PERHIMPUNAN 1hb MEI 2015

BANTAHAN GST

Kebetulan je teman kat situ.
Teman datang Kolompo bukan nak gi perhimpunan tu,teman nak jumpa mak teman yang kebetulan ada kat Kolompo.Cadang teman nak balik hujung bulan ni,sebelum puasa.
Bila teman tahu mak ada kat ibukota,teman ajaklah suami untuk jumpa mak.
Bila dah jumpa tak perlu le teman balik ke selatan tanah air semata mata jumpa mak.
Almaklum...
Keadaan GAWAT buat kita kena pandai mengira.

Teman sampai lebihkurang 12.30 tengahari,makan dengan anak2 kat Madam kwan.Kat luar pintu masuk tertulis.Harga makanan tak berubah,service 10% tetap ada,ooppp!ditambah pula GST 6% !maknanya lepas GST bermula..lebihan wang untuk di campur dalam harga makanan ialah 16%!
OMG!
Itu yang Ahmad Maslan kata....
GST hanya untuk orang2 yang makan kat restoran macam tu.
Ooo.....gitu le maksud menteri tu.
Kalau kita makan kat gerai2 biasa,tak ada GST!kalau tak setuju bayar GST,piiii makan kat gerai2 tak ada GST ya rakyat kebanyakan.

Lepas makan,kami jalan2 kat ISETAN,tak beli apa pun...saja2 je layan anak2.
Masa tu,kakak teman yang baru balik dari luar negara ajak teman gi perhimpunan tu.
Teman tak mahu asalnya.Teman malas!panas!tak sanggup nak redah jalan.
Kakak teman kata...bukan kat Dataran Merdeka tapi kat depan KLCC je.
Teman jawap...malaslah!nanti kena tembak dengan air kimia tu!
Kakak teman jawap...eeleh,kau ni,air kimia tu pun takut?
Teman jawap...bukan takut tapi malas lah!
Kakak teman jawap lagi...eh!orang macam kau ni lah yang pemimpin sekarang suka,pentingkan diri sindiri,berani belakang je,kerajaan buat apa pun sokong!
Teman bantah!opps!mana ada setuju?aku bangkang juga.
Kakak teman kata...kau bangkang cara apa?
Teman jawap..melalui Pilihan Raya le..
Kakak teman kata...eh!pilihan raya pun diaorang tipu lah!kau penakut!
Amboi...sedap mulut dia kata teman penakut?kepala lutut dah gigil....tapi tetap tak mahu sama2 berpiket.
Teman kata...bukan tak mahu pergi,kang kena tangkap sape nak jaga anak2 aku?
kakak teman bako lagi...eh!setakat kau surirumah tangga,tak kan lah POLIS nak tangkap!kalau dengan kau pun POLIS takut?memang POLIS Malaysia lemah lah.Kalau nak tangkap tu ahh!jerung2 yang kaut untung tu!gilah tangkap!
Hahaha...
Benggang gila teman dengan cabaran dari kakak teman,dia berniaga,dia bawak kereta BMW 7series,.
Teman?
Pandu kete kokak je...
Dia?
Boleh jalan2 makan angin sana sini.
Teman?
Tukang hantar dia ke KLIA je..sebab tak mampu nak keluar negara pun.
Benar katanya,orang macam teman ni ahh!kerajaan suka.Penakut!ikut je apa yang orang suruh.Tukang angguk tukang geleng.
GST yang memang cekik darah tu,teman tak setuju tapi teman tak melawan.Temanlah rakyat yang pentingkan diri.

Tanpa banyak fikir,teman pun kata....JOM!kau jangan ingat aku penakut!Dalam hati...pergi berhimpun je bukan nya gi perang!

Kami pun pergi keluar banggunan.
Lautan rakyat berbaju merah hitam menguasai jalanraya.
Dari jauh teman dengar suara2 yang tak asing lagi.Suara2 orang2 kuat PR kedengaran.
Macam2 tajuk mereka war warkan.
Tu semua tak penting,sebab teman dah baca kat internet.
Teman hanya melihat lautan orang tak kira jantina dan bangsa.Siapa kata orang melayu je yang melalak!
Orang Cina,orang India,orang asli pun turut serta!
Orang asing mungkin sebagai pemerhati je....
Mereka terkecuali sebab mereka tak layak mengundi!

Teman pergi tak jauh,teman hanya berdiri dekat2 situ je...
Macam2 gaya,macam kain rentang di pasang di pegang merata tempat.
Semua sehati sejiwa,
Teman tak pernah pun pergi ke perhimpunan2 macam tu..
Teman hanya tengok dari TV atau blog2..
Sahabat kata..beraninya?Tak takut ke?
Teman jawap...nak takut apa?rakyat Malaysia ni baik2 belaka.Desas desus kata ada bom bagai!saya tak percaya!orang Malaysia prang prong je lebih,diaorang tu sebenarnya nak GST di batalkan bukan nak berperang!mereka tu semua  takut MATI!sebab tu...kerajaan tak payah le buat lawak,kata itu ini...Orang yang berhimpun tu,hanya nak luahkan hati,nak bantah GST je.Bukan nak apa pun.....

Sahabat kata...yalah tu!kalau kena tangkap siapa yang susah?
Teman jawap...kalau saya kena tangkap,saya akan kata...
saya datang situ bukan nak buat apa Encik,saya cuma nak beri sokongan moral kat kawan2 saya tu je.Mereka bersusah payah datang sini untuk satu tujuan...BATALKAN GST!
Itu je Encik...
Kalau GST terbatal atau kerajaan gubal lain kaedah,siapa yang untung?
Kita semua kan?Encik tak perlu lagi bayar CUKAI yang cekik darah ni.
Sahabat kata...GST ni bagus tau?
Dalam hati...ini satu lagi contoh manusia yang pentingkan diri.
Teman tanya bagus dari segi apa?
Dia jawap...duit2 yang ada boleh bantu kita maju.
Dalam hati...aduhai...masih ada orang macam ni,tengah2 orang semua tercekik,masih ada orang yang boleh selesa bernafas.Yalah...mungkin mereka orang kaya,duit berjuta juta.Kita orang biasa,terpaksalah berjuang untuk diri sendiri.
Jujur teman kata...selagi kita pejam kan mata,pekakkan telinga.Kita tak akan nampak apa2 keburukan di hadapan,tapi...jika kita buka mata luas2 kita korek telinga selalu...
Baru kita akan tahu...Oooo...mungkin aku tak terasa sebab aku berWANG.Mungkin aku tak kisah sebab aku KENYANG.
Ada sahabat teman kata...apa yang kau nak kecuh2,kalau kau kena bayar GST,kau datang sini,aku bayar balik duit tak berapa sen tu.
Hahahaha..sebenarnya teman di kelilingi oleh golongan elit.Teman sepatutnya sama macam mereka,buat tak tahu....
Tapi...
Sebab teman pernah susah,pernah melata masa kecil2 dulu..
Teman faham,sebenarnya.....orang miskin perlukan pembelaan,orang miskin perlukan perhatian,orang miskin juga nak bahagia,orang miskin juga nak pakai baju cantik,orang miskin juga nak makan angin,orang miskin pun nak makan sedap2 dan sebenarnya...orang miskin dan kita sama je.Hanya nasib sahaja yang tak berpihak pada mereka.

Sebagai manusia yang punya ihsan.Tak salah kita bantu mereka berjuang untuk hidup.Jika kita tak setuju,jangan sesekali kita membodohkan mereka terus!
Mereka tak banyak permintaan....
Mereka hanya mahu kata...
Wahai KERAJAAN,dengarlah....
GST ni membebankan kami.Sana sini..peniaga naikkan harga barang.Menteri  sarankan kita bijak berbelanja,kami berbelanja sekadarnya sahaja.Kami tak berbelanja lebih tapi harga barang yang dulu RM1000 dan jadi RM1060.
RM60.00 tu kami boleh belikan susu anak2.
RM60.00 tu kami boleh beli beras.
RM60.00 tu kami boleh beli banyak keperluan wajib kegunaan keluarga.
Dulu.....
KERAJAAN kata nak dulukan kami...
Kami sokong KERAJAAN kami sokong anda semua..
Tapi...
Apa yang kami dapat?
Setiap hari,hidup kami makin sesak!
Kenaikan harga barang,dengan wang yang sedikit buat kami sedih.
Kami tak mampu untuk melawan,hanya luahan kata2 di kain rentang itu sahaja yang kami mampu buat.
Kami bukan nak melawan kERAJAAN,kami hanya mahu KERAJAAN bantu kami dengan menghapuskan segala CUKAI yang tak masuk dek akal!Cukai2 tu antara penyebab barang naik.
TOLONG KERAJAAN....
Bantulah kami....
Hargailah kami....
Tunaikanlah janji RAKYAT DI DAHULUKAN seperti yang pernah di canang2.
Jangan anggap kami bak melukut di tepi gantang.
Bila suka di tatang bila benci dicampak ke tepi.
Tu je yang rakyat jelata mahukan.

Kami bersurai pukul 5ptg seperti yang di benarkan.
Semua orang berlalu pergi dengan harapan berbunga.
Tak ada keganasan,tak ada kekecuhan.
Teman kata dengan sahabat...
Jika tak di ganggu,rakyat yang berhimpun tu akan pergi...
Jika tak di sembur air,mustahil rakyat jelata akan bertempik panik!
Jika tak di pukul,mustahil rakyat melawan..
Nak tahu kenapa?
RAKYAT MALAYSIA TERBAIK!
TAK SUKA KEGANASAN,DAN KESENGSARAAN.
KAMI SEMUA ADA KEHIDUPAN,KAMI SEMUA ADA KELUARGA...
UNTUK MEROSAKKAN SEMUA ITU,KAMI MASIH TAK SANGGUP.
KECUALI....
KEADAAN BENAR2 TERDESAK!

Terima kasih kakak..
Kalau tak asakan kau,aku tetap akan dok belakang pokok.Hanya menjadi pembangkang dikeyboard je.
1HB Mei..kali pertama mata teman celik.Perhimpunan bukan lah bererti kita suka kekacauan.Kita hanya tuntut apa yang sepatutnya sahaja.
InsyaALLAH,jika ada lagi...
Teman tak akan rasa takut lagi....







Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?