HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN

SEMUANYA HURU HARA

Pagi tadi...jalan sesak baghat!
Lepas hantar anak sekolah...
Balik masak untuk makan tengahari.

Pukul 1,keluar ambik mereka.Jalan sesak gila!
Dan yang paling tak disangka sangka...
Dah hampir 10thn hantar anak sekolah kat situ,tak pernah ada roadblock.Tapi sempena hari baru semangat pun baru,Pak Cik polis pun semangat juga.Teman ingat anak2 je semangat dengan baju dan peralatan baru,rupanya Pak Cik polis pun menyebuk sama.
Dari sejak dulu,jalan depan sekolah tu sesak sungguh!
Bayangkan ada pemeriksaan polis pula.
DAMMM!
Rasa nak pengsan.

2 kali round,anak tak timbul juga.
Tanya kawan2,semua geleng kepala.Tak tahu...
Tanya Pak Cik guard,budak darjah 3 balik pukul 1.30.Budal darjah 6 balik pukul 2.
Bayangkan?ibubapa dah melata...
Langsung tak ada memo beritahu hal ni,jadilah kami mangsa semangat baru semua guru.

Suhu dah meningkat tinggi terasa bahang tak terperi.
Anak2 balik..
Teman tanya...kenapa lambat?
Mereka jawap...entah cikgu,tetiba je kata balik lambat.Cikgu tak beritahu ibu ke?
Dalam hati...rasa nak carut je cikgu2 ni...Bagilah tahu..
Paling tidak...kami boleh solat dulu,makan dulu...
Tak de le bersidai depan sekolah,dengan polisnya,dengan sesaknya.
HUH!

Ternyata hari ini amat membosankan.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK