AMIRA SEMAKIN BERANI...

DEMI LELAKI SANGGUP BIKIN DRAMA.


NOR AMIRA ATIRAH BINTI ABDUL MAJID14 TAHUN,PUTIH2 KULITNYA,RAMBUT PENDEK.RECORD PERBUALAN MENGATAKAN MANGSA TERNAMPAK SIGNBOAD JOHOR .MANGSA MENGATAKAN BAHAWA VAN YANG DIGUNAKAN UTK MENCULIK MANGSA ADALAH BERWARNA PUTIH.MAKLUMAN SEMUA GERAKAN UNTUK MULA MENYEBARKAN HEBAHAN ORANG HILANG/CULIK INI.NO REPORT AKAN DISEBARKAN KEMUDIAN. 

Catatan kat atas ni,laporan polis seorang ayah bila anak gadisnya hilang tak balik2.
Jika teman pun,akan buat perkara yang sama.Siapa tak kecut perut bila anak dakwa dia di culik dan akan  di jual entah kemana.
Teman dengar rakaman suaranya bercakap dengan ahli keluarga.
Begitu beriya iya.
Di culik ,dibawa lari  van putih,dibawa ke Johor Bahru.Diculik dalam kumpulan ramai.
Dari nada suara dia,kite tahu dia dalam kesusahan.
Semua orang susah hati,tapi tak teman...
Teman tak ikuti pun cerita dia,dalam kepala otak teman...lari ikut boyfriend le tew!
Sahabat kata tak baik kata macam tu,mana u tau dia ikut BF?
Teman jawap...dah selalu an kes ni?akhirnya kite akan tahu diaorang ikut BF,duduk rumah BF...
Sebab tu saya tak cemas pun..

Suami kata...kawan dia seorang peguam ada bagitahu dia,budak tu tipu.Lari ikut BF lepas tu dah nak kena rogol,takut!tu yang buat kalut tu..
Teman tercopong mulut,teman tanya balik..ya ke?tak kan le kesitu akal budak tu?sanggup reka cerita,susahkan hati orang tua.kalau betullah dia tipu,memang bonggok betul!
Susahkan orang je.

Polis.masyarakat,ibubapa...semua susah hati.Takut dia kena jual atau dijadikan pelacur oleh sendiket yang sedang bermaharajalela laaa ni..
Suami kata..budak tu dah jumpa.
Teman tanya kat mana?
Suami jawap kat Banting,dengan BF.
Aah!tercopong mulut.Kelakarnya budak2 zaman sekarang.Nak suka2 sanggup tipu mak bapak?ish,ish..mengarut sungguh!
Dia ikut teman lelaki ,selama hilang,dia tinggal bersama lelaki tu.Duduk suka2,mak bapak nangis tak lalu makan.
Ehmm...


Mujur bukan anak teman,kalau itu anak teman..
Memang teman sepak terajang,memang teman belasah cukup2.
Aaliya sampuk...bunuh je...
(Budak kecik pun tau marah)
Teman tak ajar anak2 buat lagu tu.Teman open...kalau nak kahwin ,silakan...
Tiada bantahan,dalam keadaan corak hidup sekarang.Biarlah mereka kahwin.Simpan anak dara lama2 bukannya elok sangat,sakit kepala!
Anak kite mungkin baik,Bf pula syaitan yang di rejam.
Kalau BF ada akal,syukur...
Kalau sebiji macam TUT!matilah kite...

Tak ada ibu yang nak anak2 sesat barat.
Hari2 teman nasihat,belajar,jaga diri elok2,jangan ikut hati dan perasaan.
Hari2 teman nasihat...
Lelaki baik tidak akan buat sesuatu yang buruk pada kite.Jika dia benar2 sayang kat kite,dia tak akan ajar yang bukan2.Tak akan bawa kite lari jauh2 dari keluarga.
Itu semua perangai lelaki yang jahat,yang tak ada hati dan perasaan.

Bila dah dapat tahu,kisah pembohongan dia..
Akhirnya...si ibu mohon maaf buat semua.Nasi dah jadi bubur.
Akhirnya siapa yang malu?
Mereka dan keluarga mereka sahaja.

Asssalamualaikum dan selamat pagi
Untuk pengetahuan semua saya baru dapat maklumat dari pihak polis yg menyatakan anak saya sudah ditemui.Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tak jemu mengikuti perkembangan kes anak saya,saya minta maaf seandainya kalau selama kehilangan anak saya ada perkara2 negetif yg berlaku.
Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada PDRM yg selama ini bertungkus lumus menjalankan tugas mereka untuk menjejaki anak saya yang hilang.

Sebagai salah seorang ibu yang mempunyai anak2 gadis yang sedang naik.
Teman hanya mampu pesan...
Jangan ikut hati,kelak binasa badan.
Ibu pun pernah remaja,pernah juga kawan2,cuma tak cinta2.
Pada ibu,kenapa mesti cinta2 awal sangat.
Kenapa mesti sekat kebebasan awal sangat.Gembiralah!umur 14thn,ibu tengah bertandak lagi.
Belum tahu apa2 pun...
Kalau umur 14thn,BF biasanya umur budak SPM.Tak tercapai akalku jika BF umur 45thn.Dah tua tuu...
Tak sepadan!

Teman rasa budak ni patut di kenakan hukuman.Budak ni bermasalah.Ibubapanya juga bermasalah.
Alif kata...dalam berita kata budak yang hilang tu kurang kasih sayang.
Teman jawap...pandai je,kesian mak bapak budak tu,penuh kasih sayang lah mak bapak dia ikut kata dia.Ibubapa yang garang2 ni tak sayang anak!tu sebab marah je,sebab tu anak2 tak suka.
Kata teman sambil menjeling.
Alif pulak?berita yang kata...

Teman tak kata..teman pandai jaga anak.Tapi...dalam umur 14thn,anak2 gadis teman tak boleh keluar malam lagi.Malam bukan untuk mereka.Malam banyak orang jahat.
Bila anak keluar belajar...
Teman dah tak boleh pantau lagi.
Teman hanya berserah pada ALLAH untuk jaga mereka.
Teman selalu kata...peluang hanya sekali,jika tidak berminat untuk belajar.Balik lah...
Jangan susahkan hati ibubapa.
Jangan habiskan duit untuk perkara2 yang lara.
Ibuayah bukan orang kaya...perjalanan hidup kami masih jauh lagi.Tolonglah jangan buat yang bukan2.
Sekali kamu lukakan hati ini...
Hati ini akan tertutup selamanya.
Tiada maaf bagimu.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK