DILWALE

JANAM JANAM JANAM  SAATH CHALNA YUNHI

Teman bukan le ketegori peminat taksub filem hindustan.
Tapi...boleh lah...
Kadang2 kite perlu lepaskan tekanan!

Teman suka nonton filem mereka kerana hero diaorang kacak2,heroin diaorang pun jelita dan seksi2.Filem daorang pun warna warni dan yang paling tema gemo,jalan cerita yang tak berpintal pintal.
Pendek kata mudah faham.

Sejak dua menjak ni,ramai orang cakap2 pasal filem terbaru SRK dan Kajol.
Dua bintang filem yang serasi bersama.Kat FB,bila borak2 dengan kawan.
Teman tetap tak ambil pusing,pada teman...filem hindustan?apa yang menariknya?gaduh2,samseng,terbang sana sini,cintan cintun,menari atas bukit,golek2 jatuh...Part paling akhir,Inspektor Sahab datang.TAMAT.
Biasa macam tu kan?
Tak terfikir nak masuk panggung gara2 Dilwale.
Sahabat kata...u tak pergi?
Teman hanya jawap ringkas..tunggu cetak rompak.
Sahabat seorang lagi memuji melangit,katanya...Kajol cantik sangat,dah ada anak tapi perut kempis,putih,pendek kata...cantik sekarang dari dulu.
Shah Rukh Khan pun sama...awet muda.Badan.....fulamak!kembang habis.

Sebut SRK,semua orang kenal,lebih2 lagi kite orang Malaysia.Bini PM pun minat gila kat dia,Ali Rostam pun minat sungguh2 sampai anugerah pangkat Dato kat SRK.
Bila di tanya....kenapa bagi Dato kat SRK?
Jawap menteri...dia pernah berlakon kat sini.Tu je...
Subhanallah!ramai lagi cikgu2 pencen,amil2 pencen,ketua2 kampung yang dah lama berkhidmat.Kenapalah tak nampak,orang2 macam ni kot yang layak dapat pangkat bagai?

Balik pada Dilwale,teman masuk panggung agak lewat sikit,tau2 dah mula..
Sound bising sungguh,bab lagu okay lagi!bab  lumba kereta,brek manjang....sakit juga kepala.
Cerita ni santai...setakat nak hiburan ringan,tak mahu serabutkan otak kepala yang dah memang serabut...okaylah.
Lupa kejap Ahmad Maslan,lupa kejap gawatnya ekonomi negara.Lupa kejap hutang piutang yang bertambah dek GST.
Sahabat tanya...kenapa pulak?
Teman jawap..yalah...kalau dulu bayar rumah RM2k,dek GST jadilah RM2120.00.Tak tambah hutang ke?
Sahabat hanya cemek bibir...Ehmmm.....apa nak buat,tak dapat nak nolongnya.

Kisah cinta yang tak kesampaian,dua samseng yang bermusuh berzaman2,dengki,jumpa balik kekasih lama tetiba hujan turun dengan lebat,hero dan heroin nyanyi dalam hujan...
Itu semua biasakan?
Kebiasaan itulah yang ada dalam Dilwale.

Filem hindustan bijak cari pasaran.Teman tak le nak kutuk filem kite,tapi...itulah kan...
Filem kite sama je,hero dan heroin tak kurang cantik dan kacaknya,tapi..tetap gagal keluar negara.Kalau ada pun boleh di kira dengan 5 jari.Pasaran Indonesia pun payah.Inikan pula nak tembus ke India?
Kite je le yang dok tengok filem dia walaupun tak masuk dek akal.
Suami kata...rakyat India ramai,diaorang pun dah cukup mampu kayakan SRK.Tapi penerbit tak boleh matikan hero dengan heroin,takut panggung kena bakar.
Hahaha....bunyi kelakarkan?
Tapi...itulah hakikatnya...filem hindustan,penutupnya mesti kegembiraan.
Orang jahat kena tangkap,hero dan heroin jumpa balik...
Fuhh!syahdunya.

Sahabat tanya u tak tengok badan SRK?kembang gilla!
Tang tu teman nampak,memang teman nampak...sepatah kata sahabat teman...macam butterfly kau!
SRK maintain walaupun muka dah agak tua sikit.Kajol....okaylah,cantik juga.Walaupun dah ada anak seorang.

Paling tak syok...
Sana sini ada lambang salib,teman rasa citer orang putih pun tak keluar kerap lambang tu.Bukan teman takut,tapi...apa masalah pengarahnya asyik keluarkan lambang tu di mana mana.
Teman kata kat sahabat..mungkin pengarah dia baru masuk kristian atau kuat anutannya.Tengah nyanyi pun keluar,tengah gaduh pun keluar lambang tu.(sorry)
Suami kata..pengambaran tu kat Guo lah,kat sana kristian memang ramai.Mestilah gereja pun banyak.lagi satu mungkin nak tembus pasaran luar.
Dalam hati...mungkin le...

Dilwale...cerita keluarga samseng,masing2 ada anak sepasang.Satu ketua samseng ada 2 anak perempuan.satu lagi samseng ada 2 anak lelaki.
Bila dewasa,mereka bertemu.Bercinta dalam hujan lebat.
Ada sikit sengketa dan mereka gaduh lepas tu berpisah.15thn kemudian bertemu.Tapi adik2 pula bercinta.Kat sini kite boleh tiru nilai murni adik beradik.
Saling menghormati,kasih sayang tak berbelah bagi.
Akhirnya...pemghujung cerita,semua gembira.
TAMAT.

Walaupun ada yang suka ada yang tak suka..
Pada teman...
Boleh lah,bagi peminat SRK dan Kajol,inilah masanya anda melihat aksi mereka.Mungkin ini filem terakhir mereka.Mana lah tahu....Kite merancang ALLAH yang menentukan.
Jangan buang masa...Pergilah!


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH