PERLUMBAAN HARAM

AKHIRNYA....
BERJAYA BUAT ANAK2 INI JADI YATIM PIATU.


Berlaku dilebuhraya DUKE.Laluan biasa teman dan keluarga jika nak ke DPalma,Ampang,kerumah adik kakak di Sitiawangsa,makan2 kat Wangsa Walk atau makan2  di Cosy Place.
Adik teman kata...eh!ada kemalangan maut kat DUKE.
Teman tanya bila?
Adik jawap...malam tadi,mati 3 beranak.Dengar2 diaorang racing.
Teman tercopong mulut...ya ke?apalah diaorang ni,kalau nak racing masuk litar lah!

Teman teringat arwah jiran mak kat Selatan.
Sebab racing juga,akhirnya....arwah Kak Zi dan abang Alias meninggal masa tu juga!bayangkan?di rempuh kuat,sampai terputus 2 kereta hambaALLAH tu.
Semalam,berulang lagi....
Melayang 3 nyawa yang tak berdosa.
Angkara kesilapan dan keegoaan manusia,akhirnya sepasang suami isteri serta anak kecil mereka pergi tak kembali.
Tinggalkan 2 anak lagi serta keluarga yang amat menyayangi mereka.

Bayangkan?
Betapa hancurnya hati bila tahu punca kemalangan daripada kelalaian manusia lain?
Bayangkan?
Betapa hancurnya hati...bila baca status2 manusia hati batu tu?
Bayangkan?
Mereka seolah2 meletakkan kesalahan pada mangsa,walhal....terang2 punca datang dari mereka?
Dengan bangga keluarkan kenyataan ada orang dalam,inilah padanhnya jika pekerja tak amanah.Sepatutnya,walaupun adik beradik,jika salah,tetap salah!
Jangan lindungi kelak jadi kelam kabut dunia.

Teman memang tak ada di tempat kejadian,tapi teman pernah lihat sendiri,budak2 racing macam pelumba handalan,walhal...tak ada apa2 pun..
Teman nampak sendiri,sebuah kereta plat Singapore memandu laju dan melanggar orang lain.Mujur masa tu,teman tak terlibat sama.
Sebab tu...kadang2 bila nampak orang memandu melulu,kami selalunya beralah.
Suami selalu kata....blah!blah!biar setan ni lalu dulu...
Hehehe...
Itulah dialog lucu yang buat kami gelak.
Tulah kan?
Kadang2 nasib kita kurang baik,jadi mangsa kelalaian pemandu lain.
Kadang2,kita berhati2,orang lain pulak yang cuai.
Itulah sebabnya.....
Sebelum naik kenderaan,baca doa naik kenderaan darat,laut atau udara.
Kalau tak hafal,bacalah surah kursi,atau masih tak hafal juga?
Bacalah apa2 ayat yang kita tahu,simpan dalam hati...ALLAH akan pelihara perjalanan kita.Kalau kena juga,bukan sebab ALLAH tak lindung kita tapi ALLAH nak uji kita,sebab tu...selalu ustaz kata...
Sesuatu kejadian tu pasti ada hikmahnya.

Kepada anak2 teman...
Pandulah kereta tu elok2,jangan nak berlumba,kereta tu bukan hangpa yang punya!tapi...bapak hangpa yang punya!hangpa jangan nak berlagak sangat noo...
Kang ceq RAMPAS balik kete2 tu baru hangpa tau nooo..
Jangan nak masuk club2 bagai!mengotoh je!
Kang dah ada club,mulalah merayap tak tentu hala.
Walhal....minyak kereta pun bapak hangpa yang bayaq!
Sedo2 le diri tu sikit noooo.....
Apa2 berlaku,ceq tak kuasa nak tolong,hangpa berani buat hangpa beranilah tanggung.
Ceq tak mau campoq!


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?