KAKAK DAN TEMAN

BAGAI ISI DENGAN KUKU

Kakak teman ego tinggi mengalahkan hidung.
Lusa anak daranya nak bertunang setelah lama tersekat dek ego ibunya.
Teman selalu tanya..kau nak simpan anak dara kau sampai bila?
Dia jawap...aku belum puas nak manja2 ngan dia orang.
Teman tanya lagi...ialah..sampai bila kau nak tahan budak2 tu dari berkahwin?
Diam membisu seribu bahasa.

Beberapa tahun lalu,ada jejaka nak menyuntingnya.Tapi dek ego si ibu..akhirnya percintaan tak kemana.
Dia beli rumah besar untuk anak2.
Teman kata..kau tak payah lah susah2 simpankan rumah untuk budak2 tu,pandailah diaorang nanti.Lagipun,kau tahu ke diaorang suka dok dengan kau?
Dia jawap...ish!suka aje.
Teman jawap..hellooo kau pun tak suka dok dengan mak mertua,diaorang pun tak suka juga!
Teman kata lagi...kau bagi ilmu je,dulu mak tak bagi duit pun kat kite,pandai2 lah nak hidup.Kau kerja siang malam,esok kau sakit siapa nak jaga?
Diam seribu bahasa.....

Lepas anak dara tak jadi bertunang,dia lega sebab anak dia masih ada depan mata.
Tapi leganya sementara,bila usia anak makin meningkat.
Keresahan mula terasa,tapi dek ego...tetap kata tak apa lah!nanti aku jaga budak2 tu.
Teman tanya..kau nak jaga sampai bila,kalau ko mati budak2 tu tak tahu jaga diri pulak.
Dia jawap..tak pe..nanti aku tinggalkan duit,rumah dah ada,pandai2lah diaorang hidup.
Teman jawap akhirnya kau serah pada nasib anak2 tu kan?Biarlah diaorang kahwin,paling tidak ada orang jaga.

Akhirnya...lusa anaknya akan bertunang dengan pemuda pilihan hati.
Tu pun setelah teman asak dengan nasihat.
Ego tetap ada..aku tak kisah,tapi budak lelaki tu senyap je.
Teman kata...budak tu bukan senyap,tapi takut.Muka kau masam mencuka!Cuba le bawa bincang2,ajak makan borak2 santai.
Dia jawap...aku tak kisah le...Budak tu yang tak serius.
Teman jawap...bukan budak tu tak serius,tapi kau.Anak kau nak cakap kau tak nak dengar,budak tu takutlah!
Dia jawap..aku tak kisah lah.Dia datang aku sambut..
Dalam hati...NAMPAK?ego tahaf tertinggi!

Akhirnya dia mengalah,kata janji termeteri.
Lusa mereka akan bertunang.
FUH!lega...
Anak dara tak begitu sahaja.

Itulah kakak teman..
Ego tinggi mengalahkan hidung!
Bila tanya anak,bila nak kahwin?
Anaknya boleh jawap...entah ibu.
NAMPAK?
Tuan badan sendiri tak boleh buat keputusan.
NAMPAK?
Betapa gagalnya komunikasi mereka.

Teman rapat dengan kakak...
Pendek kata ,teman umpama penasihat 25%
Apa2 hal,dia akan mengadu dengan teman..
dan teman akan bantu sedaya upaya.

Berapa hantaran?
Dia jawap..aku tak kisah,berapa2 pun boleh!
Ego lagi!
Teman jawap..kau tak boleh jawap macam tu,kalau diaorang kasi 3ribu?
Dia jawap...aku tak kisah.
Teman kata lagi...tak boleh macam tu,kau kena suruh anak kau tanya berapa budak tu nak kasi,kalau kau tak kisah pun,rugilah anak kau,paling tidak boleh juga buat jalan2 honeymoon.
Dia kata...entah,tak kan aku nak tanya?
Ego lagi!
Teman kata..kau suruh anak kau tanya lah kalau kau rasa konon2 tak mata duitan.

Akhirnya...
Jawapan tersedia.Lusa rombongan datang meminang.
Teman ditugaskan mengkreatifkan jari buat gubahan hantaran.
Tak pandai tapi...boleh lah...
Semuga segalanya berjalan seperti yang di rancang.

Kesimpulan..
Sebagai ibubapa,jangan di sekat anak2 dari berkahwin.Banyak baik dari buruk.
Dewasa ni,terlalu banyak masalah sosial anak2 remaja.
Semuga anak2 teman juga di percepatkan jodoh dengan pasangan yang soleh dan solehah.
Amin

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK