CRANE JATUH MENIMPA JEMAAH DI MASJIDIL HARAM

BETAPA KERDILNYA KITA..



Pagi tadi kecuh!
Dalam FB dalam whats App....Semua orang bercerita.Gempak gempita alam...
Tak dapat bayangkan betapa kerdilnya kita...
Satu je crane rebah ke bumi....lebih dari 100 orang terkorban.
Takutnya....
Teman lihat video ni.....
Dalam hati...subhanallah....pasti ada sebabnya...pasti ada hikmah disebalik kejadian.
ALLAH saja yang tahu..

Teringat masa teman pergi tahun 2013.Crane sana sini.Mekah dalam pembangunan,banyak banggunan bakal di dirikan.Banggunan lama di hapuskan,dibina pula banggunan mencakar awan.
Teman teringat kata2 ini..
Sepatutnya tiada banggunan tinggi di sana.Sepatutnya ketinggian banggunan tak boleh melebihi ketinggian kaabah.
Apa jadi sekarang?
Menara jam misalnya,dah jadi mercu tanda.Dari jauh teman dah nampak jam tu...
Mekah tak lagi seperti dulu,semuanya dah bertukar wajah.Bukan lagi tempat beribadat,tapi bakal jadi sebuah pusat perlancongan yang hebat. Tak lagi seperti dulu,semua dalam kepayahan,tak lagi cikai macam dulu...
Semuanya dah elit dan mewah...
Tak lama lagi...orang kaya je mampu ke sana,orang miskin macam teman tunggu nama naik.Tak mampu!
Pakej puluh2 ribu.Ada yang jejak ke RM120RIBU.
Teman anggan nak pergi pergi suami isteri.Nak tahu berapa?
RM65RIBU sekepala.Ini harga terkini,Tunggu lagi 3thn?entah ada entah tak...ehmmm...
Teman kata pada kakak...melampau harga tu.Dah macam berniaga.Walhal........ikut2kan,tak le sampai puluh2 ribu untuk sekepala.Makanannya disaji bukan atas pinggan emas,biasa je...
Makanan yang terhidang juga bukan lah hebat2 sangat.biasa2 je...
Mengapa mahal sangat?
Sahabat jawap...permintaan.Orang ramai nak pergi walaupun mahal.
Teman akui....itulah masalahnya.Permintaan ada,dan mereka boleh demand.

Balik pada kejadian ni,sebelum tu Mekah di landa ribut pasir,angin yang bertiub boleh buat manusia rebah ke bumi,penghadang2 plastik terbang melayang.
Teman perhatikan je video terpasang,dalam hati...ampunkan kami Ya ALLAH.Kami banyak buat dosa,ampunkan kami...
Hentikanlah ribut dan kepayahan ini...permudahkan urusan mereka.Kasihanilah mereka....

Takut?
Pasti!takut dan tak terbayang betapa besarnya keagungan ALLAH.
Kun fa ya kun...semua terbang keudara,crane yang biasa digunakan disambar petir lalu jatuh menimpa banggunan dan sekaligus mengena manusia yang ada di sana.
Mati,cedera.....hilang....
Semua ada...
Tak terduga tak terfikir....batang2 besi berat tu akan rebah menimpa manusia.
Jurutera di sana kata...kuasa ALLAH.Mereka mengakuinya dengan penuh keinsafan.
Benar!kuasa ALLAH,Jika ia mahukannya berlaku....halang bagaimana sekalipun....ianya tetap berlaku.

Teman doa agar teman dan seluruh keturunan teman mati dalam keadaan baik,mati setelah suci dari dosa,mati dalam iman,mati dalam Husnul Khatimah.
Sahabat kata...jemaah tu mati dalam keadaan berihram,alangkah beruntungnya mereka.
Teman jawap..maknanya kita tak perlu sedihkan?itu bahagian mereka,ALLAH pilih mereka kan?
sahabat kata...rezeki mereka. Mudah2an mereka di tempatkan dikalangan orang 2 beriman.

Teringat masa teman ke sana....
Semuanya selamat.Bila fikirkan balik...
ALLAH belum mengkehendakinya lagi...
Crane tu tetap di sana.Bekerja siang dan malam....
Kadang2 terfikir...kerajaan negeri Arab nak buat apa sebenarnya.Apa yang mereka mahu tunjukkan.Kemodenan atau kemudahan untuk jemaah.
Semua yang ada tak di kekalkan,sebaliknya di buang habis sehingga generasi akan datang dah tak jumpa kesan peninggalan sejarah silam.
Rumah Siti Khadijah......di ganti menjadi tandas.
Seni Khat di dinding masjid di buang,tak tinggal satu baris pun...
Pendek kata....
Masjid lama dah di ubah menjadi besar,indah tapi tiada apa2 lagi yang tinggal.
Teman sempat jumpa masjid lama....tapi..mereka2 yang belum sempat melihatnya akan di sogok dengan masjid baru tapi tiada pengisian.

Yang pasti...
Walaupun teman takut dengan malapetaka ini,dalam hati tetap kata...
Ya ALLAH jemputlah aku jadi tetamumu.
Tak serik tak takut....
Teman tahu....ALLAH ada jaga teman,jika ALLAH mengkehendakinya...
Nescaya semuanya akan hancur berkecai.
Subhanallah...maha suci tuhan....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK