Posts

Showing posts from January, 2016

SALIH YAAKOB CERAI BINI

GARA2 REUNION

Banyak kes2 macam ni...
Gara2 reunion sek,ramai yang jadi janda dan duda.
Kawan teman ada juga..
lelaki perempuan sama sahaja.
Walhal....masing2 dah tua,dah ada cucu belaka.
Tetap nak bercinta semula.
Kadang2 terfikir juga,apa lah nak jadi kite semua.
Bercinta masa ada ikatan perkahwinan tu kan maknanya curang.Apa kata anak2,apakata saudara mara.
Malu kot?

Teman ada kawan,tinggal anak bini,lari jauh ke selatan tanah air.
Laa ni tak menikah lagi,sebab pasangan masih berpunya.
Anak2 terbarai,isteri pun tak jadi orang.
Sana sini minta simpati,bila suami bercinta lagi.

Ada kawan sekolah lama...call teman...kalau bini aku tanya kau apa2 kau jangan bagitahu tau?
Teman tanya kenapa?
Dia jawap...bini aku ingat kau skandal aku!
Terpacul dari mulut...gila ke bini kau ni.Ingat aku kemaruk kau ke?
Dia jawap....kau cakap je tak tahu..

Itulah hakikat kehidupan..Reunion perosak rumah tangga.
Ada yang gila bayang,ada yang kemaruk nak menikah.Lelaki perempuan sama je..
Puas dipujuk,puas …

UPSR

FORMAT BARU

Inilah Malaysia.
Setiap kali orang baru naik,maka sistem pun berubah.
Kesian kat anak2,kesian kat guru2 dan kesian kat kite kite semua.
Penat layan aktiviti anak2.
Dari pukul 6 hingga ke malam,aktiviti mereka mengalahkan kite.

Pagi ke sekolah kebangsaan,petang ke sekolah agama dan malam kepusat2 tuition.
Kite sendiri tak tahu nak kejar mana satu.
Awal tahun hingga hari ini,anak2 teman masih tak dapat masuk tepat ke sekolah agama.
Pulang mereka lewat.
Pukul 1 pukul 2 atau pukul 2.30.
Sekolah agama bermula pukul 2.30.
Sahabat kata tak payah lah sekolah agama,penat budak2.
Teman senyap je..
Nak ikutkan penat,teman memang tak akan menghantar anak2 kesekolah agama.
Tapi...
Bila ingatkan ALLAH,teman gagahi jua.Tak mahu beri alasan penat untuk agama ALLAH.
kalau teman tak hantar,siapa lagi nak ajar mereka?
lainlah kalau teman ni ustazah!
Lainlah kalau suami ustaz!
Dua2 melingkup!Alif Ba Ta pun tak betul sebutannya lagi.

Sahabat kata tapi u kena pilih satu.
Teman tetap akan pilih …

JIRAN CINA TEMAN MATI

BERMULALAH WAYANG PEKJI

Petang tu,teman nampak orang pasang.Bila khemah terpasang,maknanya teman tak boleh ikut laluan biasa.Teman kena korner ikut jalan depan taman.
Cina kahwin ke ibu?
Teman pandang arah khemah tu,dimana letaknya khemah tu...
Ikut kira2 hati ini...bukan cina kahwin tapi Cina mati.
Anak2 tanya...macam mana ibu tau?
Teman jawap...rasa2nya tak ada budak2 muda kat situ,Cina tua adalah!
Anak2 pakat gelak...mandai je ibu ni.
Teman ni memang suka memandai mandai,kadang2 mandai2 teman tekaan tepat juga.

Petang tu,teman ikut suami keluar,masa balik...teman nampak ada kereta kertas kaler hijau.
Sah!Cina mati.
Biasanya orang cina akan bakar macam2 benda untuk simati bawa ke sana.
Pada fahaman mereka,alam sana macam alam dunia.Semua benda digunapakai.
walhal....dia tak tahu,tak ada apa kat sana,yang ada hanyalah balasan atas apa yang kite buat kat dunia.

Malam....terbukti lagi....
Pancaragam mula keudara..
Lagu sedih,mendayu dayu...
Anak kata...ibu menakutkan!
Teman jawap...tak…

CELOTEH ANAK

DAH KELUAR....

Dah lama tak kongsi cerita anak2...
Walhal...hari2!ada sahaja cerita baru yang mereka cipta.
Semalam teman ikut suami ke Kuala Lumpur.
Saja2 je nak jumpa adik2..

Dalam perjalanan..
Teman call anak2..
Alif angkat phone...teman tanya macam2.
Dah makan?dah minum?
Teman ingatkan juga...nanti adik ada badminton.Jaga adik tau!
Dia jawap..
Ibu...Alif nak cakap sikit..
Teman jawap...apa dia?
Dia kata lahan...Alif dah keluar...
Teman terkejut sakan!dah keluar apa?
Dia jawap dah keluar...nanti ibu marah.
Teman kata...ko dah baligh ke?subhanallah!dah baligh ke?
Dalam hati...anak baligh mak menyengkit pulak!
Dia balas...tak lah!Alif dah keluar dari bowling.
Teman jawap..laaa...ingat dah baligh!suspen je...Lain kali cakap bior terang!
Alif jawap...ibu tu!Alif nak bagitahu tapi ibu suka menyampok!
Dalam hati...aku juga yang kena.walhal...dia yang sebut dah keluar dah keluar...

Tak dapat bayangkan anak bujang teman akil baligh.
Tak dapat nak bayangkan...anak teman mimpi jumpa mak we.

SAHABAT LAMA

MAKIN LAMA MAKIN JAUH TEMAN RASA

Mula2 jumpa dulu..Subhanallah!suka bangat!
Hari2 kenang cerita lama...
Tak pernah jemu2.Berjenaka bercerita tak sudah2.

Setiap hari ada sahaja modal cerita tak basi2.
Ko dulu....sombong!ko dulu berlagak!ko dulu suka sipolan dan sipolan!
Hahaha...
Ketawa bagai nak gila.

Lama2....
Terasa bosan kot?
Cerita yang sama,benda yang sama...
Lama2 rasa tak berfaedah langsung!
Tambahan pula....ada yang jiwa keliru,depan baik belakang mengata sakan.
Rasa macam....nak kata je...
Hei!keparat!ko tak ada kerja lain ke?mengumpat je kerjanya.

Teman pernah keluar group,bukan teman sombong,tapi teman tak selesa.
Atas pujukan,nama teman di masukkan semula.
Teman tak boleh baca benda2 remeh temeh ni.Teman rasa tak sesuai...
Dah tua2 belagak muda.Bercerita tentang kehidupan yang ....ehmm....boring...

Teman akui...
Kadang2 malas nak fikir masalah orang.Tapi..ada sahaja yang memaklumkan.
Sipolan kata macam ni,dipolan kata macam tu...
Betul2 tak masuk akal.
Teman kata...baik ta…

KEHILANGAN TAK BERGANTI

Image
SEMUA PASTI MERASANYA..

Teman pernah hilang atok,nenek,mak mertua,pak mertua,abah,adik ipar,makcik dan pakcik serta yang terbaru...
Abang ipar.

Sebenarnya..
Untuk menerima satu kematian,bukan mudah,rasa terkejut lama nak hilang,Apatah lagi,arwah tu tak sakit,sihat walhafiat...
Tup,tup,tup....
MATI!

Benarlah....
ALLAH menentukan nasib hidup kite sejak 40hari kite didalam kandungan ibu.
Jodoh pertemuan ajal maut...Semuanya ALLAH yang maha mengetahui.
Abang ipar teman tak sakit,kalau sakit pun masih ada ubatnya.
Tetiba je teman dapat panggilan kata dia dah tak ada.
Rasa nak terkencing,rasa nak tercekik bila tahu dia dah tak ada.

Abah teman meninggal setelah sakit bertahun2.
Adik ipar teman pun sakit juga,buah pinggang rosak kedua duanya sekali.
Mak mertua teman pun demikian,lemah jantung,darah tinggi...3 serangkai melanda sekali.
Teman mengaku,kalau boleh mereka semua sakit je tapi tak perlu mati2.
Tapi...
ALLAH dah tentukan,yang hidup lawannya mati.
Yang mati tiada penganti.

Dalam whats…

VIRUS ZIKA

Image
VIRUS APAKAH ITU?

Jika tak dibaca teman pun tak tahu...
Apa2 pun,untuk kesedaran semua...khasnya untuk kawan2 yang malas nak cari punca,teman bagi sikit lebihkurang maklumat tentang Virus Zika.

Kementerian Kesihatan mengesahkan,bahawa sejenis kecacatan otak yang menyerang bayi dalam kandungan di sebabkan oleh virus bawaan nyamuk Aedes.
Zika merupakan penyakit baru walaupun dan 50thn berada di keliling manusia.
Virus Zika pernah menyerang di Afrika,Amerika Selatan,Asia Tenggara dan kepulauan Pasifik.Tapi masa tu penyakit ini belum diketahui umum.

Tanda2nya..
Deman
Sakit kepala
Ruam pada kulit
sakit sendi
dan
Mata menjadi merah kemerahan
Sangat merbahaya pada wanita2 mengandung.Sama macam Rubella.Bahaya pada awal kehamilan.

Cara menghalang jangkitan Virus Zika:
Hindari diri anda di gigit nyamuk aedes (jika boleh).Minum air putih secukupnya dan rehat yang cukup.Lengkapi rumah dengan jaring lubang jendela yang tidak boleh dimasuki nyamuk.Pastikan semua bekas yang boleh menakung air dibuang…

CELCOM

DAH BERTAHUN TAHUN TEMAN LANGGAN TAPI MAKIN HARI MAKIN MENYAMPAH!

Teman guna perkhidmatan CELCOM hampir 20thn.
Teman bukan le jenis suka2 tukar talian.Apa yang ada teman akan guna,kalau boleh sampai mati.
Dulu....CELCOM okay,sejak setahun ke belakangan ni,teman nampak macam dah mengarut!
Dulu...teman selalu call mak,call kakak dan kawan2.Bil tak jejak RM300.00 pun.Sekarang ni,kurang bercakap tapi bil hampir RM500.00.
Teman rasa macam nak pengsan bila tengok bil tertera.
Dalam hati..mahalnya!
Lagi di pantau,lagi di control lagi mengarut!

Bertambah lagi,sejak dua menjak ni...tengah2 cakap tak sampai seminit.Dah putus!
Sahabat kata...line putus lagi sekali,kite putus kawan.
Helloooo....bukan saya yang putuskan,line CELCOM dah teruk sekarang ni.CELCOM dah nak bangkrap!

Memandangkan hati dah baran.Teman pergi bayar habis dan buat kali pertamanya.Teman tukar telekomunikasi yang lain.
Anak2 sarankan teman guna U MOBIL..
Teman tanya balik...bagus ke?
Anak2 jawap...ibu tanya sendiri le.
Teman …

RUMAH TEMAN DENGAN RUMAH DIA

BEZANYA TAMAN MELAYU DAN TAMAN CINA

Teman mengaku,teman beli rumah kat kawasan cina. Sana sini orang cina sahaja. Masa teman beli,teman tak fikir pun buruk baiknya sebab.... INIKAN MALAYSIA.NEGARA TEMAN YANG DAH MAJU DARI DULU.
Sistem jalanraya yang baik,sistem perhubungan yang baik.Apatah lagi...dengan pelancaran slogan Najib 1MALAYSIA.
Sebagai rakyat umpama kambing di akhir zaman teman akur je...
1MALAYSIA!
Rumah ni ada 6 bilik ni,hanya sekitar RM290k sahaja.Teman dapat rumah kat kawasan sebangsa 4bilik keluasan yang lebih kecil dengan harga RM350k. Dengan keluasan yang cukup untuk kami,akhirnya...janji termeteri. Langsung tak terfikir....soal perkauman atau sebagainya.
Petang tadi....teman borak dengan Nani.Dia tinggal kat taman melayu.Dia kata ada orang nak jual tanah.Jomlah!beli...mana tau nak tukar2 angin dari taman cina ke taman melayu. Teman jujur nak khabokan... Teman dah beli,teman tak boleh suka2 nak jual,tengah2 gawat ni. Suka tak suka...teman kena duduk juga sampai pencen…

MATI ITU PASTI

Image
JIKA TIDAK KITE,DIA ATAU MEREKA

Malam minggu lalu,teman di kejutkan dengan satu panggilan.
Hei!aku ingat Pie kena jantung lah!
Itu je ayat yang teman dengar,sebelum dia putuskan talian.

Sebaik tamat bicara,teman lihat ada satu nombor tak berjawap.Teman terus dail semula dan keluar suara anak sedara teman.
Mak Cik!ayah dah tak ada!
Teman tanya balik...apa?kau jangan main2 ka..
Dia balas sambil menangis...Ya!Ika tak main2!Ayah dah tak ada!
Teman hanya mampu kata okay,okay...nanti Mak Cik balik..

Sekejap kemudian,kakak teman call balik sambil menangis...
Pie dah tak ada zie....
Teman terpaku sejenak,teman hanya mampu jawap aku dah tahu,nanti aku balik.
Walaupun panik dek jauhnya jarak kami.
Demi kasih sayang,teman dan keluarga meredah jalanraya di malam2 buta.

Kebetulan mak teman ada bersama,jadi kepastian untuk pulang adalah WAJIB.Kami bertolak dinihari,meredah malam demi dia.
Hilang semua kemalasan,menahan ngantuk sepanjang jalan.
Kami sampai dirumahnya lebihkurang pukul 7.30 pagi.
Ora…

BILA BAJET PENDIDIKAN DI ABAIKAN

MANGSANYA ANAK2 KITE.

Entah apa malanglah kite...
Kehidupan makin tertekan.Peluang anak2 belajar tak luas.
Makin tersepit diantara reality kehidupan dan pengurusan wang yang gagal.
Hati kami makin gundah gulana,hanya ALLAH maha mengetahui untung nasib negara tercinta.

Sayu lihat wajah anak2..
Sayu lihat wajah mereka2 yang senasib dengan teman.
Menghambakan diri mencari kebahagian di tengah2 politik yang kotor.
KEMBALIKAN PERUNTUKAN BIASISWA JPA, MARA DAN LAIN-LAIN: KUTIP KEMBALI GERAN RM1.1 BILION DARI 1MDB Rakyat Malaysia hanya mendapat tahu mengenai pemberhentian biasiswa pendidikan JPA bagi 700 orang pelajar untuk ijazah pertama dari petikan berita yang hanya disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina. Maknanya, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berani berdepan dengan rakyat untuk menerangkan sendiri keputusan-keputusan beliau yang menekan rakyat seperti ini. Masalah kerajaan memotong peruntukan biasiswa dan peruntukan pendidikan ini bukan perkara baru. Saya telah mengemukakan soalan-soalan …

GROUP WHATS APP

ADA BAIK ADA BURUK.

Teman ada beberapa group Whats App..
Antaranya group sek rendah dan group sek menengah.
Sekolah rendah baru je ditubuhkan,sek menengah agak lama juga.
Sebelum tu,kami hanya guna group di fb,untuk berkomunikasi diantara satu dengan lain.
Selepas ada Whats app,cara perbualan lebih hangat lagi.

Teman tak aktif,sekadar tumpang2 jengok je.Kalau ada topik atau menyakat kawan2 teman akan mencelah gitu gitu je.Lepas tu,teman akan abaikan perbualan mereka.
Adakalanya...dalam hati kecil berkata kata...
Diaorang ni tak ada keje ke?
Still typing only...
Bila phone meragam,atau data eelek!tau2 dah beribu!
Mak aiiii.....tak terbaca,langkah bijak....DELETED.

Semalam ada lagi satu group baru.Macam2 fungsi group yang ada..
Satu untuk suka2 satu untuk sedih2 satu untuk kutip duit.
Sejak jadi tua,macam2 pula pahala yang dapat dikutip,jika kita mahu hulur sekeping dua wang kertas kaler merah.
Dalam pada tu...
Ada pula sandiwara di sebaliknya.
Ada yang tak faham2,ada yang buat2 tak fah…

SALAH EJAAN,KANAK2 DISOAL SIASAT POLIS

Image
TERRACED HOUSE AND TERRORIST HOUSE

LANCASHIRE - ENGLAND. Seorang kanak-kanak disoal siasat polis akibat salah eja 'terraced house' (rumah teres) menjadi 'terrorist house' (rumah pengganas).

Menurut laporan BBC, keluarga kanak-kanak berumur 10 tahun berkenaan mendakwa kanak-kanak tersebut mahu menulis 'rumah teres'.

Tindakan polis menyoal siasat kanak-kanak berkenaan menyebabkan beliau 'kini takut'.
Insiden tersebut yang berlaku pada 7 Disember lepas mula mendapat perhatian orang ramai baru-baru ini dan mendakwa polis 'melampau kerana menyoal kanak-kanak' hanya kerana kesalahan ejaan.

"Saya tidak kisah kalau perkara tersebut (soal siasat) terjadi kepada seorang lelaki berumur 30 tahun tetapi ia terjadi pada seorang kanak-kanak," kata sepupu kanak-kanak tersebut yang dirahsiakan namanya.

Menurut beliau, kanak-kanak tersebut kini 'takut untuk menulis menggunakan imaginasi'.

"Dia hanya seorang kanak-kanak. Mereka (polis) tak …

FASHA SHANDA DI CERAIKAN

Image
AKHIRNYA....
CINTA TERLERAI JUA

Mana silapnya,akhirnya Fasha di ceraikan dengan talak 1.
Pada teman....
Takdir ilahi.
Dunia balas dunia.Lepas ni Fasha pasti tahu perasaan dak Nora Danish.Masa Nora masih bersuami isteri,fasha datang menempel.
Nasib Fasha lebih baik,akhirnya Jejai nama manja tinggalkan Nora.
Teman baca banyak kisah mereka.
Bukan suka sangat,tapi kalau dah keluar dalam surat khabar,pasti kite akan baca juga.

Kepada Fasha,harap sabar...Hidup perlu di teruskan.Jangan kecewaa sangat.Pandang Nora,dia semakin galak bercinta dengan anak Nazri Aziz.
Pada teman,sikap terpuji...
Buang Jejai tangkap Nadim yang kaya raya.
Hidup ni mudah,jangan kite susah2kannya.

KUALA LUMPUR: Pelakon Fasha Sandha, sah bercerai talak satu dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 39, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi. Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, tiba di mahkamah pada jam 2.15 petang, sambil ditemani peguam serta beberapa rakan. Fasha dan Rizal berkahwin …

KERAJAAN PERLU HENTI AMBIL ORANG LUAR

KERANA ORANG DALAM DAH TAK MAKAN!

Buat julung2 kalinya,Wakil Pemuda UMNO bersuara.
Selama ni,mereka tak segarang dulu.Banyak diam dari berbunyi.
Baru sat ni,teman terbaca,satu artikel...
KERAJAAN PERLU HENTIKAN BAWA MASUK PEKERJA ASING
Naib ketuanya  Khairul Azwan berkata..
SEKTOR2 DI NEGARA INI,TERUTAMANYA PEMBINAAN PERLU DIDOMINASI PEKERJA TEMPATAN DAN BUKAN PEKERJA LUAR.
Beliau berkata lagi...terlalu ramai pekerja luar sehingga peluang anak tempatan semakin mengecil.
Jadi,kerajaan kena hentikan serta merta pengambilan warga asing.

Ramai orang kata...anak2 kite malas.Jika tak ada orang asing,susah nanti.
Teman akui,anak2 kite sendikit manja,malas dan tak berdaya saing.
Teman akui...anak2 kite cukup bermasalah.
Tapi..tak semua,ada yang masih boleh di harap.Masih boleh bekerja dengan baik.

Teman ada pengalaman,datang minta kerja,tanya lah apa pun!mereka akan jawap macam bagus je.
Tau2..lepas makan tengahari dah tak datang lagi.
Bila call....dah tak angkat.
Dapat tahu...dah tak minat n…

PENIPUAN LAGI

KALI INI LEBIH LICIK.
Teman ada kawan2 yang di tipu terang2an. Seorang kemaruk nak kahwin,seorang kemaruk nak kaya raya. Seorang kematian suami tahun lepas.Dalam edah sikapnya biasa tapi berubah selepas tamat edahnya...4bulan 10 hari.
Biasanya perempuan lebih tenang,kecuali  beberapa orang yang ketara ghairahnya. kawan teman ni,bertukar2 BF,salah seorang bekas kekasihnya. Berbulan2,dia melaram,semua rakan taulan dah tahu mereka akan berkahwin. Diam tak diam... Perkahwinan di rancang tak menjadi.Dia tukar lagi.. Kali ini lelaki muda belia,jauh berbeza umurnya.Berangan nak kahwin dan menetap di tempat lain. Kali ini.....satu taman dah tahu,dia akan kahwin orang muda. Semua orang menghitung hari. Baju2 pengantin dah di beli,tapi malangnya...sekali lagi tak JADI!
Diam tak diam lagi... Dia berkawan lagi,dia tak jemu meraih cinta sejati. Lelaki arab pilihan hati.Janji nak datang jumpa dia hujung tahun lalu.Datang bukan tangan kosong.Bawa duit dari sana berjuta USD. Macam biasa...sangkut kat…

GUBAHAN ZAMAN SEKARANG

Image
DAH TAK BERSENI

Zaman dulu2..
Setiap gubahan ada seni.Tuala dijadikan angsa.Sejadah dilipat jadi macam2!
Teman suka lihat kreativiti pencipta seni tu.

Tak lama kemudian..
Keluarlah isu larangan buat bentuk2 macam tu.
Tak boleh buat bentuk binatang,bunga still okay..

Lama2....
Semua tu dah tak ada..
Alasan!
Rosakkan kain bagai!Kite terima...
Semuanya semakin mudah.

Teman tak sepandai mereka2 yang mahir,tapi dengan kelengkapan serba lengkap,kerja2 ni semakin mudah.
Asalkan...
Ada gam pistol,ada peniti,ada jarum,ada benang,ada dawai,gunting dan lain2...
Setengah hari semua tu boleh siap!

Masa teman kahwin dulu,teman buat sendiri bunga2 hantaran..
Beli kelopak,beli pucuk bunga,beli daun...Cantumkan semuanya.Ikat kat dawai dan jadilah kuntuman2 bunga yang akan di letak di tepi2 dulang.

Sekarang tak lagi,pergi je kat kedai2 perkahwinan,kita hanya tunjuk pakai jari je,
Macam2 benda ada!
Teman cukup suka menghabiskan masa kat kedai2 macam ni..
Cuit sana cuit sini..
Dalam hati...kalau anak aku…

KAKAK DAN TEMAN

BAGAI ISI DENGAN KUKU

Kakak teman ego tinggi mengalahkan hidung.
Lusa anak daranya nak bertunang setelah lama tersekat dek ego ibunya.
Teman selalu tanya..kau nak simpan anak dara kau sampai bila?
Dia jawap...aku belum puas nak manja2 ngan dia orang.
Teman tanya lagi...ialah..sampai bila kau nak tahan budak2 tu dari berkahwin?
Diam membisu seribu bahasa.

Beberapa tahun lalu,ada jejaka nak menyuntingnya.Tapi dek ego si ibu..akhirnya percintaan tak kemana.
Dia beli rumah besar untuk anak2.
Teman kata..kau tak payah lah susah2 simpankan rumah untuk budak2 tu,pandailah diaorang nanti.Lagipun,kau tahu ke diaorang suka dok dengan kau?
Dia jawap...ish!suka aje.
Teman jawap..hellooo kau pun tak suka dok dengan mak mertua,diaorang pun tak suka juga!
Teman kata lagi...kau bagi ilmu je,dulu mak tak bagi duit pun kat kite,pandai2 lah nak hidup.Kau kerja siang malam,esok kau sakit siapa nak jaga?
Diam seribu bahasa.....

Lepas anak dara tak jadi bertunang,dia lega sebab anak dia masih ada depan mat…

WANITA PERLU TIDUR YANG CUKUP

Image
SUPAYA SEGAR BUGAR

Bab tidur teman setuju je.
Walhal...tidur tu sama macam MATI.
Opss!mati tak mahu tapi tidur sangat teman gemari.
Mata ni ngantuk je...
Sahabat kata...u ada kencing manis kot?
Dalam hati...entahlah,ada tak ada...sama je.Malas nak fikir.

Bila baca artikel ni,hati berbunga bunga,harap suami anak2 faham le hendaknya.Orang perempuan perlu tidur yang lebih panjang.
Apatah lagi perempuan yang menghampiri usia senja macam teman.


Sebenarnya...
Perempuan yang dah kahwin tak pernah dapat tidur lama.
Masa anak dara..YES!tidur ikut suka mata.
KAHWIN sahaja...
Semua tu dah tak ada lagi,kerja,kerja,kerja...
Selagi mata tak tutup selagi tu le kerja,kerja,kerja...
Dalam hati berkata kata juga...bila lah nak rehat.bila lah boleh dapat tidur lama lama?

Apatah lagi ada anak2 kecil..
Subhanallah!lagi dahsyat!silap2 tak tidur langsung!
Anak nangis nak susu,suami lagi...
HUH!
Bukan merungut,tapi itulah hakikat kehidupan seorang perempuan.

WANITA PERLU LEBIH TIDUR...
Tajuk yang hanya canti…

BILA KELOPAK MATA BERGERAK

Image
ANTARA SUKA ATAU DUKA

Beberapa hari terakhir ni,kawasan bawah mata kiri bergerak2.Tak kira hari siang atau malam.Gerakkan tu ketara sekali.
Risau?
Mestilah risau,takut petanda penyakit bahaya.

Teman pendam je,sesekali terasa,baru ingat nak jumpa doktor.
Dek malas menguasai diri.Teman biarkan je..

Hari ini terasa nak tahu,google cari punca.Selalunya....setiap persoalan pasti ada jawapan walaupun tak pasti benar atau tak.

Petanda Kelopak Mata Bergerak:
Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baikKelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembiraKelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kitaKelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah

Entah ya entah tak...
Itulah hasil yang teman dapat dari pencarian ini.Huhuhu...
Jika bergerak kawasan bawah mata kiri tandanya nak menangis.
Mena…

HUKUMAN CIKGU...JENTIK KEMALUAN DENGAN GETAH

TAK MAHU KOMEN APA2 TAPI.....
SENDIRI FIKIR.
Baru2 ni ada cikgu hukum anak murid dengan melastik kemaluan budak tu. Kecuh!Di viralkan dalam FB.
Pada teman....tak elok le gitu,banyak2 tempat,yang dalam seluo juga yang di cari.
Kalau anak teman kena pun,teman akan marah!
Jangan kata orang,kite pun sama.

Boleh hukum,tapi berpada pada.Jangan ikut nafsu sangat.
Kanak2 nakal...YES!memang mereka nakal2 belaka.
Anak2 teman gitu juga.Pantang buka mata!gaduh sahaja.

Anak teman pernah di baling dengan buku,di ketuk dengan buku...
Bila balik,dia cerita kepala dia kena ketuk dengan buku,kite terkedu juga.Pernah sekali,anak teman balik cerita...
Cikgu bahasa Inggeris dia kata...awak hensem tapi bodoh!
Masa tu anak teman baru darjah 1.Teman terkedu,teman tak tahu nak kata apa...
Teman tahu anak teman nakal juga,mana ada budak lelaki yang sopan?kalau ada pun mesti mangsa bulian anak2 yang lain.

Kadang2 guru2 kat Malaysia pun sakit.Sakit jiwa,sakit hati,sakit otak.
Cara menghukum tak guna akal langsun…

BREASTFEEDING ATAU SUSU BADAN

Image
KECUH DI PERKATAKAN

Teman terbaca isu ni kat FB.Amran Fan buat kenyataan keterlaluan.
Teman tak baca dan tak tahu hujung pangkal citer,yang teman baca Amran Fan punyalah marah!
Macam2 di katanya kat ibu2 yang load gambar kat alam maya.

Bila kite tak baca dari mula,kite pun tak setuju.
Pada teman...malulah!orang nampak nanti.
Bila teman dapat citer2 yang sahih.Teman rasa terpanggil nak ulas sikit.

Ginilah...
Sebagai ibu,teman bangga dapat susukan anak2.
Anak2 teman menyusu badan ikut tempoh yang di tetapkan dan ada yang terlebih had umonya.
Anak no 5,sampai 4thn.
Bukan teman tak faham...hukum hakam
tapi...dah itu sukanya.Bukan teman tak cuba nak hentikan ketagihan,dah macam2 cuba,tak berjaya.
Pantang nampak teman baring,pasti dia akan menyelit minta susu.

Kena ingat,janganlah sampai orang boleh nampak buah dada kite.Malu...
Cubalah lindung2 sikit.
Teman pernah lihat ibu yang menyelak tak peduli orang lain.
Bagi teman itu salah.Cukup salah dan memalukan diri sendiri.
Itu aurat kite!jang…

DILWALE

JANAM JANAM JANAM  SAATH CHALNA YUNHI

Teman bukan le ketegori peminat taksub filem hindustan.
Tapi...boleh lah...
Kadang2 kite perlu lepaskan tekanan!

Teman suka nonton filem mereka kerana hero diaorang kacak2,heroin diaorang pun jelita dan seksi2.Filem daorang pun warna warni dan yang paling tema gemo,jalan cerita yang tak berpintal pintal.
Pendek kata mudah faham.

Sejak dua menjak ni,ramai orang cakap2 pasal filem terbaru SRK dan Kajol.
Dua bintang filem yang serasi bersama.Kat FB,bila borak2 dengan kawan.
Teman tetap tak ambil pusing,pada teman...filem hindustan?apa yang menariknya?gaduh2,samseng,terbang sana sini,cintan cintun,menari atas bukit,golek2 jatuh...Part paling akhir,Inspektor Sahab datang.TAMAT.
Biasa macam tu kan?
Tak terfikir nak masuk panggung gara2 Dilwale.
Sahabat kata...u tak pergi?
Teman hanya jawap ringkas..tunggu cetak rompak.
Sahabat seorang lagi memuji melangit,katanya...Kajol cantik sangat,dah ada anak tapi perut kempis,putih,pendek kata...cantik sekarang da…

ROBOT ISTIMEWA UNTUK LELAKI

Image
ROBOT PEMUAS NAFSU LELAKI!
YEAH!DUNIA MAKIN TERUK!


Kemajuan yang menjijikan!
walaupun dah lama di pasaran,tapi baru2 ni je timbul di media cetak.Untuk beritahu wujudnya robot pemuas nafsu lelaki kot?

ROBOT seks merupakan satu hasil ciptaan teknologi yang bertindak sebagai tempat pemuas nafsu bagi mereka yang masih ‘kesunyian’ dan ingin melakukan hubungan seks. 

Alat pemuas nafsu sebegini telah lama berada di pasaran dan ianya mendapat permintaan yang mengalakkan. Mungkin disebabkan permintaan yang tinggi ini, pelbagai versi robot seks kini boleh didapati di pasaran dan ianya diramalkan akan menjadihitspada tahun ini.

Terkini, terdapat pelbagai versi robot seks yang dicipta dengan teknologi yang membolehkan ‘mereka’ memberi respon ketika berbual. Pembaharuan ini adalah untuk menaik taraf robot sedia ada daripada menjadi tempat pemuas nafsu semata-mata.

Menurut seorang pakar psikologi sex dan perhubungan,  Dr. Helen Driscoll berkata, penghasilan robot sebegini akan menjadi satutrendyang bia…

EMAK

Image
MOHON ALLAH PANJANGKAN UMURNYA,SIHATKAN TUBUH BADANNYA,BERKATIKAN IA...

Emak dah tua... Lahir tahun 41,mak kata...zaman Jepun. Mak anak ketua Kampung.Bercita cita nak jadi nurse,tak kesampaian sebab abah minang awal. Zaman mak,anak gadis kahwin awal.Emak kahwin masa umur 16thn,kalau teman tak silap.
Emak kata...emak dulu boleh kerja nurse. Teman jawap...habis kenapa mak tak kerja? Emak jawap sambil jeling abah...abah kau lah!minang awal sangat! Abah sampuk,mak kau dulu tak suka abah,lepas mak ludah,abah ambil bawa jumpa bomoh. Emak jeling je...tak menesabah!
Teman tahu,abah bergurau je.. Abah cucu Iman Muhammad Amin... Sebut je nama Imam Muhammad Amin...semua orang berebut nak buat  menantu.Walaupun hanya cucu. Ayah abah orang bangsawan.Hensem dan bergaya. Cucu Pak Iman kahwin dengan anak ketua kampung.Barulah ngam!
Emak teman... Baik,sabar... Orang kata apa sekalipun,emak tetap diam,Tak kaki gaduh.tak suka macam2 dengan jiran. Jika ada jiran yang sakit,emak akan hulur bantuan. pendek…

BAUKSIT.

Image
ORANG LAIN KAYA RAYA,ORANG KITA YANG MERANA


Bauksit.
Apa itu Bauksit.
Bauksit ialah...bijih utama untuk menghasilkan aluminium.Bauksit bukanlah mineral seperti yang di fahami sebelum ini.Ia merupakan batuan yang terdiri dari sekumpulan mineral aluminum Hidroksida seperti gibsit,bohmit atau diaspor dan mineral tambahan seperti goetit,hematit,kaolini dan anataseatau rutil.
Okaylah...Cukup sampai sini,kalau nak tahu lebih lanjut,sila google sendiri.

Masalahnya...
Orang Kuantan dah meroyan!
Rumah pintu tingkap kereta bumbung rumah dah tukar kaler.
Teman ada baca tapi tak berapa nak ambil tahu.
Berbulan bulan kes ni berlanjutan.Rakyat marah,tapi mereka2 yang terlibat buat tak tahu..
Setelah berbulan2 makan hati,setelah berbulan2 rakyat membantah.


Akhirnya...
Menteri Besar Pahang kata...
RAKYAT NEGERI ITU YANG MAHU INDUSTRI PERLOMBONGAN BAUKSIT DI TERUSKAN.
KATANYA LAGI...TIADA PAMPASAN DI TUNTUT OLEH RAKYAT PAHANG KEPADA KERAJAAN NEGERI SEPERTI YANG DI SARANKAN OLEH PERSATUAN PENGGUNA PULA…

BILA ANAK NAK KAHWIN

BELANJA DULU DAN KINI BAK LANGIT DAN BUMI

Dulu....
Hantaran bawah RM10,000.00.Paling murah RM1,500.00 je..
Anak2 teman kata...murah gila!
Sejak artis2 wanita minta hantaran gila2,barulah gadis bukan artis berani mencuba.
Mazuin Hamzah,Erra Fazira..dan lain2 artis hantara ikut tarikh lahir.
Beratus ribu..
Pendek kata..ribu raban kau!

Anak tanya ibu hantaran berapa?
Sambil jeling si ayah...RM3500.00 je....
Anak2 gelak....murah gila!
Dulu...RM3500.00 tu kira sedang2.Bila ada anak jiran hantaran RM5000.00,dah kena gossip.
Macam nak jual anak!Mahal mengalahkan anak raja.
Itu dulu....
Sekarang,tak dapat lagi.Anak2 sedara teman dah lepas RM10,000.00
Paling murah RM8000.00.
Apa2 pun...hantaran kena bayar le,paling tidak untuk tampung kos majlis.

Pak Cik teman,bagi lebih hantaran untuk bakal menantu.
Pihak perempuan minta RM10,000.00 tapi Pak Cik teman bagi RM12,000.00.
Untunglah kan?Dapat besan berhati mulia.
Bila tanya...kenapa lebihkan?
Pak Cik kata...kesian.....orang biasa2 je.
Sahabat nak…