KEMALANGAN NGERI..

MENGHANTUI KITA

Kita di kejutkan dengan kemalangan ngeri di lebuhraya DUKE malam kelmarin.Walhal,kemalangan jalanraya berlaku hari hari!
Kita juga di kejutkan dengan kehadiran beberapa buah kereta berlumba malam tu sehingga 3 nyawa hilang.
Ayah,ibu dan anak kecil baru berusia 6bulan pergi tanpa pesan.
Mayat mereka bergelimpangan di atas jalanraya.Terpisah diantara satu dengan yang lain.
Saksi kata...si ibu hanya mampu memanggil baby,baby,baby....
Saksi kata...anak kecil tu hanya memandang sayu,tak ada bunyi,tak ada esakkan,yang ada hanya renungan sepi.
Saksi kata...ayah dah tak ada lagi,meninggal disitu juga.
Abang arwah kata....sedihnya bila lihat keluarga tersayang bergelimpangan di atas jalan.
Semua tu sebenarnya menganggu hati kita.
Semua orang sedih,pilu dan marah pada si angkara kejadian.
Kita lupa dulu pasal takdir,kita lupa dulu pasal ALLAH.
Sekarang ni,kita cari punca mengapa ianya berlaku.

Memang benar,setiap kejadian ALLAH yang aturkan.Tapi...
ALLAH tak zalim,ALLAH sayang kita lebih dari ibu kita sayang kita.Kasih sayang ALLAH lebih dari segalanya.Kasih suami atau isteri juga tak sama kasih sayang ALLAH pada kita.
Sebab tu.....
Kita jangan selalu salahkan takdir atau kita sentiasa redha dengan segala yang berlaku.
Setiap yang berlaku bermula dengan adanya penyebab....
Sebuah kereta di langgar kiri dan kanan.
Sebuah kereta di terbalikkan akibat dari rempuhan yang kuat.Sehingga semua orang di dalamnya MATI.
TITIK.

Kita boleh kata....
Dah ajal dia macam tu...
Dah nasib dia macam tu...
Kita boleh kata macam2,tapi....kita perasan tak?
Kadang2 ALLAH takdirkan perkara macam tu berlaku kerana...
Sikap kita  sendiri(teman tak kata orang lain,teman kata diri sendiri)
1)Menjadikan lebuhraya tempat berlumba atau menunjuk kehandalan memandu.
2)Tiada lagi sikap menghormati orang lain.
3)Riak(merasa diri hebat).
4)Megah pada orang keliling.
5)Tidak mematuhi peraturan jalanraya.
Sikap kat atas tu,macam teman lah juga!Tak kata orang lain,tapi kata diri sendiri.Teman pun bawa laju gilllla!kaki curi lampu merah,buat suka hati sendiri dan segala macam lagi sikap tak bertanggungjawap yang pernah teman buat.Lagi satu,orang Malaysia tak suka pakai tali pinggang keledar termasuk le teman...nasib baik le kereta sekarang ada bunyi...selagi tak pakai,selagi tu le ting,ting,ting..
Teman akui,teman pun sama macam mereka2 yang degil tak boleh di ajar!

Bayangkan?
Teman orang perempuan,boleh bawa kereta dari Sitiawan,Perak ke bandar Johor Bahru hanya 6jam,termasuk makan,berhenti gi bilik air.
Teman mulakan perjalanan dari 1.30 tengahari,sampai depan Pacific Hotel tepat jam 7.30 malam.
Bayangkan?
Betapa lajunya teman bawa kereta.
Sebab tu....sekarang teman malas nak memandu,kalau ada cara lain,teman akan kata kat suami...
Bagi je le saya naik flight ke,ETS ke....asalkan bukan memandu.Kosnya lebihkurang je.
Duit minyak,tol dan setiap kali perjalanan...AES pasti kena.
Langkah bijak,biarlah teman guna pengangkutan awam,lebih selamat dan lebih berkeyakinan.

Bawa kereta laju2,memang syok gillla!
Cuma kadang2 teringat perkara buruk,slow sikit....
Lupa sekejap....150km/J
Bila ingat balik......110km/J
Itu semua biasa.....
Semua orang akan lakukan benda yang sama.
Kadang2 bawa lahan,dalam hati....bila lah nak sampai?
Perak ke Johor,bukan satu perjalanan yang singkat.Kadang2 boleh jejak 10jam!kalau waktu2 perayaan,boleh capai 12jam!
Punggung kematu,hati beku.
Tambah2 lagi,putera puteri tak boleh berlanggar bahu!Berdebuk sahaja.
Kita yang pandu,rasa macam nak pitam.
Hahahaha.....
Tension tension...
Boleh muntah hijau kat jalanraya.
Betul2 membosankan.

Bila ingatkan semua ni,insaf sekejap.
Bila lupa...bawa kereta macam kilat.
Bila fikir2 bala ALLAH turun tak tentu masa.
Kita kena redha juga...
Sebelum mulakan perjalanan....bacalah doa naik kenderaan dan paling baik ayat Qursi.InsyaALLAH ALLAH akan minta malaikat jaga kita.

Kepada pemandu malang,teman tak kata anda lupa,mungkin ALLAH nak duga kita.Mungkin ALLAH nak naikkan martabat kita.
Kepada pemandu haprak!ubahlah sikap anda (macam teman juga....)
Berhati hati di jalanraya.
Ingatlah orang yang tersayang.
Biar lambat asalkan selamat.
Orang tak boleh ubah kita,akan tetapi kitalah yang kena ubah diri sendiri.
Ikhtibar buat semua,termasuk tukang tulis...
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.



Comments

Hi ibu... nak tanye... i think last yr u ade post about go true travel agency yg ade buat jadi ahli tu.. how so far eh.. mmg legit ke?
rasa2nya macam tu lah Faizal.
pernah minta dia buat trip untuk anak,tapi tak ada respon langsung.Saya terpaksa buat dengan travel lain.Masa tu marah juga,rasa tertipu betul.

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KUIH RAYA