PAS DAN BARISAN NASIONAL

AKHIRNYA....

Sebelum  ni,teman makin keliru dengan PAS.
Hati tak gembira bila ada desas desus,PAS akan sertai BN.
Teman makin keliru,dan tak tahu nak sokong parti apa lepas ni.Semua dah hancai buncai.

Teman sebenarnya tak berapa tekun mengikut isu2 politik semasa.
Pada teman...apa yang ada didepan mata teman baca dan biarkan ianya berlalu.
YANG PASTI!
Teman tahu apa yang teman akan lakukan.

Sejak Tuk Guru pergi...
Keadaan makin kucar kacir.
Teman benar2 tertekan dan cuba melupakannya.

Teman sokong PAS,dalam waktu yang sama teman sokong juga PR.kalau boleh tak mahu mereka berpecah.Atas sebab2 tertentu...
Akhirnya..semuanya terlerai jua.

Hari ini,teman baca...PAS TAK AKAN SERTAI BARISAN NASIONAL.
Satu keputusan yang bijak.Kite tahu PAS bukan gila kuasa.PAS hanya mahukan islam teguh di Malaysia.
Dari zaman Tuk Guru.....
Itulah perjuangan yang sering di katakan.
Tapi....kite perlu ingat,KUASA boleh mengatasi segalanya.
Jika kuasa ada di tangan,semua bisa di aturkan.

PAS MEMUTUSKAN BAHAWA TIDAK AKAN MENYERTAI BARISAN NASIOANAL.SETIAUSAHA MAJLIS SYURA,DATUK NIK ZAWAWI BERKATA KEPUTUSAN ITU DI BUAT MAJLIS SYURA ULAMA PAS YANG BERSIDANG SABTU LALU.
KATANYA LAGI,PAS JUGA TERBUKA BEKERJASAMA DENGAN MANA MANA PIHAK MELIBATKAN SOAL AGAMA ISLAM.

Bagi teman....
Itu sudah cukup baik.Kite tak perlu menyertai mereka jika kite benar2 kuat.
Islam ada di mana2...
UMNO,KEADILAN,DAP ,AMANAH semua ada penyokong islam.
Tapi...
PAS berbeza dengan yang lain...peryertaannya hanya melayu islam.
Berapa dekad PAS kukuh sendiri?
Asalkan tahu diri,teman yakin...
PAS AKAN SENTIASA DI HATI.

Kepada yang masih kukuh di belakang PAS.Teruskan kesetiaan anda.
Sokongan anda terutama pengundi Kelantan,amat2 PAS perlukan.
Jangan sampai....
Semua hilang dan kite berputih mata.
Buat teman...
Ehmma...undi adalah rahsia



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK