MATI ITU PASTI

JIKA TIDAK KITE,DIA ATAU MEREKA

Malam minggu lalu,teman di kejutkan dengan satu panggilan.
Hei!aku ingat Pie kena jantung lah!
Itu je ayat yang teman dengar,sebelum dia putuskan talian.

Sebaik tamat bicara,teman lihat ada satu nombor tak berjawap.Teman terus dail semula dan keluar suara anak sedara teman.
Mak Cik!ayah dah tak ada!
Teman tanya balik...apa?kau jangan main2 ka..
Dia balas sambil menangis...Ya!Ika tak main2!Ayah dah tak ada!
Teman hanya mampu kata okay,okay...nanti Mak Cik balik..

Sekejap kemudian,kakak teman call balik sambil menangis...
Pie dah tak ada zie....
Teman terpaku sejenak,teman hanya mampu jawap aku dah tahu,nanti aku balik.
Walaupun panik dek jauhnya jarak kami.
Demi kasih sayang,teman dan keluarga meredah jalanraya di malam2 buta.

Kebetulan mak teman ada bersama,jadi kepastian untuk pulang adalah WAJIB.Kami bertolak dinihari,meredah malam demi dia.
Hilang semua kemalasan,menahan ngantuk sepanjang jalan.
Kami sampai dirumahnya lebihkurang pukul 7.30 pagi.
Orang dah ramai,sanak saudara dah mula datang..
Kakak2,abang2 ,adik2 dan anak2 buah menjalankan kerja masing2.Masing2 tahu tugas sendiri.

Sebaik nampak sanak saudara,tangisan memecah kesunyian.Mendodoi kami menangis berpeluk sesama sendiri.
Dia amat istimewa.Dia sopan,dia sabar melayani kami,dia berbudi pekerti yang baik,tak pernah kecilkan hati kami.
Pendek kata...dia hanya ipar tapi dia telah dapat menakluk hati kami sekeluarga.
Kami membesar depan matanya.
Menghantar kami kesekolah bila lewat bangun,menguruskan perkahwinan kami semua.
Menjaga ibubapa teman tanpa rungutan.

Jika teman balik menjengok mak dirumahnya,teman tak pernah rasa tak selesa.Teman tak pernah rasa terasing.
Kadang2 bila orang tanya...balik mana?
Teman akan jawap balik rumah mak.
Tak pernah teman bayangkan itu rumah dia.
Kadang2 kakak teman akan kata...penat aku bayar rumah,tapi kau tetap kata itu rumah mak.
Teman jawap...bawah rumah mak,atas rumah kau!
Jika kami balik...
Dialah orang yang paling sibuk carikan sarapan buat santapan keluarga.
Lontong,nasi lemak...kuih bom!ada sahaja yang di angkut pulang.
Bila teman nak sesuatu...teman hanya kata...Abang ude,kata ada kuih bom sedap kat sini.
Dia akan jawap..ada!nanti abang ude belikan.
Pendek kata..tak pernah menghampakan.
Rakan borak suami teman..
Kalau mereka berjumpa,ada sahaja gelak tawa riuh rendah kat meja bulat.
Ada sahaja bahan yang mereka akan borakkan bersama.
Lepas ni...mungkin suami teman dah tak rancak lagi.Bila balik...mesti dah sepi.
Harap2...suami teman tak membantah bila teman ajak balik rumah mak.Harap2 suami teman tetap macam dulu,suka balik rumah mak.

Hari kejadian,dia sibuk uruskan majlis Maulidurasul ditaman perumahannya.Dia sibuk membersihkan sana sini,bila kawan2 kata...tak payahlah cuci semua,cuci yang nak dipakai je.
Dia jawap tak boleh!ada tetamu nak datang,mesti kena bersihkan semua.
Bila pulang kerumah,dia mengadu dengan isteri,saya letihlah hari ini.
Kakak teman diam je,nak kata apa...dia pengerusi majlis,teks ucapan dan tersedia.
Lepas maghrib di nampak gelisah,dia kata dia tak selesa,perut rasa meragam.
Lepas bersihkan diri,dia pun berlalu pergi.
Kakak teman hanya memandang dari jauh.

Masa majlis bermula,kakak teman dengar ucapannya.
Antara kata2nya...
Saya rasa gemuruh,saya lihat terlalu ramai orang yang datang.
Dalam masa yang sama,kakak kata...orang tak le ramai sangat,tak tahu apa yang dia nampak.
Saya harap anda semua hidupkanlah taman Raudhah ini,bukan di Madinah sahaja ada Taman Syurga,dia sini juga ada...Inilah taman syurga kite.
Lepas tu dia kata...ini adalah ucapan terakhir dari saya...
Kakak teman kata...masa ni,aku pelik kenapa dia kata macam tu?macam merajuk je...
Sebaik tamat berucap...
Dia kembali ke tempat duduk asalnya.

Ustaz jemputan mengambil tempat,tiba2 riuh rendah orang di hadapan,kakak tak tahu apa yang berlaku.Hanya dengar suara ustaz kata...panggil ambulan,panggil ambulan..
Kakak cuba cari suami,kerana kelibat suami tak terlihat di matanya.
Tetiba ada seorang kanak2 kata...penceramah no 1 yang pengsan!
Kakak teman rasa cemas,terus meluru kesitu.
Masa tu..Dia nampak orang sedang melakukan CPR dan memapah suaminya.
Saya isterinya kata kakak pada kaum lelaki yang ada di situ.
Ustaz Hanafi kata...beri ruang pada isterinya.
Dia memapah suami sambil mulut menyebut lahillahahillah... berulang kali.
Dia dengar bunyi dengusan,dia lihat suami diam sahaja.
Di hospital...Sah!suami yang di kasihi telah pergi meninggalkan dirinya dan kami.
Sah!sekelip mata....kami terpisah jua.

Patutlah...teman dengar suaranya pelik masa call mak beberapa hari sebelum dia pergi.
Patutlah...mata kiri teman gerak2.Petanda nak nangis kuat kuat.
Patutlah...adik ipar teman mimpi ada dalam satu kematian  yang dia sendiri tak pasti siapa.Yang dia tahu jenazah tu lelaki.
Patutlah...kawan yang sama2 bertungku lumus kemaskan khemah terasa seram sejuk bila dekat dia.
Patutlah...dia hantar pesanan kat sepupu
Aku bersyukur anak aku dah di pinang orang,tak lama lagi aku di pinang malaikat
Patutlah...dia hantar pesanan kat kawan2 baiknya...pakaikan dia serban jika dia meninggal.
Patutlah...dia nak pakai jubah putih,dah harap2 kawan2 dia juga memakai kaler putih masa malam tu.
Patutlah....
Terlalu banyak patutlah.....hanya selepas dia pergi.

Jenazahnya tiba tepat pukul 10 pagi.Setelah siap di sempurnakan di Hospital.
Semua urusan nampak mudah dan teratur.
Sebaik sampai...kaum keluarga di beri ruang untuk menatap wajahnya.
Kuning pucat,bibir senyum manis...macam orang tidur lagaknya.
Anak isteri menatap wajah orang tersayang untuk kali terakhir.Teman turut sama berada di situ.Teman hanya mampu pandang sayu...
Dia abang ipar sahaja,tapi kebaikan dia pada kami mengalahkan abang sendiri.

Di tanah kuburan...
Cuaca redup,angin tiup tanda nak hujan.Di sana ada abah ada adik ipar dan ibu arwah sendiri.
Sebaik selesai perkebumian,hujan turun lebat.Dalam perjalanan...
Teman hanya fikir..
Untung abang ude,mati kat dalam majlis ilmu.Mati pun tak susah sangat.Mati selepas solat isyak,selepas berucap yang semestinya di selitkan dengan puji pujian pada ALLAH.
Pendek kata....Abang ude mati dalam keadaan yang baik.
Ustazah Zura kata...jangan bimbang...yang penting penghabisan nyawanya di tempat yang baik2.
Kite jangan susah hati,kite fikirkan diri kite pula...
Di mana kite akan mati?
Itu sahaja yang perlu kite sendiri cari jawapannya.

Yang pergi tak akan kembali lagi,biarlah dia bersemadi dengan aman,usah ditangisi,usah di kesalkan..
Semua tu kerja ALLAH.
ALLAH maha mengetahui,ALLAH maha mendengar.
Doakan dia di tempatkan di sisi orang2 yang beriman.
Al fatihah buat AHMAD SHAFIE HAJI MUSTAFA






Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK