BILA ORANG KETIGA MENGANAS!

PULANGKAN SUAMI DIA...


Keratan akhbar ini menarik hati teman..
kebetulan...
Rakan teman sedang berhadapan dengan masalah yang sama..
Tak tahu nak kata apa..
Teman tak mahu campur sebenarnya...
Ditelan mati mak di luah mati bapak!

Sikap lelaki,kalau dah suka orang!macam orang gila.Tak peduli anak isteri.
Hari2 nak keluar,hari2 leka berwhats App,hari2 senyum sendiri.
Yang pasti....
Hubungan suami isteri jadi jahanam purba!

Siang tadi,teman jumpa dia...
Teman bukan kepoh,tapi..cuba membantu sebolehnya.
Teman tanya perempuan tu...dah berapa lama jumpa?
Dia jawap...baru je,dalam 3 bulan...
Teman tanya lagi..Apa yang buat awak suka sangat kat suami orang tu?
Dia jawap...dia baik..dia kelakar..
Dalam hati...BAIK?KELAKAR?muahahaha!kau belum kena!
Teman tanya lagi...macam mana awak boleh rapat dengan suami orang tu?
Dia jawap...masa dia kerja baikkan atap kat rumah kawan.
Teman tanya lagi...awak tau kan dia dah kahwin?
Dia jawap...tau
Teman tanya lagi..dah tahu kenapa teruskan?masa akak tahu awak kawan dengan suami orang tu,terdetik kat hati...kenapa bodoh sangat awak..
Dia senyum je...Dia tahu dan kenal teman...dia tahu teman agak kasar dan tak berlemah lembut.Dia kenal teman lebih lama dari lelaki tu.
Dia diam je...Ada kesan air mata yang bakal terhambur keluar!
Teman kata lagi...tak payah nangis.akak bukan nak bunuh awak,akak nak suruh awak faham je..lelaki tu masih ada isteri,ada anak umur belum pun setahun.Jangan le pisahkan mereka.
Dia angguk lemah..saya tahu kak,tapi dia selalu kata isteri dia macam 2.
Teman sampuk...jangan percaya!lelaki nak memikat akan buat macam tu.Akan keluarkan cerita sedih2,banyak dah terjadi,Awak tau tak?perempuan tu pilihan dia,dia yang pilih,tak ada orang paksa dia kahwin pun!Awak jangan suka sangat,sekarang ni dia boleh buat kat bini dia,tak mustahil dia akan buat kat awak!
Faham tak?
Dia angguk je..

Awak tahu tak?
Lelaki ni dia nak satu je kat awak...
CINTA?
Jangan harap sangat lah!
SAYANG?
Muhahaha!teman bukan budak2,teman dah TUA!sekilas buaya kat sungai,teman tengok je teman tahu...jantan ke betina!
Awak nak tahu apa dia nak?
Mata dia terbeliak...APA?
Dengan selamber teman jawap....bermuda segitiga awak tu je..Lepas dapat,dia tak akan susah2 payah lagi tekel awak...
Dia diam je,mata dia tak lepas pandang teman...
Teman tahu dia budak baik,teman kenal dia lama dahh...
Dia kenal suami orang tu baru je 3 bulan....Rasa2nya banyak benda dia tak tahu..
Teman tahu dia terdesak,memandangkan usia makin meningkat.
Teman kata lagi...jangan takut tak kahwin,awak simpan duit pergi jalan2 makan angin.Bila dah kahwin terikat dengan tugas2 hakiki seorang manusia.Sementara tak ada tanggungjawap...pergilah kemana pun!
Dia diam je...
Teman tahu dia sedih,manakan tak....dah sayang sayang kan?

Teman kata lagi...kalau lelaki tu duda,akak tak akan tegur,suka hati kau orang lah!tapi dia ada anak,dia masih ada isteri,lepas tu..paling haru biru...dia tak kerja,panas baran,sikit2 tumbuk pintu,isteri dia kejut bangun pagi pun penumbuk dah melayang!awak nak macam tu?
Dia geleng kepala..
Teman sambung lagi...lupakan lah dia,banyak lagi lelaki baik2 kat luar tu.Biar dia dengan keluarga dia,isteri dia je yang faham suami tu...Biarlah mereka bersama lagi.
Jika ada jodoh tak kemana...biar dia selesaikan  masalah rumahtangga dia dulu.Awak jangan kacau dia lagi.
Dia angguk lagi...
Teman tahu...dia sangat sedih,tapi apa kan daya...suami orang..
Tak payah le masuk dalam masalah orang lain.Kalau lelaki tu kaya macam PM kita...Teman alu alukan..
Jelas kat mata kasar...COMFIRM bahagia dengan limpahan harta.
Ini tidak....awal2 lagi duit dah tak ada.

Semalam mereka di pertemukan secara rahsia.
Teman dah nasihat kawan teman untuk bersabar,Jangan gaduh2,jangan jerit2...Malu..
Mula2nya agak keras,lama2 mereka serasi bersama...
Berbincanglah mereka berdua demi seorang lelaki...
Akhir perbincangan....kawan teman hanya mampu kata...kesian budak tu,dia terlalu naif.Dia terlalu mudah jatuh hati,hanya 3 bulan!dia dah buat banyak silap,walaupun tak terlalu jauh ,hubungan terlarang itu tetap berlaku.
Kawan teman kata..kenapa awak bodoh sangat?baru 3 bulan awak dah beri peluang emas kat suami saya!
Subhnallah!
Kalau suami saya ada,dah lama saya tumbuk muka dia!
Hahaha..
Marah seorang isteri tak sama macam marah ganster Malaya.
Sekejap je tu!
Balik nanti suami senggeh2,hati terus cair.
Macam gitu juga GF,marah bagaimana sekalipun.....bila nampak BF senyum2 terus lupa diri.

Semalam,teman call tanya perkembangan.
Dua2 kata...
Malaslah  nak layan!
Teman tanya isteri...
Patah hati saya...
Malas nak fikir...
Tanya orang ketiga...
Saya tidak mahu di tipu lagi,sekarang saya sedang cari jalan untuk LARI!

Apa agaknya kesudahan drama?
Kita tunggu....
Samada lelaki itu gila talak?
Atau dah terjun dari banggunan...
TUNGGUUUUU...


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK