MUMS AND MAIDS

SIAPA YANG PALING DEKAT DI HATI....



Pengalaman teman sendiri.
MAIDS lebih rapat dengan anak2.
Nak tahu kenapa?
MAIDS ada di kala mereka suka atau duka.
MAIDS yang melayan mereka seharian.MUMS hanya sekejap sahaja.Balik malam,esok pagi keluar lagi.
Pernah terjadi,anak adik teman paling kecil bercakap ikut slange Indon.
Bila dia tanya,anak dia jawap...enggak bishaaa..
Terkedu adik teman,dia sedih sangat2,tapi desakan hidup memaksa dia keluar lagi untuk mencari rezeki.

Video kat atas untuk pengajaran.Jangan marah!tapi terima sebagai satu contoh terbaik buat kita semua.
Semua pertanyaan hanya MAIDS yang dapat menjawap dengan tepat.
MUMS?
Gagal memahami keadaan sebenar.
Walaupun anak2 tu kita yang lahirkan,yang belikan baju dan segala keperluan,tapi...anak2 tetap lebih mesra dengan MAIDS sebab...
Masa MAIDS bersama anak2 sangat panjang!
MUMS?
Pagi bangun,kita capai anak2,kita suruh MAIDS uruskan.Buat sarapan,buat susu,mandikan dan siapkan semua kelengkapan sebelum keluar kesekolah atau sebagainya.
Seharian MUMS keluar kerja,MAIDS yang melayan anak2 tanpa jemu.
Balik dari kerja,MUMS tetap tak meluangkan masa bersama anak2.Bila anak2 datang bertanya itu ini,MUMS akan kata...jangan kacau,mama penat,gi kat kakak.
Sekali lagi....tugas MAIDS bermula.
Melayan kemahuan mereka seperti awal pagi.
Bila malam,anak datang lagi ke MUMS,mama!adik nak tido!biasanya MUMS akan panggil MAIDS.
Bik!tidokan budak!
Sekali lagi MAIDS akan bersama mereka seperti pagi tadi,petang tadi dan sekarang malam.
MUMS?
Duduk santai baca paper,nonton TV bersama PAPA.
MAID?
Di bilik lagi tidurkan anak2.

Esok bermula lagi.hingga 2thn,MAIDS lama kekal atau tak,anak2 tetap bertemu muka2 baru untuk menjaga mereka dan bukan MUMS!
Masa teman jaga Taska dulu...
Corak hidup tu tetap sama.Anak2 lebih rapat dengan pengasuh.
Bayangkan?
Dari awal pagi hingga lewat petang.Anak2 bersama pengasuh,makan sama2,tidur sama2.minum petang sama2,nonton TV sama2....
Sebab tu...
Ada anak2 yang tak mahu balik ikut MUMS,ada yang menangis masa MUMS pimpin tangan untuk balik.Ada yang kata...Ibu!kita sayang ibu.....
Bayangkan?
Betapa syahdunya hati kita bila dengar ucapan ahli2 syurga tu.
Bayangkan?
Jika MUMS dengar.Tak terasa hati ke?

Jangan salahkan anak2,mereka kain putih,kita yang mencorakkan rekaan ke atasnya.
Jika luangkan masa seketika,hati mereka akan berbunga2.
Jika kita tolak kemahuannya....
Jangan marah,jika nanti....
Kita di hantar ke rumah orang2 tua.
Nak tahu kenapa?
Dunia balas dunia je....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KUIH RAYA