CELCOM

DAH BERTAHUN TAHUN TEMAN LANGGAN TAPI MAKIN HARI MAKIN MENYAMPAH!

Teman guna perkhidmatan CELCOM hampir 20thn.
Teman bukan le jenis suka2 tukar talian.Apa yang ada teman akan guna,kalau boleh sampai mati.
Dulu....CELCOM okay,sejak setahun ke belakangan ni,teman nampak macam dah mengarut!
Dulu...teman selalu call mak,call kakak dan kawan2.Bil tak jejak RM300.00 pun.Sekarang ni,kurang bercakap tapi bil hampir RM500.00.
Teman rasa macam nak pengsan bila tengok bil tertera.
Dalam hati..mahalnya!
Lagi di pantau,lagi di control lagi mengarut!

Bertambah lagi,sejak dua menjak ni...tengah2 cakap tak sampai seminit.Dah putus!
Sahabat kata...line putus lagi sekali,kite putus kawan.
Helloooo....bukan saya yang putuskan,line CELCOM dah teruk sekarang ni.CELCOM dah nak bangkrap!

Memandangkan hati dah baran.Teman pergi bayar habis dan buat kali pertamanya.Teman tukar telekomunikasi yang lain.
Anak2 sarankan teman guna U MOBIL..
Teman tanya balik...bagus ke?
Anak2 jawap...ibu tanya sendiri le.
Teman tanya lebihkurang,pada teman semua pakej sama je.Dalam hati...kalau tanya mestilah diaorang kata talian mereka terbaik!
Sebulan RM70.00 sahaja.Lepas pukul 2pagi hingga 10pagi,free youtube.
Walaupun kelakar,tetap okay...
Mira kata...ibu boleh dengar ceramah UAI banyak2.
Pada teman...okaylah,percubaan.Tak ikat kontrak apa2 pun,kalau tak bagus teman  tukar lah yang lain!
Yang penting...nombor sama,boleh cakap panjang2,tak mahal dan line pantas!
Selebihnya...
Kite tungguuuu...


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK