amalan kamu).

Sebab tu mohon agar jangan didik anak2 membenci orang lain,terutama anak2 kecil.
Mereka umpana kain putih,kita yang mencorakkannya.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK