Posts

Showing posts from October, 2015

KUCING TERBUANG...

Image
BINATANG KESAYANGAN NABI.

Teman jumpa dia,masa nak balik..
Teman dengar suara dia nyaring.Teman cuba tinjau,tak nampak kelibat kucing.Tapi suara ada di mana mana.
Teman tinjau bawah kereta tu,tak nampak dia...
Teman kengok kat basah antara tayar dan engine.
Teman nampak mata biru berkilau...

Teman kata kat suami..ada kucinglah kat engine kereta ni!
Suami datang....untuk bantu keluarkan dia..
Tapi tak berjaya,dia makin kedalam dan kedalam lagi..

kalau kita tinggalkan dia kat situ,dia mati tak?tanya teman...
Suami kata...matilah!kalau orang ni perasan.Okaylah!kalau tak....mati kejung le jawapnya.
Dalam hati...kesiannya.Teman terfikir kalau dia mati berkecai!
Subhanallah!

Kami usaha lagi...
Hulurkan cebisan daging ayam.Dia masih tak keluar.
Jam dah tunjuk waktu 7.45 malam,kami belum maghrib lagi..
Antara kucing dan maghrib kami kena pilih salah satu.
Yang pasti teman pilih maghrib.
Teman kata kat suami..
Jomlah balik!kita dah cuba,dia yang tak nak keluar2 lagi.
Kami ambil keputusan nekad…

HUTANG

ADA ORANG TAK KISAH,TAPI ADA YANG TERLALU KISAH HINGGA SAKITKAN JIWA SENDIRI.

Semalam teman gi kelas,anak yang hantar dan teman terpaksa tunggu dia datang.
Sedang teman menunggu,teman di datangi oleh seorang mak cik yang sama2 belajar petang tu.
Mak Cik nak tanya mana awak beli jubah ni?Mak cik ada beli dengan entah siapa namanya,masa tu...mak cik nak bayar tapi dia tak ada duit kecil.Harga baju ni RM60 kan?
Teman angguk je...
Teman diam untuk dengar apa masalahnya.
Dia sambung lagi...
Katanya...Mak Cik dapat bayar RM50 je,dia kata tak pe,lain kali...
Sejak tu Mak Cik selalu cari dia,Mak Cik tanya orang2,tapi mereka tak tahu...Mak Cik susah hati nak oiii....
Mujur jumpa awak,dah ALLAH takdirkan...Boleh Mak Cik bagi RM10 tu kat awak?
Sampai habis teman mendengar...
Teman kenal si empunya badan tu...
Teman kata...Tak pe Mak Cik nanti saya call Tokey baju tu,saya kenal.....

Talian bersambung teman beri kat Mak Cik tu...
Mereka bersembang....
Dan akhirnya...Tokey tu kata...
Tak pe Mak Cik…

CELOTEH SEORANG USTAZ

DIMASJID TEMAN...

Teman lambat lebihkurang 15minit. Gara2 leka memasak. Teman akhirnya kelewatan.
Sebaik masuk ke dalam masjid,teman lihat hadirin dah ramai. Lelaki perempuan sama ramainya.Yang pasti....ini masjid okay!hadirin yang datang,comfirm le warga emas! Teman dan suami terpisah dek sempadan. Tapi masih boleh mengerling manja... Muahahaha..
Hari ini,ustaz bawa tajuk menarik. Surah NABI YUSUF... Ustaz kata... Surah Yusof paling lengkap,menceritakan riwayat seorang NABI. Dari kecil hingga besar,kita dapat membacanya secara terperinci.Tanpa bercampur2 dengan kisah lain. Dialog pun cukup lengkap.Ada 86 dialog yang boleh dijadikan cerita. Paling tak tahan... Bila  ustaz kata jika ada penerbit atau pengarah yang minat nak buat filem ini,guna sahaja apa yang ada dalam surah Nabi Yusof.Tak perlu skrip lagi,yang penting jangan di ubah satu pun!
Ini cerita benar di ambil dari ayat suci Al Quran.

Zaman ni,Kita di sajikan dengan cerita2 omputih,Frozenlah!itulah!inilah!...
Yang pasti semua …

GAY DAN LESBIAN

MAKIN BERLELUASE DAN MENAKUTKAN

Kita baca kisah ni masa zaman Nabi Luth.
Hubungan songsang,akibatnya.....dunia ALLAH terbalikkan.

Dulu...
Kita jarang dengar isu2 ni di perkatakan...
Kalau ada pun....psst!rahsia.
Tapi kini...
Semua orang dah tak segan silu.Bercumbu rayu dengan jantina yang sama.

Masa teman anak dara dulu..
Ada kawan teman macam ni,mula2 tak tahu...
Tapi bila lihat gelagatnya...
Hati kita jadi keliru...
Katanya adik angkat,akhirnya tahu....adik angkat buat kakak angkat terangkat.

Jiran depan rumah cerita...
Masa tu ibubapa dia tak ada,jiran tu pergi le jengok kat tingkap...
Subhanallah!terlihat dia dan adik angkat sedang bercekarama.
Jiran tu terkejut beruk!
Dia tanya teman...kau tau?
Teman hanya mampu kata...tak.....
Cerita tu habis kat  situ je...

Pada satu hari,kami satu opis borak2,biasalah kan...ada dua tiga mak2 yang bermasalah akan selit2 cerita biru.Masalahnya,kami tak faham...jadi muka kami yang belum kahwin ni blur je...
Tapi dia!
Melebih2 aksinya!
kami terdia…

BAJET 2016

Image
SAMA JE...
TIADA APA2 YANG ISTIMEWA...

Semalam...
PM berbaju biji kundang,bersamping kemas,berucap kat atas pentas.
Dengan penuh ketekunan.
Membentang BAJET 2016.

Kite semua mengadap depan TV tak berkelip2 tunggu keuntungan kat kite kite..
satu persatu di bentangkan...
GST?
Kekal..
TOL?
Kekal...
Minyak?
Kekal...
BRIM?
Tambah..
Lain2?
Lebihkurang je...

Teman tak pandai nak ulas,pada teman...
Buatlah bajet macam mana sekali pun.Selagi tak telus,selagi tu lah susah untuk kita berjaya.
Terlalu banyak masalah
Terlalu banyak rahsia
Terlalu banyak menteri yang 'sakit'

Kadang2 teman terfikir...
Malaysia mempunyai menteri paling ramai.
Tapi..
Malangnya....mereka dilantik untuk jaga rakyat yang tak sampai 30JUTA lagi.

Bajet JUTA2,tapi.....apa yang ada tetap sama..
Sekolah kat sabah Serawak macam reban.Ada sekolah yang masih daif walaupun peruntukkan setiap tahun katanya berjuta juta!


Macam biasa...
keluar bajet,baru YB nampak muka.
Tanya itu ini....
Terus berlalu pergi....
Perancangan t…

ALANGKAH RUGINYA...

BILA DUNIA DI KEJAR....

Teman rasa sedih bila dapat tahu...Ibu kepada 2 anak yang mati terbakar,dok kat luar negeri.
Dia bekerja sebagai jururawat.
Tak tahu apa masalahnya.Kita tahu....
Sesiapa yang kerja di luar,gajinya jangan cakap lah!
BANYAK!

Kawan2 suami teman...
Yang kerja kat luar,gaji puluh2 ribu.Kalah gaji menteri.
Sebab tu...ramai yang suka kerja kat luar.
Sanggup tinggalkan keluarga.
Sanggup tinggalkan anak2 yang masih kecil.

Teman tak kisah,kalau mereka kerja kat luar,bawa keluarga sekali.
Teman tak kisah...
Tapi kalau tinggalkan anak2 yang masih kecil..
Teman rasa tak berbaloi.
Masa kita dengan anak2 tak lama...
Sekejap je mereka dah besar,sekejap je kita akan kehilangan mereka.
Bila dah besar...banyak perkara dia tak perlu kat kita lagi.

Baru2 ni...
Berlaku kebakaran dan 2 kanak2 mati.
Masa bomba jumpa,dua kanak2,(seorang berusia 7thn dan seorang lagi 6thn),tu mati berpelukkan kat bawah katil.
Bayangkan?
Mereka cuba selamatkan diri kat bawah katil,mungkin sangkaan mereka…

GARA2 IPHONE..

Image
2 WANITA INI SANGGUP GADAI MARUAH DIRI.


Kadang2 rasa mual dengan cerita2 macam ni...
Hanya kerana nak IPHONE percuma,perempuan ni sanggup tergedik2 atas pentas tanpa sehelai benang pun.
Tak gila ke?
kalau kita tak masuk akal kan?
Tapi..
Mereka sanggup!

Berlaku di Rusia.
Salah seorang dah kahwin.Seorang lagi tak pasti dah kahwin ke belum...
Pelik tapi benar...
Rata2 manusia di mukabumi mengutuk mereka .
Tapi....
Masih ada yang suka....
Entah lah...

ALAHAI ANAK TEMAN..

SUKA BUAT KELAKAR!

Dia call...
Ibu!masukkan duit boleh?
Teman kata ayahkan dah masukkan duit?
Dia jawap...kad kena telan.
Teman tanya kenapa?
Dia kata tak tahu..
Teman balas..salah tekan nombor kot?
Dia jawap tak lah!
Teman kata kalau tak,kenapa?
Dia jawap...kawan dia main2kan kad tu,dua tiga kali batal,masuk,batal masuk...akhirnya kena sedut terus!
Teman dengar rasa macam nak mencarut je.Dalam banyak2 perkara.Ini juga jadi gurauan mereka.
Teman tanya nak masuk kat mana?
Dia kata masuklah kat bank lain.
Teman balas...taklah kot?kau suruh kawan kau yang gatal tangan tu tanggung makan kau!nanti kad tu dapat keluarkan duit bayar kat dia.
Pandai2 lah nak hidup.Kata teman marah.

Dia dengar suara teman dah lain..
Terus kata...okay okay...
Boleh gitu?

Benar kata2 orang berilmu....dalam dunia,anak2 dan harta perkara yang melekakan kita.
Dari celik mata sampai tutup mata!
Masalah mereka sahaja yang kita kena uruskan.
Kadang2 terfikir juga...
Sampai bila agaknya?

UCAPAN DARI MB NEGERI SEMBILAN PALING SEMPOIII

Image
ADA 10 MACAM NI!SELAMAT LE PENIAGA2 KECIL.



Seronok dengar ucapannya...
Santai dan bersahaja.
Teman tak kenal dia,tapi....
Hari ini baru kenal...
Oooo....ini MB Negeri Sembilan.

UMMU JAH ARQAM

Image
SAKIT TENAT

Teman kenal dia melalui akhbar,melalui TV dan kes2 yang melibatkannya.
Teman kenali sebagai isteri Ustaz Ashaari pengasas Al Arqam.
Teman tak mahu komen apa2...
Sebab teman tak ikut dia...
Teman hanya baca kat surat khabar,dengar kat TV dan lain2 lagi.

Lepas pertubuhan Al Arqam di haramkan tahun....1994.Maka lenyaplah satu pertubuhan islam yang berjaya mempunyai produk sendiri.
Teman pun tak tahu kisah sebenar pertubuhan itu di tutup.Yang pasti....politik telah di masukkan dalam kes tersebut.
Teman orang biasa....
Tak mampu nak campur lebih2.Jika benar kumpulan itu sesat.Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasannya.
Minta dijauhkan dari keturunan kita semua.

Lepas suaminya Ustaz Ashaari meninggal...
Isterinya mula aktif dengan agenda tersendiri dan agama ciptaan sendiri.
Aktif menyebarkan ajaran Aurad Muhammadiah.
Akhirnya di tahan dan bersetuju untuk mengetuai lafaz Taubat Nasuha bersama 300 orang pengikutnya.
Ummu Jah mengakui kesilapan dan menyesal dengan perbuatannya.
It…

JEREBU DATANG LAGI,..

SETELAH BEBERAPA HARI DIA PERGI...
Teman tak perasan jerebu datang lagi... Seminggu lalu... Cuaca cantik je... Teman rasa selesa dengan suhunya. Teman sidai baju pun cepat je keringnya.
Dalam pada itu,teman dah 2kali kena batuk,Dan hari ini tekak dah mula perit. Teman kata dalam hati...tak kanlah nak kena batuk lagi? HUH! Sahabat kata tak baik mengeluh. Teman istifar,teman tahu tak baik mengeluh,cuma kadang2 perbuatan kita tu sepontan je. Ampun ya ALLAH.
Alif dah deman kelmarin,hari ini giliran Aaliya sakit tekak,hidung berair.. Teman tak dapat bayangkan bagaimana jika keadaan terus begini.
Anak2 tak dapat ke sekolah,kita tak sihat selalu... Bayangkan? Kita terpaksa menghidu jerebu hari2. Teman tak faham... Setiap tahun ada sahaja pembakaran hutan kat Indonesia.Mereka tak ambil ikhtibar atas kejadian? Mereka tak tahu ke....pembakaran hutan perlu kawalan? Mereka tak tahu ke?
Teman kata...kita jangan salahkan mereka,mungkin ada pihak kita di sana yang bakar hutan!kos bakar lebih murah da…

ASTRO

DIMANA PENAMATNYA?

Teman masuk astro sekitar tahun 2005,zaman AF MAWI
Mula2 tak minat,tapi dek penangan MAWI,teman daftar masuk dengan pakej paling murah RM50.00.
Masa tu,sana sini cerita pasal MAWI.Hati mengeletik nak tahu..
Akhirnya.....terpasanglah astro kat bumbung rumah.

Sekarang dah nak masuk tahun ke 11,teman guna perkhidmatannya.
Teman tahu...ada baik dan ada buruknya.
Yang baiknya...teman dapat maklumat,buruknya.....anak2 leka.

Teman ambik pakej sebulan hampir RM150.00.Teman ada 2 piring terbang kat atas bumbung.
Satu kat atas dan satu lagi kat bawah...
Sahabat tanya...kenapa sampai 2?
Teman jawap...satu kat bawah tu untuk budak2,kat atas untuk saya...
Tapi malangnya...
Dua2 tak dapat teman nikmati.Bila teman kat bawah,siri kartun berkemundang,bila naik atas....channel tetap sama...611,612 dan sebagainya.
Ada kalanya,darah teman NAIK tinggi!teman dah tak boleh nak dengar suara alih bahasa tu.dari pagi suara yang sama!rasa nak pengsan di buatnya.
Alif,Aaliya!tutup TV,ibu dah t…

VAPE

TREND TERKINI

Setahu teman,VAPE rokok eletronik untuk melawan ketagihan merokok.
Suami teman pernah bertanya mengenainya sekitar awal 2013.
Dijual di up-town Sitiawangsa.
Masa tu harganya lebihkurang RM350.00.
Dek tak berapa nak percaya dan tiada kesungguhan nak berhenti merokok,semua keinginan terbantut,ditambah lagi dengan harganya yang mahal.Dan belum pasti hasilnya lagi.

Tahun demi tahun...suami tak lagi ingin mencuba.Dia belajar berhenti merokok dengan daya usaha sendiri.
Dan akhirnya...YES!BERJAYA!'Tahniah suamiku..

Sejak dua menjak ni pula,VAPE muncul semula,kali ini dah jadi satu trend muda mudi masa kini.
Atas alasan tak memudaratkan kesihatan.
Semua ketegori manusia mencuba,termasuk kanak2!
Dalam youtube,trend ni semakin menjadi jadi!

Teman tanya anak...kenapa senyap je?
Dia jawap....semua kawan2,gi festival VAPE kat Kolompo.
Teman tanya balik...apa?festival VAPE?
Dia jawap ya...
Teman jawap....tolonglah jangan ikut,biarlah diaorang nak VAPE ke nak VOPE ke...Biarlah..Jan…

BRIM KURANG KALAU TAK NAIKKAN TOL

Image
KATA PM NAJIB.

Katanya...
BRIM KURANG KALAU TAK NAIKKAN TOL
Jujur kata...
Hati teman menyumpah!teman tak sanggup nak tatap muka dia ni...
Sakit hati teman tak tertanggung!
Orang kata..biarlah..
Teman hanya mampu maki dalam hati.

Sebenarnya...
Teman okay je..
Teman tak dapat BRIM pun...
Sahabat tanya tak dapat BRIM?
Teman jawap tak layak....
Teman tak kaya,tapi pendapatan isi rumah melebihi had sepatutnya.
Had sepatutnya RM4000 sahaja.Suami teman tergaji RM4500.00,itu le sebab nya tak dapat.
kecewa?
Kecewa yang amat sangat!
ehmmm....


Bila teman jumpa kenyataan PM ni,teman rasa macam nak marah je.
Oiii!PM siapa yang suruh kau bagi BRIM?
Adaa aku suruh?atau ada rakyat minta?
Kau yang ngada2 nak bagi lepas tu...kau NAIK TOL sebab kau nak bagi BRIM?
Apa pun bongok le kau wahai PM...
Betul2 mencabar!
Betul2 menguji kesabaran rakyat.

Katanya....
Kerajaan mempunyai kewangan yang terhad,dan terpaksa memilih samada membayar pampasan kepada syarikat konsesi tol atau menyalurkan wang yang sama ke…

KISAH RUMAH TANGGA ANAK MUDA...

SERINGKALI BUAT KEPALA SENDIRI

Seharian teman  melayan whats App dia..
Bukan teman tak suka..
Tapi...
Tiada keputusan!
Naik bebal teman ni ahh!

Mereka dah duduk asing9 bulan yang lalu..
Selepas tau suami ada GF,dia baru sedar....
Rumahtangga dia dalam keadaan bahaya.
Dia mula beralah...
Mula cuba berbaik demi anak tunggalnya.
Salah siapa?
Itu teman tak pasti.Yang teman tahu...dua2 salah!

Sekian lama...
Suami abaikan kebajikan dia dan anak.
Akhirnya dia sedar..
Dia kena bertindak!
Minggu lalu,dia ke Pejabat Agama.
Dia kata...dia nak cerai.Macam biasa,orang2 kat Pejabat Agama akan beri nasihatn dulu...
Malangnya..
Suami dia spesis...banyak ketawa dari bercakap.
Ustazah pun naik binggung.Ustazah tak tahu nak bantu,sebab suami dia tak serius.
Ustazah suruh mereka berbincang baik2.

Pulanglah dia dan suami...
Dalam perjalanan,mereka makan2,bual2 tak bergaduh.
Suami dia nangis2,kata masih sayang kat dia dan anak.
Masalahnya...
Laaa ni,dia masih kat rumah mak,masih sendirian.
Sejak kelmarin,s…

KERANA SEORANG WANITA BERTUDUNG KUNING..

Image
SEMUA WANITA BERTUDUNG TERKAIT SAMA.


Jom teman tulis elok2 sikit ya...
Begini ceritanya....

Assalamualaikum
Nak beritahu sikit,kejadian berlaku pagi tadi kat JAIP,bahagian Baitumal yang berdekatan dengan Bank Islam.
Perempuan yang bertudung kuning tu.....kerja sebagai penyambut tetamu je.Memang dari dulu saya tengok dia selalu bercakap kurang ajar dengan orang2 tua yang datang minta bantuan kat sini.Mereka selalu di tengking2 seperti orang yang tiada maruah!
Terkadang rasa kesihan tengok Pak Cik2 dan Mak Cik2 yang datang kat sini nak minta bantuan tetapi di tengking seperti orang tiada maruah.Memang tak ada adab dan budi bahasa ke orang2 yang kerja kat Jabatan baitumal ini?
Bila panggilan masuk,tak pernah dijawap dengan elok,Tengking2,macamlah dia kerja di tempat yang di sinari cahaya matahari terik.Kerja pun dalam pejabat berhawa dinginkan?
Kalau orang tak susah,orang tak kan minta bantuan kat sini.Sekurang2nya berbudi bahasalah sikit,bukan susah pun.Bila dah letak telefon,merungut s…

TRAK TERMAHAL SULTAN JOHOR

Image
MENJADI IDAMANNYA.


Impian Sultan kite tercapai.
Trak termahal dah sampai...
Dengar2...harganya hampir RM1.4JUTA.
Dengar2...trak ini termahal di dunia.
Dengar2...tiada trak ini di jalanraya Malaysia sebab hanya Sultan kite je yang pakai.

Majlis penyerahan trak ini dia adakan di Dataran King George,Wocal,Queesland.
Dengar2...setahun jangkamasa nak siapkan trak hebat ni.
Dengar2...tempat duduknya dijahit dengan benang emas.
Subhanallah!
Hebatnya!
Tak terfikir dikepala teman ada kerusi trak jahit benang emas.
Dengar2....ciri2 lain juga hebat belaka.
Teman cuma fikir satu je...
Minta2 bini PM tak minta dibelikan trak termahal juga.
Minta2....bini PM kesayangan kita tak minat TRAK!
Biarlah dia susun beg ,kasut jenama terkini.Daripada dia susun trak bagai!

Semua orang kutuk sultan kite...
mereka kata Sultan kite silap beli trak tu.Meraka kata....sultan kita patut tolong rakyat termiskin.Mereka kata macam2 kat sultan kite...
Tapi...
Kita tahu...Sultan kite dah banyak tolong rakyat dan rakyat …

BANGLA KENA PUKUL SEBAB KOTORKAN KERETA MELAYU.

Image
SOMBONGNYA!



Kecuh kecuh....
Hari ini dalam sejarah,jika benarlah kisah ini...
Habislah kite....
Kasih sayang manusia pada manusia dah semakin pupus.

Teman cuci kereta bertahun,tiap2 minggu pasti ada kereta yang nak di cuci.
Tiap2 minggu teman mengadap muka Bangla..
Mana2 hanya bangsa ini sahaja menopoli penyucian kereta.
Yang pastinya bukan tokey tapi kuli batak!

Teman jumpa video ni,teman terus terpaku.
Tak ada suara,jadi tak tahu apa yang berlaku.
Ikut pada cerita...
Lelaki melayu tu marah sebab Bangla tu masuk kereta dan kotorkan kerusi depan tu.
Biasanya diaorang akan masuk untuk lap cermin atau bahagian depan kereta kita.
Kalau tak ada hal,mereka tak masuk...
Mereka pun tak mahu rosakkan kereta orang.
Mereka tak ada duit nak bayar kerosakkan kereta kita.

Dengar2 lelaki tu minta RM1000 sebab kerusi dia kotor.
lelaki tu begitu marah sebab Bangla tu comot.
Subhanallah!
Jika benar apa yang di ceritakan....
Itu tanda hati kita rosak.

Teman ada ramai kawan,mereka pun tak beri orang lai…

PERCUTIAN HUJUNG TAHUN

Image
ABANG SUAMI!APA KATA KITA GI SABAH?

Dulu...
Teman pernah bercita cita gi New Zealand.
Dan cita2 tu tak pernah padam laaa ni..
Beberapa tahun lalu,suami ada gi sana.Tapi teman tak dapat ikut,memandangkan anak2 kecil dan dia dihantar atas urusan tertentu oleh majikan.

Dulu...
Bila cikgu Ilmu Alam cerita pasal New Zealand,teman selalu bayangkan..
Gunung ganang yang menghijau,lembu2 tenusu bersepahan di sana sini...
Udara yang nyaman..
FUH!terbayang sendiri.

Dulu....
Sampai laaa ni...keinginan tu memuncak muncak!
Tinggi mengunung dan tak luntur2.

Tapi..
Sekarang,anggan tinggal anggan..
Anak2 makin besar...
Kos sara hidup meningkat,rasa2 macam tak tercapai cita2 tersebut.

Sebagai ganti,apa kata kita gi sini abang suami?
Kundasan Sabah mirip2 New Zealand.Ada gunung2 menghijau,ada lembu tenusu,suhu yang sejuk...
Orang kata...SEBIJI!New Zealand.




Cantik kan?
SeBIJI macam New Zealand.
JOM!kita piii...
Cuti sekolah makin hampir...
kat sana,kita boleh pilih nak dok kat Homestay atau Hotel
Orang k…

SAIFUDDIN ABDULLAH

KELUAR UMNO MASUK KEADILAN
TAHNIAH! DATUK!

Teman tak terperanjat,teman tak pelik...
Dia antara pemimpin yang teman suka...
Tenang dan berkebolehan.

Sejak kes Adam Adli,teman mulai menyukai dia...
Bukan suka nak ajak kahwin tapi suka dengan gaya dia.
Adam datang hantar memo..
Dia dengan dada lapang memberi ruang kepada anak2 muda menemuinya.
Salahnya!
hanya kerana Adam panjat tiang turunkan gambar PM.
Tu je....
Semua pihak menyalak bagai nak gila.
Pada teman....Adam ada alasan tersendiri kenapa buat macam tu.
Teman tak peduli asalkan matlamat tercapai.

Teman juga follow dia..
Teman ikuti apa jua status dia...
Sampai satu tahaf,teman terfikir...
Alangkah baiknya jika dia keluar UMNO dan masuk PAS atau KEADILAN.
Teman simpan anggan..

Semalam...
SAH!DATUK DAH KELUAR UMNO DAN DAFTAR MASUK KEADILAN.
Teman tak kisahlah Datuk nak masuk parti mana...
Asalkan bukan UMNO.

Syabas Datuk!
Parti tu dah teruk!
Banyak orang dah rosak akhlak dalam tu...
Ramai yang dah jadi lembu cucuk hidung.Benda sala…

HERO MALAYA

Image
ABANG NIZAM!

Dia hanya pemandu teksi.
Siapa dia?
Dialah orang yang mula2 jumpa budak mangsa culik kat Kajang tu.
Dia hantar budak tu sampai ke rumah.
Sebaik sampai,ayah budak tu capai anak dan terus lari masuk ke rumah.
Lepas tu....keluar balik dan jumpa Abang Nizam.
Mereka bersalaman dan dari isyarat badan,dia seakan tak selesa dengan Abang Nizam.



Esoknya keluar cerita penculik tu dah dijumpai .4 orang termasuk pemandua teksi yang dipanggil Abang Nizam.
Bagaimana mungkin kami tak fikir buruk.
Pemandu teksi tu pun naik kereta polis.Pemandu teksi tu juga pakai baju kaler oren.
Ish,ish,ish...
Malang sungguh nasib pemandu teksi tu..
Dia jumpa,dia hantar,dia pula di syaki.

Teman pun nak minta maaf pada Abang Nizam.Teman pun sama macam polis,mengesyaki Abang Nizam sebagai salah satu penculik tu,
Maafkan lah kite ya...

Abang Nizam kata...dia jumpa budak tu merayau rayau kat tepi jalan,dek peka IT,abang Nizam dapat maklumat melalui Whats App yang di hantar kawan2.
Mungkin dalam Whats App tu a…

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM

BUAT SEMUA...

Pagi teman tefon mak...
Salam awal Muharram mak...
Dengar mak teman gelak...mungkin dia rasa pelik teman beri ucapan macam tu.Almaklum,teman ni orang kampung.Mana pernah wish2 bagai!

Emak tanya dah baca doa awal tahun?
Teman jawap...dah..
Emak kata lagi...tapi katanya doa tu tak boleh buat.
Teman tanya kenapa?
Emak jawap ustaz kata tak di tuntut.
Teman jawap...alahai mak,lagi moden manusia lagi banyak benda yang mereka mula pertikaikan.
Apalah salahnya doa tu...
Hari2 kita doa jugakan?kebetulan kita baca sebelum dan selepas maghrib je.
Emak jawap..ah!macam2 hujah mak dengar.
Teman ambil mudah...kita baca doa tu bukan nak harapkan apa?kita nak ALLAH ampunkan kita,nak ALLAH berkati hidup kita.
Bukanlah kita baca doa tu dosa2 kita COMFIRM!di ampunkan....Semua bergantung pada ALLAH.
Kita baca doa2 tu hari ni pun boleh...Doakan kita baca hari hari!Apa masalahnya?
Emak jawap...tulah...emak bimbang budak2 muda takut keliru.Budak2 yang mudah tu yang diaorang suka.
Teman kata dal…

FIRDAUS OKU MENINGGAL

Image
AKHIRNYA....



Akhirnya...
Dia pergi...
ALLAH jemput dia...

Teman tak terkejut!
Pada teman...biarlah dia pergi,itu lebih baik daripada di tolak ibu sendiri.
Lepas orang jumpa dia,JKM jaga dia...
Ibu dia awal2 dan kata tak mahu jaga dia,tak akan tuntut dia...
Pendek kata...dia tak di kehendaki oleh ibu dan keluarga sendiri.
Biarlah dia pergi...
ALLAH akan jaga dia.

Sahabat tanya..kenapa?
Teman ada baca tadi...dia kena sawan.
Sahabat hanya pelahan menjawap..oooo...Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un

Bila teman tatap muka dia...teman tak sedih,dia ahli syurga.
Senang2 dia masuk syurga.Dia anak kurang upaya dianiaya ibu sendiri.
Teman yakin...ALLAH akan letak dia di antara orang2 beriman.

Kepada ibunya...
Saya tak tahu nak kata apa....
Yang pasti...anda akan bergelut dengan perasaan bersalah seumur hidup.Apa pun alasannya...
Anda silap..
Dia anak syurga,jalan pintas untuk anda di rahmati ALLAH.


SELAMAT PENGANTIN BARU

Image
TEMAN SUKA DENGAN CARANYA Gambar diambil sewaktu majlis nikah saya pada 10hb 10 sabtu yang lepas. Saya nak share kisah perkahwinan saya yang simple ni. Tiada pelamin, tiada sewa baju pengantin yang grand, tiada karaoke, tiada kompang, tiada lagu-lagu berkumandang dan tiada kos yang besar. Alhamdulillah kami bernikah dengan bajet yang sangat kecil. Semuanya dipermudahkan. Saya hanyalah seorang pemuda yang masih tiada pekerjaan tetap dan isteri saya hanyalah seorang kerani swasta. Pendapatan kami kecil. Tapi apabila kami rancang untuk bernikah secara sederhana, alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami. Setiap kekurangan samada duit ataupun hal berkaitan perkahwinan kami, pasti akan selesai dengan bantuan dari Allah. Sememangnya jika kita niat untuk buat perkara yang baik, Allah akan permudahkannya. Jadi bagi diluar sana yang takut untuk kahwin, minta pasangan korang 'open minded' sikit. Cuba berfikir di luar kotak. Kenduri kecil tak beri efek apa-apa pada pandangan orang, bah…

SEX DENGAN ROBOT?

Image
KPN KATA...MENGARUT!

Bukan KPN je kata mengarut!
Teman pun sama!
Boleh ke sex dengan robot?
ish,ish,ish...rosak masyarakat zaman sekarang.

Dengar2 program tu akan berlangsung kat JOHOR.
Dengar2 bulan November depan.
Subhanallah!
Negeri teman wehh!
Mana Mufti ?mana kuncu2 mufti?
Tak kan le membisu seribu bahasa?
Ish,ish,ish...ulamak semakin membisu.

Dengar2...
Program tu bukan betul2 sex dengan robot,tapi...ahli2 akademik akan berkumpul,untuk bincang isu undang2,etika,moral yang berkaitan dengan topik.
Oh...mati hidup teman ingat ada program sex betul2 dengan robot!
hahaha...
Kalau betul2 ada,semakin kalut le dunia.

KPN kata...
Jika perhimpunan tu di adakan juga,anggotannya akan piii tangkap,penganjur serta sesiapa yang terlibat.
"Saya akan mengambil tindakan tegas kepada mereka, ini bukan negara yang membenarkan seks bebas seperti mana yang mereka cuba anjurkan, mereka (penganjur) sudah mula hendak bawa masuk budaya songsang daripada luar negara, ini tidak sekali-kali dibenarkan, …

TOL NAIK LAGI!

HAHAHAHA!

Geli hati tak terkira!
kelakar betul!
Kawan2 yang begitu taksub dengan BN mula mengeluh.
Dalam hati teman kata...padan muka ko orang!
Apa yang kau orang dapat?
TOL NAIK JUGA!
Ko orang kena bayar juga!sama macam aku!
HAHAHA!

Semua senyap,semua terkulat2 baca pasal TOL NAIK LAGI.
Teman puas hati,walaupun kena bayar,tapi teman tak sokong mereka.
Pada teman....
Yang salah tetap salah!
Kadang2 rasa tak sabar tunggu ALLAH balas rasa sakit hati tu.
Sahabat kata tak baik....dosa.
Bagi teman...dosa tetap dosa,kita kata2 mereka pun dosa.
Tapi....mengata pemerintah yang zalim di boleh kan.

Pak Cik teman pernah pesan kat teman macam2.
Lapang kan dada,maafkan kesalahan orang bla,bla,bla...
Teman jawap...orang lain kita boleh maafkan,tapi si polan tetap kita payah nak maafkan.
Pak Cik teman yang baik budi kata...hati dia milik siapa?
Teman jawap ALLAH.
Pak Cik sambung lagi...
Pandai!maknanya hanya ALLAH sahaja yang boleh ubah hati dia.Hanya doa yang dapat kembalikan semua ini seperti bias…

TPPA

APA TU?

Entahlah.. Malas nak fikir lagi... Lantak Najib lah!Lantak orang2 berkenaan. Esok lusa....kalau dah jadi hamba 'mereka.' Baru kita tahu.... Siapa sebenarnya jadi tali barut.
Dari zaman dulu.. SEBUT TALI BARUT...Mesti orang kita sendiri. Sekarang pun sama... SEBUT TALI BARUT...Ianya adalah dari kalangan orang2 kita juga. Entah lah... Malas nak fikir dah.. Kite ni duit pun tak ada... Nak faham TPPA pun dah tak daya lagi dahh... Dapat bayar yuran anak2 sekolah,belanja mereka....teman dah suka. Malas nak fikir banyak2 lagi.. Emak kata... Kau jaga kesihatan,jangan sibuk dengan politik.Nanti darah naik... Hahaha... Emak teman memang gitu.. Teman tak di jangka kena darah tinggi!tapi kencing manis! Pendek kata...kalau berbual kat telefon,macam2 pesanan dia buat... Apa2 pun...terima kasih mak..Kita sayang emak.
Sahabat kata...apa TPPA tu? Teman jawap...mentelaahlah sendiri,malas nak fikir....banyak kat internet mengenainya.Cari je le.... Sahabat kata...macam putus asa je... Tem…

CELOTEH ANAK

Image
PESANAN TERKINI.

Anak2 teman ada seorang satu gadget. Seorang mini Ipad dan seorang lagi Ipad. Sebenarnya dua2 tu teman punya....atau ayahnya yang punya.
Entah macam mana,kini dua2 tu bukan milik mutlak teman...kedua gadget tu dah bertukar tuan. Biasanya mereka hanya main games je.. Dan teman tak larang sebab itu je yang mereka ada.. Anak2 teman tak keluar rumah,anak2 teman tak bebas macam anak orang lain. Kalau teman bawa dia kepadang,itu je masa yang dia ada...
Exam penggal lalu,Alif tak dapat markah cemerlang untuk subjek matematik. Marah punya pasal!teman sembunyikan Ipad. Lama jugalah.. Mula2 dia tanya..teman jawap..Tak dapat markah baik,masih mampu tanya Ipad?tak rasa malu ke? Dia gelak2 je... Teman tahu anak2 teman faham ibunya,Marah tak pernah lama tapi selalu.
Cuti lalu,teman keluarkan juga,untuk dia mengisi masa terluang. Naik cuti,teman sembunyi kan semula. Kali ini Alif lebih agresif.Cari sana sini... Teman kata tak boleh!dapatkan markah baik,baru boleh pegang Ipad. Dia di…

PENCULIKAN YANG GAGAL

TERNYATA BUKAN SENANG NAK JADI ORANG JAHAT

Beberapa hari lepas,ada kejadian culik di Kajang.
Melalui video...ada seorang lelaki bertanya sesuatu pada si ibu malang.Sedang leka berbicara,lelaki berbaju hitam terus capai anaknya yang berusia 5thn lari ke arah kereta yang menunggu,si ibu cuba mengejar tapi jatuh kemudiannya.

Selang beberapa jam kemudian keluar cerita lagi...
Kanak2 itu selamat dan dijumpai oleh seorang pemandu teksi bernama Nizam@Nizan.
Teman tengok vedio tu,teman nampak si ayah berlari ke arah pemandu teksi dan mencapai anaknya lalu berlari masuk rumah.
Dalam hati...apa kenelah bapa tu begitu kecuh.Sepatutnyalah...dia ambil anak dia,dia peluk,dia ucapkan terima kasih kat pemandu teksi tu.
Dan kemudiannya nampak kelibat ayah itu jumpa pemandu teksi dan dipaut mesra.Walaupun ayah tu nampak kaku,teman tetap beranggapan mungkinlah pemandu tu nasihat...lainkali jaga anak tu baik2 maa...
Tapi yang peliknya....ayah tu nampak tak gembira,dan menolak tangan sasa Abang Nizam.
Sek…

GARA2 CEMBURU

Image
KEPALA ISTERI DI PENGGAL DENGAN KAPAK

Berlaku kat India.Seorang lelaki telah menjinjing kepala isteri yang masih berdarah ke pekan.
Semua orang memandang,lelaki itu selamba dan santai seolah2 bawa bag bukan kepala.

Punca?
Macam biasa...cemburu dan menuduh isteri curang.
ish!mengarut betul manusia zaman sekarang.
Kalau dulu,suami isteri akan saling sayang menyayangi,Kalau bergaduh sekalipun tak ada yang sanggup memenggal kepala pasangan.
Tapi kini tak lagi.
Suami penggal kepala isteri dan isteri penggal kepala suami dah tak pelik lagi.
Di mana sahaja!
Pasti ada cerita karut macam ni.

Ayah saya dah meninggal kak..
Ya...Takziah untuk kamu sekeluarga jawap teman lahan.
Dia sambung lagi...tinggal mak saya je..
Teman diam,hanya mendengar tanpa menjawap sepatah kata pun.
Akak tahu tak?mak saya dengan abah saya kahwin hampir 50thn kak.
Teman terpegun...lamanya.Macam mana le agaknya mereka mengekalkan hubungan tu?
Dia kata lagi..pesanan paling berguna abah saya beri ialah...jangan cemburu buta…

ISU TUDUNG

Image
TAK PANDAI JANGAN JAWAP LAH KAWAN!

Teman ada baca keluh kesah seorang artis.
Artis ni cantik tapi macam biasa...dah tualah...
Walau bagaimana dia pasang badan,ketuaan tetap terserlah.
Opps!tak akan teman beritahu namanya.
Bahaya!
Takut kena serangan BOMM!

Cerita bermula...
Macam biasa,dia selfie gila2..
Macam biasa juga....peminat beri komen.
Dalam ramai2 peminat,ada satu tangan gatal..
Komen yang agak menyentuh perasaan.
Katanya...
KAK TINGGAL SEKSI,KAK UBAH LA PERANGAI KAK.KAK PAKAI TUDUNG .UMUR KAK DAH NK MSUK 50 DAH KAN.
Tapi..
Empunya badan tak setuju...
DOA TU ADALAH PENTING..TEGUR DAN NASIHATLAH SAHABATMU DENGAN BAHASA YANG PALING LEMBUT SEHINGGA TIDAK MENGURIS PERASAAN DAN MENGAIBKAN SAHABATMU WAHAI......AMIN..

Dalam diam empunya badan tak selesa...
Diluahkan lagi status tapi dari kacamatanya sendiri.

Ini yang saya katakan… orang MELAYU, bangsa saya sendiri yang sudah kurang adab sopan dan budi bahasa.. alhamdulillah dah ramai sahabat -sahabat saya yang sudah menutup aurat dan …

CINA BIADAP

Image
KADANG2 RASA MACAM MELEBIH LEBIH PULAK!


Ada masanya,kita boleh sabar...
Kita boleh anggap sepi dengan sesuatu isu yang melibatkan bangsa.
Tapi...
Ada masanya juga,jangan di jolok sarang tebuan kelak menyengat diri.

Teman faham...
Ada pemandu yang bodoh,letak kereta ikut suka.
Bab pemandu bodoh ni,tak kira bangsa.Melayu,Cina,India atau lain2 pun sama...
Masalahnya...
Bila dah bodoh,kena belajar..
Bila dah bodoh,orang saman!bayar je le...
Lagi banyak cakap!

Teman kena saman parking,melambak!
Bukan salah tempat tapi...kad parking dah habis.Jenuh cari kat kete...HAMPA.
Akhirnya...Tawakkallah!
Masalahnya..penguatkuasa kat tempat teman rajin sesungguhnya rajin.
Tepat waktu...terjonggollah mereka.

Paling teman benci nak tengok,part dia buang duit tu.Kemudian panggil penguatkuasa wanita tu anjing!
Pada pendapat teman...
Semua ini tak boleh jadi.Kau salah,kau nak marah!lepas tu kau nak gelar orang suka2 dengan panggilan ANJING!
Helllooooo!mau olang holmat lu,lu kena holmat olang lulu maaa..
Ku…

ANAK ORANG ASLI TELAH DIJUMPAI

Image
KALI INI,SATU KEAJAIBAN TELAH BERLAKU...


2 dari 7 orang kanak2 itu...SELAMAT!
Subhanallah...ALLAH benar2 nak tunjuk pada kita,kuasanya melebihi akal kita.
Kita dah fikir macam2,kita dah anggap macam2!
Tapi...semua ramalan manusia tak tepat.
Di jangka mereka masuk hutan,tapi sebenarnya...mereka hanya ada di pesisiran aliran sungai.

Teman kagum dengan kemahiran yang mereka ada..
Anak2 teman pasti meraung tak henti2.
Anak2 teman pasti mengeletek geli bila kaki kena lumpur atau semut api.
Anak2 teman pasti mati tak makan, semua benda yang ada di hutan bukan makanan hariannya.
Sahabat kata...kalau dah lapar,pasti dia makan!percayalah!
Teman hanya kata ...mungkin,kalau dah lapar semua akan kita makan dengan lahapnya.

Teman tengok,dua dah kurus kering.
Sebulan lebih dok dalam hutan,keadaan fikizal boleh berubah sekelip mata.
Mereka hanya makan buah2an dan minum air sungai.
Mereka duduk bersembunyi masa petugas  mencari,mereka atau siapa pun!perkara ini tak patut berlaku.
Anak2 kecil ini,lari…

KAWANKU PERGI LAGI..

Image
PERGI TANPA PESAN...

Sahabat tanya...u kenal dia?
Teman jawap kenal!tapi tak lah rapat sangat.Orangnya lembut je..
Sahabat kata...patut le dia tak aktif lagi kat group,rupa2nya tak sihat...
Teman minta maaf,teman tak perasan pun...
Kalau jumpa kat kelas,adalah bersembang kejap.Kalau tak jumpa,makanya....tahu2 dah tak ada lagi.
Aduhai.....
Ngilu perut ingatkan MATI.
Tengah2 suka,tengah2 gembira...
Tau2 MATI!

Dia sakit apa?Tanya teman kat seorang kawan.
Mula2 gi operate bisul kat kaki,nak jadi sebab....dia kencing manis,makanya melaratlah!itu je..
Teman teringat nasib diri,teman pun resiko kencing termanis juga.
Cuma dah lama tak pekse ketinggian kencing manis tu.Harap2 tak ada lah...

Mana u kenal dia?tanya sahabat
Saya kenal dia dari mula2 dia buka kedai minum tu,saya selalu gi sana,tunggu anak2 balik tuition.
Sahabat hanya diam...
Lepas tu...ada jumpa dia sekali dua kat masjid,dalam tahun ni kot,dia dah jual kedai kopi tu,dia suruh saya pergi sana beri sokongan kat tokey baru.
Sahabat…

MAYAT SEORANG DEMI SEORANG ANAK2 ORANG ASLI YANG HILANG TELAH DI TEMUI..

Image
SEDIH TAPI TEMAN TAHU..MEREKA SELAMAT DI SANA.


6 minggu lalu kita di kejutkan dengan kehilangan 7 orang anak2 orang asli.
Berbagai2 cerita yang kita dengar...
Kena sembunyi dengan orang asli lah!
Hilang di hutanlah!
Pendek kata....lagi ramai orang berkata,lagi banyak telahan di buat.

Mereka di antara 7thn hingga 11thn.6 perempuan dan seorang lelaki telah melarikan diri pada 23 Ogos lalu kerana takut di marahi oleh guru kerana mandi sungai tanpa kebenaran.

Masa mula2 tahu...
Teman tak terfikir MATI,tapi teman terfikir sesat dan kemudian jumpa semula.
Lama2 berita mereka dah lenyap,diganti pula dengan cerita2 yang lain.
Mereka semakin dilupai,kecuali ahli keluarga terdekat.
Bila antara mereka di temui..
Teman terfikir,sampai begitu sekali takutnya mereka pada sang guru.
Garang sangat ke guru tu?sehingga anak2 ni sanggup lari masuk hutan.Walhal...mereka masih kecil,sebaya Aaliya,sebaya Alif...
Anak2 teman keluar rumah pun takut,apatah lagi masuk hutan!
OMG!mungkin mereka sanggup kena rot…