KEMATIAN BARU DI TASKA

SESUATU YANG AMAT MENAKUTKAN BAGI SEMUA PENGUASA TASKA.


Anak pasangan ni mati kat Taska.
Baru 3 hari daftar kat Taska tu,lepas ibunya habis pantang.
Pengasuh beritahu,anak itu sesak nafas,dan mereka telah hantar ke klinik berdekatan.

Pasangan ini bergegas ke Taska sebaik terima panggilan telefon kira2 pukul 8.30 pagi.
Ketika sampai,mereka kata anak saya telah di hantar ke klinik untuk pemeriksaan.
Sebaik tiba di klinik,Dr kata anak saya dan tiada...
Katanya si ayah sedih.
Lebih menyedihkan,terdapat tompokan darah kering di hidung dan baju anak saya.

Tidak berpuashati,si ayah telah membuat laporan polis,meminta kejadian itu di siasat.
Lebih memilukan lagi,si ayah tak dapat mengetahui cerita sebenar bila setiap panggilan tidak lagi di jawap.

Hasil siasatan,adik Safiyyah meninggal akibat radang paru2 dan tiada unsur jenayah di kesan.
Innalillahiwainalilahirojiun

Ginilah...
Teman dah pernah uruskan sebuah Taska hampir 10thn.
Teman rasa...tak semua pengusaha Taska tak jujur.Setiap hari....kejayaan kami jika ZERO ACCIDENT.
Kami juga tak suka nak ngadap ibubapa bila sesuatu yang buruk berlaku.
Bukan mudah untuk kite jelaskan sesuatu kejadian walaupun ianya benar2 berlaku.

Bab mati bagai...Kami belum lagi pernah alami,dan mohon ALLAH jauhkan lah dari keburukan itu.
Kami tahu,bukan mudah untuk kite teriman jikan kematian itu di tangan orang lain.
Pagi2 kite hantar anak itu sihat walhafiat,tup tup...8.30 pagi.Tau2 anak tu dah tiada lagi.
Teman akui...bukan mudah nak terima.

Kalau boleh,Kite akan marah2,kite akan melaung kuat2 depan Taska.
Teman selalu baca dan bayangkan,betapa remuknya hati bila ianya berlaku kat kite.
Pernah teman baca,seorang ayah mengambil anaknya,dan tahu2 anak tu terlentuk di bahu,badan sejuk kaku.
Si ayah tak tahu....anak tu dah tiada.Bila dirasakan pelik,dia bertanya....keaadaan anak tu,tapi pengasuh berdolak dalik.
Situasi macam ni,si ayah layak menumbuk muka pengasuh tu.Anak tu mati beberapa jam lalu,mereka tak perasan?
Kalau teman kena,pasti teman ajar cukup2 tokey dan pekerja sekali.

Sebab tu,kami di Taska sentiasa mengambil berat keadaan anak2.Setiap pagi,kami akan belek satu badan dan melihat kesihatan anak2.Jika badan panas ,kami akan maklumkan pada ibuayah,jika ada lebam di badan,atau kecederaan di mana2 bahagian badan,kami akan segera maklumkan pada ibubapa.Pendek kata....kami akan pastikan anak2 tu datang sihat dan pulang juga sihat.
Kami ada fail untuk rekodkan semuanya.
Kedatangan atau apa sahaja mengenai kanak2.
Bukan apa....
Kami tak keje chin Chai,kami keje betul2!

Kepada semua...
Untuk besarkan anak2,kite kena berganding bahu
Taska dan ibubapa.Setiap perubahan anak2,kite kena sama2 tahu.
Jangan fikir kite dah bayar kos penjagaan,kite tak perlu lagi ambik tahu.
Jangan fikir,aku dah bayar,ko jaga je!
Sikap tu hanya akan merugikan kite dan masadepan anak2 kite.
Jangan fikir duit,fikirlah kebajikan anak2 cahayamata kite.
Mereka adalah segalanya.Takziah untuk ibubapa muda ini...
Jangan susah hati....
Anak ini saham paling berharga di sana kelak.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH