MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH

SANGAT MENYEDIHKAN.

Pemakanan sihat?
OH TIDAK!
HOT DOG(SOSEJ),FRIES,APOLLO,GULA2 DAN MACAM2 JAJAN YANG LAIN.

Puas merungut,hasilnya tetap sama.
Bila mengadu,pihak sekolah pun tak boleh buat apa...
langkah terakhir....
Tender tak di sambung.
Sementara tunggu tender tak sambung,setahun juga anak2 kite makan menu tak sihat.

Teman pesan dengan anak2,jangan makan hot dog (sosej) kat kantin.Makan di rumah sahaja,jenama yang ibu tahu.
Jangan makan jajan,nanti gigi sakit,kencing manis!
Anak2 tanya balik...budak kecik mana ada kencing manis?orang tua je...

Puas teman pesan,tapi....apakan daya,kite tak boleh pantau mereka hari2,kalau tak mereka makan,kawan2 yang makan,bila hari2 tengok,pasti terliur.
Puas merungut,pihak sekolah hanya mampu dengar je.
Tegur sekali,mereka buat lagi.
Alasan...tak sempat dan kanak2 tak gemar.

Semalam...
Teman datang sekolah untuk hantar duit.Anak2 lupa nak ambil duit saku.
Sementara menunggu,teman jeling2 juadah yang terhidang atas meja.
Ada nasi ayam,nasi lemak,kuih muih dan lain2.
Dalam hati...amboi meriah sungguh!

Teman tanya pekerja....wah!azam baru ke?
Kawan tu jawap..tokey baru.
Teman angkat kening...patut le.....menu beza dari dulu.
Kawan tu jawap..tokey lama tak dapat sambung kontrak.
Teman faham...mungkin cikgu tak mampu buat apa2,tapi cikgu hanya boleh sekat rezeki dia,dengan cara tak sambung kontrak.
Baru teman faham..
Tqvm cikgu,semuga tokey baru boleh hidangkan menu2 yang sihat untuk anak2.

Teman tanya anak2..
Makan apa?
Aaliya jawap saya makan nasi ayam.
Alif kata...banyak makanan ibu.
Teman kata...mak cik kantin lama dah tak kerja kat situ,tahun ni orang baru.
Alif jawap..patut le,banyak makanan,kantin pun ada alas2 kain.Cantik.

Sebenarnya...
Anak2 pun ada perasaan.Mereka bukan tak faham situasi yang berlaku.
Sebab tu...kat Taska teman,setiap minggu kami akan tukar mood.Alih sana alih sini.Anak2 cepat bosan,jika kite hidangkan benda yang sama selama 1tahun.
Kepada pengusaha kantin,pastikan makanan anak2 berkhasiat,jangan bagi makanan2 segera,mereka generasi harapan bangsa.Juallah makanan yang elok2,bersih dan halal.
Kasihanlah kat anak2 kami.
Kami tak mampu nak pantau mereka di sekolah.Kami hanya harapkan kejujuran anda semua.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK