CELOTEH ANAK

DAH KELUAR....

Dah lama tak kongsi cerita anak2...
Walhal...hari2!ada sahaja cerita baru yang mereka cipta.
Semalam teman ikut suami ke Kuala Lumpur.
Saja2 je nak jumpa adik2..

Dalam perjalanan..
Teman call anak2..
Alif angkat phone...teman tanya macam2.
Dah makan?dah minum?
Teman ingatkan juga...nanti adik ada badminton.Jaga adik tau!
Dia jawap..
Ibu...Alif nak cakap sikit..
Teman jawap...apa dia?
Dia kata lahan...Alif dah keluar...
Teman terkejut sakan!dah keluar apa?
Dia jawap dah keluar...nanti ibu marah.
Teman kata...ko dah baligh ke?subhanallah!dah baligh ke?
Dalam hati...anak baligh mak menyengkit pulak!
Dia balas...tak lah!Alif dah keluar dari bowling.
Teman jawap..laaa...ingat dah baligh!suspen je...Lain kali cakap bior terang!
Alif jawap...ibu tu!Alif nak bagitahu tapi ibu suka menyampok!
Dalam hati...aku juga yang kena.walhal...dia yang sebut dah keluar dah keluar...

Tak dapat bayangkan anak bujang teman akil baligh.
Tak dapat nak bayangkan...anak teman mimpi jumpa mak we.
Tak dapat bayangkan....anak teman mandi wajib.
Hahaha...
Kecik nau lagi!

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK