TUKANG KEBUN BARU

MEMBANTU WALAUPUN...
SUBHANALLAH!LAMBAT SUNGGUH!

Sekarang ni,teman dah kelebang(malas),teman tak tahu kenapa...
Pada teman waktu begitu mencemburui teman.Pagi2 dah urus 2 anak,hantar sekolah,lepas tu gi minum,gi pasar,masak,ambik anak dari sekolah agama,sediakan makan dan siapkan Aaliya dan hantar dia ke sekolah.Pukul 1 Alif balik,siapkan dia untuk ke sekolah agama,pukul 3 petang baru tarik nafas lega.
Balik rumah.....barulah boleh Zzzzzz..
Pukul 5 lepas asar , sedia untuk keluar lagi.Ambil Alif pukul 5.30 dan Aaliya pukul 6 petang.Jika suami dapat membantu,boleh le gi kelas kat masjid.
Sampai rumah sediakan makan,siap2 untuk solat.Kemas rumah,lipat baju....tau2 jam dah pukul 11malam.
Sahabat kata...tengok jadual cukup padat.Tapi ada masa juga berFB.
Teman jawap...FB tu sambil2.Tengah tunggu anak,tengah tunggu lampu merah.Tengah goreng ikan pun boleh FB.
Sahabat jeling je...ambik anak jangan lambat!banyak kes culik sekarang ni.
Tang ni le teman tak senang duduk,kenapalah orang sekarang tergamak ambik anak orang,tak ada rasa ihsan ke?tak ada perasaan ke mereka2 tu.
Sahabat jawap...duit punya pasal.
HUH!

Di sebabkan kepadatan jadual,teman dah tak sempat nak jenggah taman mini depan rumah.Dapat pandang je,nak cuit langsung tak sempat.
Sahabat beri satu nombor phone....tukang kebun baru.
Teman jumpa pertama kali semalam,teman kata lebihkurang.....buat tu buat ni....Yang penting semua BERES!

Perkerjaannya lambat sikit,kalau teman yang mengemas,setengah hari dah siap.Tapi dia sampai petang masih ketak ketik kat luar.
Petang teman tengok tak siap lagi...
Dan nak keluar ambil anak,dia masih tak siap lagi...
Dalam hati..lambatnya.

Dia lelaki melayu yang malang.Dia kata....saya kena tipu kak,rakan kongsi kencing saya.(teringat kata2 wakil UMNO dari Langkawi....PM kencing kami,kami dah tak sanggup kena kencing oleh PM)
OOoooooo kencing maknanya TIPU.
Oooooooo baru teman tau,ingat kencing maknanya buang air kecik!
Teman tanya...awak kan ada nursery?mana nursery tu?
Dia jawap dah tutup kak...semuanya habis.
Dalam hati...orang melayu berniaga memang jarang yang maju,kalau ada pun boleh di kira dengan jari.Selebihnya lingkup je.Tak tahu kenapa,yang pasti.....orang melayu susah nak jadi kaya.

Teman jenggah dia,teman tanya...lambat lagi?
Dia jawap..sikit lagi kak..
Teman tinjau hasil kerjanya..kemas,dia tahu apa yang dia perlu buat.Dia cantas habis pokok2 tua,dia angkut penuh guna kereta proton saga merahnya.Tak cukup dalam kereta,atas kereta pun ada....
Ulang alik dia membuang sampah sarap.Sehingga licin seperti sedia kala.
Walaupun lambat,dia tau apa yang dia perlu lakukan.Semuanya serba sempurna.
Dalam hati....dah itu kerjanya.Tak kan kita nak ajar!
Tapi....
Mengapa dia tak boleh berjaya?
Opps!teman teringat...dia kena kencing oleh rakan kongsi.Kesian...
Orang melayu dari dulu tak sepakat,kalau kongsi buat apa pun!akhirnya mesti gaduh.Sebab tu...teman tak percaya jika orang ajak teman berniaga atau buat sahaja.
Teman tahu.....kita tak sepakat,kita tak muafakat.

Bulan depan,dia akan datang lagi..
Mulai hari semalam,teman lantik dia sebagai tukang kebun.
Mulai hari ini....
Pokok bunga teman pasti semakin sihat dan segar.
Mulai hari ini.....unggas akan semakin banyak datang menyinggah.
Mulai hari ini....Lucky akan semakin suka duduk kat tingkap,memerhati burung tiung,burung pipit,burung merbuk berterbangan di angkasa.
Sesekali...dia akan memanjat gril tingkap mengikut pergerakan burung2 itu.Sesekali...dia pasti terlupa,ada cermin sebagai halangan.
Dan sesekali teman akan dengar bunyi dia langgar cermin.Atau garuan kukunya kat permukaan cermin.

Alangkah indahnya hidup,jika luar dalam rumah  kita bersih.
Alangkah malangnya hidup jika kita dok dalam sampah dari muda sampai tua.
Oleh itu....
Nikmatilah hidup dengan mengemas rumah sebersih bersihnya.
Zzzz


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK