BILA ANAK NAK KAHWIN

BELANJA DULU DAN KINI BAK LANGIT DAN BUMI

Dulu....
Hantaran bawah RM10,000.00.Paling murah RM1,500.00 je..
Anak2 teman kata...murah gila!
Sejak artis2 wanita minta hantaran gila2,barulah gadis bukan artis berani mencuba.
Mazuin Hamzah,Erra Fazira..dan lain2 artis hantara ikut tarikh lahir.
Beratus ribu..
Pendek kata..ribu raban kau!

Anak tanya ibu hantaran berapa?
Sambil jeling si ayah...RM3500.00 je....
Anak2 gelak....murah gila!
Dulu...RM3500.00 tu kira sedang2.Bila ada anak jiran hantaran RM5000.00,dah kena gossip.
Macam nak jual anak!Mahal mengalahkan anak raja.
Itu dulu....
Sekarang,tak dapat lagi.Anak2 sedara teman dah lepas RM10,000.00
Paling murah RM8000.00.
Apa2 pun...hantaran kena bayar le,paling tidak untuk tampung kos majlis.

Pak Cik teman,bagi lebih hantaran untuk bakal menantu.
Pihak perempuan minta RM10,000.00 tapi Pak Cik teman bagi RM12,000.00.
Untunglah kan?Dapat besan berhati mulia.
Bila tanya...kenapa lebihkan?
Pak Cik kata...kesian.....orang biasa2 je.
Sahabat nak kahwinkan anak,bila tanya berapa hantaran?
Dia jawap rahsia...
Dalam hati...itupun nak rahsia.Atau mungkin dia nak beri RM100RIBU kot?
Manalah tahu....
Paling tidak pun bakal anak menantu,kalau beri lebih pun apa salahnya.
Tak gitu?

Kakak teman nak bermenantu juga.
Dia tanya teman...aku kena sebut ke hantaran?
Teman jawap ko suruh le anak ko pakat2 dengan tunang dia pasal hantaran,bila pihak lelaki datang,kau katalah...
Hantaran seperti yang telah anak2 bincangkan,saya tak tahu menahu bab hantaran ni.
Senang kan?
Nampak macam kau tak mata duitan!
Cadangan teman di ambil kira.Selesai masalah.

Sebut soal hantaran,pernah berlaku...
Sepasang kekasih nak bernikah,hantaran asalnya hanya RM5000.00.
Pihak lelaki pun dah gubah duit jadi bunga sebakul.Masa majlis nikah...
Berlaku satu kekecohan yang amat memalukan.
Pihak perempuan minta tambah wang hantaran,alasannya...kos makin tinggi.
Benar mereka jujur,tapi tak perlu le depan khalayak ramai.Tak boleh ke bincang diam2?
Melalui phone ke atau melalui anak2?
Bila dah minta,tak kan pula tak di beri.Bergegaslah wakil lelaki gi ATM ambil baki RM3000.00
Mujur berduit,kalau tidak.......
Terpaksa hutang bayar 20kali.

Kadang2 wakil perempuan tak perlu le OVER sangat.Jangan nampak sangat pelahap.
Rilek....
Bukan lari gunung di kejar.Isu2 macam ni boleh  bisik2 je...
Jangan tampar diri sendiri.

Lagi satu jangan bebankan anak menantu.Dalam keadaan ekonomi sekarang,mereka tak bergantung hidup dengan kite pun patut bersyukur.
Selebihnya...kite sokong je,jangan sampai mereka rebah.

Paling kesian,bila ada hantaran hutang tak bayar2.Masa majlis,beri cek atas dulang.Bila nak gi cash.Rupa2nya cek tendang.Wang tak ada...
Akhirnya....kahwin free,anak menantu gaduh siang malam pagi petang!
Mengungkit pembohongan setiap hari.
Siapa yang susah?
Kite dan mereka juga.

Teman pesan anak2,kalau nak menikah,buat ringkas je...
Kalau kahwin anak menteri.Okay...
Kalau kahwin anak petani?
Tak okay.....
Petani kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.
Duit hantaran tu guna untuk perkara lain.
Manusia ni,di layan taraf 5 BINTANG pun!mereka tetap tak puashati.
Buatlah majlis beso mana pun!tetap pahat berbunyi walaupun rumah dah siap.

Paling baik...
Sederhana....
Buat yang wajib je,itu lebih afdal...
wanita yang baik adalah wanita yang rendah mas kahwinnya dan banyak anak(subur)
Faham2 lah ya....
Wanita yang tak berapa nak baik adalah wanita yang macam macam!


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK