PENIPUAN LAGI

KALI INI LEBIH LICIK.

Teman ada kawan2 yang di tipu terang2an.
Seorang kemaruk nak kahwin,seorang kemaruk nak kaya raya.
Seorang kematian suami tahun lepas.Dalam edah sikapnya biasa tapi berubah selepas tamat edahnya...4bulan 10 hari.

Biasanya perempuan lebih tenang,kecuali  beberapa orang yang ketara ghairahnya.
kawan teman ni,bertukar2 BF,salah seorang bekas kekasihnya.
Berbulan2,dia melaram,semua rakan taulan dah tahu mereka akan berkahwin.
Diam tak diam...
Perkahwinan di rancang tak menjadi.Dia tukar lagi..
Kali ini lelaki muda belia,jauh berbeza umurnya.Berangan nak kahwin dan menetap di tempat lain.
Kali ini.....satu taman dah tahu,dia akan kahwin orang muda.
Semua orang menghitung hari.
Baju2 pengantin dah di beli,tapi malangnya...sekali lagi tak JADI!

Diam tak diam lagi...
Dia berkawan lagi,dia tak jemu meraih cinta sejati.
Lelaki arab pilihan hati.Janji nak datang jumpa dia hujung tahun lalu.Datang bukan tangan kosong.Bawa duit dari sana berjuta USD.
Macam biasa...sangkut kat KLIA.Cagaran 10K diminta,malanganya kawan ni,tak berduit.
Dia tak mampu sediakan 10k untuk kekasih.
Seperti biasa,kekasih mana akan tunggu?
Wang di minta tak di beri.
Walhal..kawan ni dah bermodal2.Tempah hotel untuk kekasih,kemaskan rumah untuk kekasih.Beli baju cantik untuk kekasih.
Malangnya...semua tu bagai mimpi.

Tup2..
Teman dengar lagi..
Kali ini orang Kanada.
Datang untuk mengahwininya.
Teman tanya...mana kau dapat lelaki2 ni?
Dia jawap..kat agen mencari jodoh International.
Teman hanya diam...kemaruk,kemaruk...
Dulu kawan teman pun sama,mengalami nasib yang sama..
Sakit kepala ni,dengan cerita2 kemaruk perempuan pada lelaki yang tak pasti.
Walhal...kat Malaysia,melambak lelaki yang mampu jaga mereka.
kali ini,teman tak pasti lagi..Semua ini karut atau benar.
Teman tunggu cukup bulan,teman nak dengar samada kawan teman tu menangis atau ketawa.

Seorang lagi,orang tu agak rapat dengan teman,bau2 bacang.
Teman dapat tahu dia kehulu kehilir,kerja dengan satu syarikat besar.Sama level dengan syarikat2 yang berjaya.
Bila sebut je...
Mesti USDJUTA JUTA.
Bukan teman jeles,sekelumit kuman teman tak terasa.
Teman dengar2 dia dah dibawa jumpa Zetty!
Sahabat tanya...Zetty Aziz?Gebenor Bank Negara?
Teman jawap..YES! Zetty anak Azah Aziz dan Professor Ungku Aziz.
Sahabat kata...subhanallah!hebat tu!
Dalam hati...hebat tak hebat lah!
Orang perempuan sesekali buat gempak!terus menapak ke Bank Negara.

Teman risik2,teman takut dia jadi keldai dadah,teman takut dia mangsa pengubahan wang haram.Dalam kepala otak teman hanya ada 2 perkara sahaja.
Sahabat tanya dia tak ada suami?
Teman jawap...ada.Dengar2 suami dia tak kerja.
Sahabat hanya kata lahan...itulah kan?bila suami tak bekerja,isteri terpaksa berani keluar.

Teman dengar2 mereka nak kahwin,nak tebus talak kat suami tu.
Sahabat tanya..tak ada anak?
Teman jawap ada,tapi dengar2 dia serahkan penjagaan anak pada suami.
Sahabat kata mudahnya!jarang seoang ibu serah anak bulat2 kat suami.
Teman kata saya dengar2 je,plan mereka,lelaki itu akan tebus talak,akan belikan rumah semi-D untuk mereka.Sebelah dia dan sebelah bekas suami.Jadi sesekali dia balik Malaysia ,akan jumpa anak2 tu.
Teman ada tanya kenapa serah anak pada suami?dia kata untuk hindar dari suami tu kemurungan.Suami tu akan sedih dan kesunyian.
Teman tanya lagi KAU?
Nak tahu dia jawap apa?
Dia kata...dia okay,sebab sibuk bekerja kehulu ke hilir.Mungkin anggapannya,dia akan sibuk dan kesibukan itu akan buat dia lupa segala.

Sahabat kata...senangnya!Ada ke mak macam tu?
Teman angkat bahu tak tahu..
Teman tak tahu apa sebenarnya yang sedara teman tu nak lakukan.
Nak bebas bak burung atau GILA?
Teman benar2 tak tahu..

Dah banyak kes ni,dah selalu kite dengar...
Tapi...
Perkara yang sama,cara penipuan yang sama...tersiar di dada akhbar.
Tetap tak dapat menyedarkan kaum hawa.
Pernah teman marah seorang kawan yang telah berjaya menjadi mangsa.
Dia jawap....teman tak faham..dia makan nasi lemak,teman makan mee goreng,pasti rasa dan perasaan tak sama.
Dia kata...biarlah dia dengan caranya,jangan susah hati...dia dah besar dan tahu apa yang dia patut lakukan.
Teman hanya mampu kata..Okay...

Tak lama kemudian,teman dapat tahu..
Dia telah ditipu.Duit berbelas ribu lesap begitu sahaja.
Akhirnya...
Dia hilang semuanya..
Suami anak2..tinggalkan dia sendiri.
Tinggalkan dia dengan anggan tinggi melangit .
Orang asing jadi impiannya.
kalau boleh dia tak mahu orang melayu .
Teman pernah tanya kenapa?
Dia jawap...orang melayu suka buli bini!orang melayu tak romantik,orang melayu kasar,orang melayu tak best!
Akhirnya...teman hanya biarkan dia dengan 1001 macam alasan.
Dalam hati..ehmmm...ya ke?begitu teruk orang lelaki melayu?
Ehmmmm....mungkin kot?

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK