JIRAN CINA TEMAN MATI

BERMULALAH WAYANG PEKJI

Petang tu,teman nampak orang pasang.Bila khemah terpasang,maknanya teman tak boleh ikut laluan biasa.Teman kena korner ikut jalan depan taman.
Cina kahwin ke ibu?
Teman pandang arah khemah tu,dimana letaknya khemah tu...
Ikut kira2 hati ini...bukan cina kahwin tapi Cina mati.
Anak2 tanya...macam mana ibu tau?
Teman jawap...rasa2nya tak ada budak2 muda kat situ,Cina tua adalah!
Anak2 pakat gelak...mandai je ibu ni.
Teman ni memang suka memandai mandai,kadang2 mandai2 teman tekaan tepat juga.

Petang tu,teman ikut suami keluar,masa balik...teman nampak ada kereta kertas kaler hijau.
Sah!Cina mati.
Biasanya orang cina akan bakar macam2 benda untuk simati bawa ke sana.
Pada fahaman mereka,alam sana macam alam dunia.Semua benda digunapakai.
walhal....dia tak tahu,tak ada apa kat sana,yang ada hanyalah balasan atas apa yang kite buat kat dunia.

Malam....terbukti lagi....
Pancaragam mula keudara..
Lagu sedih,mendayu dayu...
Anak kata...ibu menakutkan!
Teman jawap...tak baik.Biarlah mereka meluahrasa.
Teman dengar dari jauh...appa,appa..Sah!orang lelaki yang mati.Kalau ma,ma...orang perempuan lah pula.
Sekali lagi anak2 gelak...mana ibu tau?
Tak percaya?
Teman msg jiran depan,tanya siapa yang mati?
Dia jawap...orang tua lelaki maa...Saya bagi sikit wang lah...RM50 sahaja,bagi sikit kertas maa....untuk suka2 maa..
Kan ibu dah kata...Cina lelaki yang mati.
Teman teringat tokey aiskrim.
Teman tanya lagi..tokey aiskrim ke?
Dia jawap...bukan maa...lelaki tua,saya pun tak kenal maa..
Hellooo...kan ibu dah kata,lelaki tua berbangsa cina yang mati.
Anak2 terdiam..
Mungkin dalam hati mereka kata teman terrror gila!

Lepas pukul 12malam,pancaragam di tutup.Mujur...kalau tidak,mahu tak boleh tidor.
Tapi..
pagi2 tadi dah bunyi semula..
Teman anggap lagu kat radio je le...
Teman kata kat suami,mungkin hari ini dia tanam kot?
Biasanya...Pekji akan dimainkan sebelum mereka tanam mayat.Anak2,keluarga akan pakai baju putih,kadang2 teman nampak mereka pakai topi jerami padi.
Mereka akan jalan ikut kereta keranda sampai ke kubur.
Biasanya jalan2 yang mereka lalui,sesak teruk.
Biasanya jika kite termasuk dalam rombongan mereka.Mati hidup balik tak boleh kemana2.Kite kena ikut hinggalah jumpa simpang dan BLAH!

Selalunya...budak2 depan rumah akan jadi sukarelawan jaga trafik.
satu teman puji...
Orang cina tetap jaga adat tradisi mereka..
Semoden mana pun mereka,bila sampai hari2 begini....
Mereka tetap akan ikut adat resam yang nenek moyang mereka tinggalkan.
sama macam kite...
Cuma cara kite beza...
Orang kite meninggal penuh sopan,senyap tak ada gendang2 bagai.
Orang mereka  atau orang India....adat dengan cara tersendiri.Walaupun bising sikit....teman tetap tak rasa apa,bagi teman...biarlah..sesekali mereka menghargai simati.
Teman tak mahu le kejadian kat Kg Medan berulang kembali.
Hanya kerana salahfaham,orang mati ramai2.

Jadi sami kena cerdik sikit..
Ada ke patut nak bawa mayat lalu kat bawah khemah kahwin orang melayu.Memang saja saja cari pasal.
Kalau teman pun meroyan.
Silapharibulan tetamu lari lintang pukang.
Silaharibulan kite pun tak lalu makan..
Almaklum...mayat horray2 kat bawah khemah kite.
Tak agak2!



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH