HUKUMAN CIKGU...JENTIK KEMALUAN DENGAN GETAH

TAK MAHU KOMEN APA2 TAPI.....
SENDIRI FIKIR.

Baru2 ni ada cikgu hukum anak murid dengan melastik kemaluan budak tu.
Kecuh!Di viralkan dalam FB.
Pada teman....tak elok le gitu,banyak2 tempat,yang dalam seluo juga yang di cari.
Kalau anak teman kena pun,teman akan marah!
Jangan kata orang,kite pun sama.

Boleh hukum,tapi berpada pada.Jangan ikut nafsu sangat.
Kanak2 nakal...YES!memang mereka nakal2 belaka.
Anak2 teman gitu juga.Pantang buka mata!gaduh sahaja.

Anak teman pernah di baling dengan buku,di ketuk dengan buku...
Bila balik,dia cerita kepala dia kena ketuk dengan buku,kite terkedu juga.Pernah sekali,anak teman balik cerita...
Cikgu bahasa Inggeris dia kata...awak hensem tapi bodoh!
Masa tu anak teman baru darjah 1.Teman terkedu,teman tak tahu nak kata apa...
Teman tahu anak teman nakal juga,mana ada budak lelaki yang sopan?kalau ada pun mesti mangsa bulian anak2 yang lain.

Kadang2 guru2 kat Malaysia pun sakit.Sakit jiwa,sakit hati,sakit otak.
Cara menghukum tak guna akal langsung.
kadang2 hati berdetik juga...kalau tak minat nak handle budak2,pencen awal,buat kerja lain.
Kanak2 atau remaja ada cara nak pikat hatinya,pikat minatnya.
Setahu teman,guru2 kat Malaysia tak kurang ilmunya.Kursus sana sini.
Masih tak tahu nak tambat hati kanak2 atau remaja kite?ish!

Setakat ni,anak2 belum pernah kena jentik dengan getah,kena cubi. kena sepak,kena baling buku ,kena cubit...biasa kot?
Cuma anak2 tak mengadu je.
Bagi teman,kalau setakat pukul sikit2 tu okaylah..
Kalau dah berdarah atau patah riuk,barulah kite ambil tahu.
Setakat lebam besar duit 50sen,okay lagi,kite pun cubit anak juga!Tak payah lah poyo sangat.
Nak komplen je.

Dulu2 ,cikgu hukum anak murid juga.Tapi tak lah teruk sangat.
Setakat berdiri atas kerusi,ketuk ketampi,jemur tengah padang...itu semua normal.
Belum pernah teman tengok,cikgu sanggup suruh anak murid bukan seluo semata nak lastik bebird.
kelakar gila!


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK