GUBAHAN ZAMAN SEKARANG

DAH TAK BERSENI

Zaman dulu2..
Setiap gubahan ada seni.Tuala dijadikan angsa.Sejadah dilipat jadi macam2!
Teman suka lihat kreativiti pencipta seni tu.

Tak lama kemudian..
Keluarlah isu larangan buat bentuk2 macam tu.
Tak boleh buat bentuk binatang,bunga still okay..

Lama2....
Semua tu dah tak ada..
Alasan!
Rosakkan kain bagai!Kite terima...
Semuanya semakin mudah.

Teman tak sepandai mereka2 yang mahir,tapi dengan kelengkapan serba lengkap,kerja2 ni semakin mudah.
Asalkan...
Ada gam pistol,ada peniti,ada jarum,ada benang,ada dawai,gunting dan lain2...
Setengah hari semua tu boleh siap!

Masa teman kahwin dulu,teman buat sendiri bunga2 hantaran..
Beli kelopak,beli pucuk bunga,beli daun...Cantumkan semuanya.Ikat kat dawai dan jadilah kuntuman2 bunga yang akan di letak di tepi2 dulang.

Sekarang tak lagi,pergi je kat kedai2 perkahwinan,kita hanya tunjuk pakai jari je,
Macam2 benda ada!
Teman cukup suka menghabiskan masa kat kedai2 macam ni..
Cuit sana cuit sini..
Dalam hati...kalau anak aku kahwin,pasti aku yang buat semuanya.

Mudah dan murah lagi menjimatkan.
Bila orang lain buat untuk kite,harga melambung tinggi.
Ada sahabat kena bayar BERIBU!
Ada yang lebih dari tu.
Dalam hati...anak Najib mesti BERJUTA!

Ralat di hati...
Sirih junjung sekarang tak macam dulu,sekarang daun pun plastik tanpa kapur,pinang dan gambir.
Kalau sirih dan bunga hidup,gambir,pinang,kapur dah tak di selitkan lagi.
Semua dah hilang di telan zaman.
walhal...
Semua tu simbolik pada setiap perkahwinan.
Sahabat kata...islam tak suruh pun.
Teman kawan....betul islam tak suruh,bersanding,majlis2 kahwin yang besar2 pun islam tak suruh.Jika nak ikut islam betul...
Nikah je kat masjid.

Pada teman kalau nak ikut islam,ikut betul2..kalau nak cedok sana sikit sini sikit...
Elok le jangan sebut islam dalam setiap perbincangan.
Kalau boleh...
Tak perlu buat apa2...
Tak membazir!
kan?




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK