KEJADIAN NGERI DI SIANG HARI

NAMPAK POLIS TEMBAK ORANG JAHAT.

Kawasan sekolah Alif sesak dan padat.
Laluan kat situ ada satu je..Pusing le keliling...situ juga tembusnya nanti.

Macam biasa..
Teman ambil Alif...Teman pusing 2kali!sebab parking tak ada..
Masa kami bersesak2 teman nampak kereta polis dan nampak seorang polis sedang memegang pistol dan memasukkan pistol kat sarungnya semula.
Teman cakap dengan Alif...
Polis!polis!pakai tali pinggang cepat,nanti kena saman.

Bila kereta makin hampir,teman nampak kelibat seorang lelaki sedang terhenjut2 nak larikan diri.tapi sayangnya...dia tak mampu berdiri.Kaki dia penuh darah.Alif kata...polis tembak kaki dia kot ibu?
Teman jawap...mungkin...
Nampak di cuba memaut depan sebuah lori,tapi tak mampu di sebabkan kakinya yang semakin lemah.
Teman nampak dia jerit..Tolong!tolong!
Orang keliling dan mula ramai...polis pun datang ramai2.Teman rasa2 dalam 10 orang kot?Sana sini kereta polis...
Jalan sangat sesak!
Teman nampak muka lelaki cina tu berdarah,kakinya juga berdarah.Terlentang sambil menjerit minta tolong.
Hati perempuan akan cepat sedih.Apatah lagi anak isterinya.Pasti mereka turut sama sedih.
Polis2 hanya memerhatikan sahaja tanpa membantu.Mungkin mereka ada sebab musabab kenapa biarkan penjenayah tu tergelimpang kat jalan raya.
Bila semakin hampir...
Polis arahkan kami tukar laluan.Teman terpaksa meneruskan laluan bertentangan walaupun itu bukan jalan untuk pulang ke rumah.

Ibu!jom tengok lagi...kata anak bujang teman..
Okay!jawap teman pendek,kami redah lagi...jalan yang sama walaupun tahu jalan tu jam tahaf tertinggi,bukan apa....pengalaman tengok orang jahat kena tembak.
Selalu teman tengok kat TV kat surat khabar...
kali ini,LIVE depan mata.

Kali ke 2,polis makin ramai...
Penjenayah seorang tu dah tak gerak lagi...
Mungkin tahu,tiada siapa yang boleh bantu dia...
Dia hanya diam tanpa usaha nak bangkit lagi,suara pun dah tak berbunyi macam tadi.

Satu je yang teman fikirkan..
Pengorbanan seorang lelaki dalam hidup kita.
Sana sini...cerita lelaki jahat lelaki baik.Semua ada peranan tersendiri.
Lelaki cina ni mungkin benar2 penjenayah,mungkin pernah merompak,membunuh,merogol atau apa sahaja.
Kenapa dia jadi begitu?
Sebab WANG!
Ada lelaki yang merompak sampai bunuh orang!
Kenapa?
Sebab WANG!
Ada lelaki yang sanggup menipu!
Kenapa?
Sebab WANG!
Ada lelaki sanggup terima derma berbilion!
Kenapa?
Sebab WANG dan ada lelaki yang sanggup makan rasuah!
Kenapa?
Sebab WANG!
Wang2 tu untuk apa?
Untuk hidup,untuk isi tembolok anak isteri atau keluarga,untuk penuhi impian anak isteri atau keluarga.
Jadi....
Siapa sebenarnya mangsa keadaan?
Jujur nak jawap..
KAUM LELAKI lah....

kepada kaum lelaki...Tabik hormat untuk anda yang benar2 mencari rezeki halal,demi anak isteri.
Kepada yang mencari rezeki cara haram...Anda masih ada peluang untuk kembali kepangkal jalan.
Pulang lah....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK