KHAS UNTUK SUAMI TEMAN..

BILA SAKIT DADA TETIBA....

Suami teman kata...dada saya sakit,saya otw gi klinik.
Teman hanya mampu jawap OK!(Lupa nak tanya dada belah mana?)

Sejam kemudian..
Suami teman kata..Doktor tak boleh sahkan kenapa dada saya sakit.Dia suruh saya gi Hospital untuk medical check up.Tapi darah saya naik!atas 140 bawah 90
Teman hanya mampu jawap...OK!
Dalam hati...Tinggi tu!tak tahu nak kata apa,dah sakit kan?nak buat macam mana?

Sampai rumah,suami tidur..
Sahabat call...suami u ok?
Teman jawap...setakat ni ok!
Sahabat kata lagi...jangan leka,kalau sakit gi hospital.Jangan jadi macam 'arwah' tu!
Teman jawap....OK.

Teman nak kongsi sikit,'arwah' tu sahabat suami.Dia sihat,umur tak jejak 50thn lagi.Dia sakit tetiba,pengsan di tempat kerja.Balik rumah macam biasa,tapi atas desakkan kawan2,dia bertolak sendiri ke Hospital.Sampai di hospital,Doktor tak kesan apa2 kekurangan dalam tubuh badan dia,hanya kepenatan melampau.
Esoknya,suami pergi ziarah 'arwah' kat Hospital,teman hanya melihat dia diFB je,dia sihat,sedang menonton TV.Sebaik suami pulang,teman kata...sihat je 'arwah' tu?
Suami jawap...sihat,mungkin esok dia keluar.
Esoknya,teman dengar dia demam,dan tak di benarkan balik.
Lusa subuh,miss called kat handphone teman 6kali,suami banyak sekali!dari nombor yang sama.Dalam hati,terus teringatkan 'arwah'...
Hati tetap kata...tak kan lah!
Bila dapat bercakap dengan sahabat baik teman,SAH!'arwah dah pergi tinggalkan kami.
Masa tu,macam tak percaya,macam dalam mimpi je...
Tengah sihat2,tetiba MATI!
Ternyata...MATI ITU PASTI!

Kisah 'arwah'contoh terbaik buat kita semua.Dalam sihat2,kita tetap MATI.
Sejak tu kami2 semua mula peka,bila sakit sikit,TERUS gi klinik.
Kalau doktor beri ubat,TERUS makan.
Hahaha...
Semua orang takut jadi seperti ARWAH.
AlFatihah untuk arwah,semuga dia ditempatkan di kalangan orang2 beriman.
Aminnn....

Untuk pengetahuan...
Sakit dada tak semestinya puncanya jantung,kadang2 angin pun boleh buat kita sakit dada tiba2.Tetap kena beri perihatian.Langkah bijak,TERUS gi klinik atau hospital.
Adik ipar teman mengadu kat adik teman.Dadanya sakit dan kakinya lemah longlai.
Mereka TERUS gi klinik.
Lepas doktor pekse....
Doktor kata...sakit dada awak berpunca dari angin dalam badan.
Doktor bagi tips yang baik untuk kita kongsi sama sama.
Kebiasaan stroke atau sakit angin ahmar bermula dari kepala.Kerana saraf2 kat kepala sangat halus di bandingkan dengan bahagian yang lain.Kehadiran angin akan menganggu perjalanan darah dan menjadikan darah tak dapat ke otak dengan sempurna.
Amalan yang baik ialah...
1)Minum segelas air sebelum makan.
2)Minum sedikit sahaja air masa makan,itu jika perlu.(Patut le orang2 tua dulu tak bagi kita makan berulamkan air,tapi masa tu...atok2 kata takut perut buncit!)
3)Minum sikit air lepas makan hanya sekadar untuk bersihkan kerongkong atau elak dari tercekik!
4)Di benarkan meminum air setengah jam lepas makan.Elakkan air sejuk atau bergas.
5)Amalkan pengambilan CHARCOAL setiap pagi selama 1 bulan.STOP satu minggu dan ulang semula.
kebaikkannya:
Boleh buang angin dan bersihkan toksid dalam badan.
Lepas tu...
Doktor tu kata....amalkan makan buah delima,kurma dan halba seperti amalan Rasulullah.


Akhirnya....Doktor moden akui.....cara pemakanan dan amalan Rasulullah itu paling baik.
Akhirnya....Kita kembali pada 'Dia'.Kita menyetujui caranya.

Suami dah mula makan ubat darah tinggi,suka atau tak...
Kita kena mulakan walaupun kita tak suka.
Semua kita lakukan kerana....
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI!
Anak2 masih sekolah,masih belum habis belajar.
Anak2 masih memerlukan kita untuk menjaga mereka sehingga berjaya.
Itulah amanah yang kita kena pikul selagi nyawa masih dibadan.

Semuga suami teman akan bebas dari segala penyakit.
Semuga suami teman dipanjangkan usia agar dapat meniti kehidupan walaupun sukar.

Yang baik datang dari'nya.'
Yang buruk datang dari teman....


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?