ADUHAI NUR FITRI....

MARA HANTAR HANG UNTUK BELAJAQ BUKAN GI MENTELAAH GAMBAR2 LUCAH!

Awatlah hang buat lagu tu Fitri...
Malu mak bapak hang tau!
Hang dah rosakkan masa depan hang Fitri wehhhh!
Dialog biasa yang selalu kita dengar...(manusia memang suka berleter)

Seorang pelajar tajaan MARA telah di dapati bersalah menyimpan,menyebar gambar2 lucah kanak2.
Fitri mengaku salah dan di jatuhkan hukuman 5thn penjara.
Fitri kanak2 genius,telah di dapati bersalah atas perbuatan yang paling memalukan.
MENYIMPAN,MENYEBAR GAMBAR2 LUCAH KANAK2.
Menyimpan gambar lucah orang dewasa tu normal,tapi kalau menyimpan lebih dari 30,000 gambar2 lucah kanak2 satu perbuatan di luar kewarasan manusia.Orang2 begini di ketegorikan tak normal dan sangat merbahaya dalam masyarakat.
Teman rasa bahaya kalau dak Fitri ni dok dengan anak2 sedara,takut kena NGAP!(teman tak tuduh,tapi menurut surat kabo gitu le gamaknya)

Teringat Michael Jackson, di tuduh mencabul kanak2.Banyak bukti2 yang mampu mengaitkan dia dalam kes tu.
Teman selalu terfikir...alangkan baiknya jika Michael kahwin dengan wanita islam,pasti hidup Michael selamat dunia dan akhirat.
Antara ya atau tak!Michael terperangkap dengan tuduhan tu...
Jadi papa kedana dek membayar pampasan kat budak kecik tu.
Akhirnya....Michael mati dalam keadaan jiwa kosong.walapun dengar2 dia masuk islam.Hanya ALLAH maha mengetahuinya.Kita kat dunia tak dapat bukti yang kukuh untuk mengesahkan keislamanya itu.Seandainya benar,maka beruntung le Michael....Islam diakhir hayatnya.

Balik pada Fitri,MARA hantar dan tanggung semua perbelanjaan. Gara2  menyimpan gambar2 terlarang,akhirnya..Fitri telah berjaya menconteng arang ke muka kedua ibubapanya.Bukan berjaya mengharumkan nama ibubapa!tapi berjaya memalukan mereka.Semuga tiada lagi anak2 di luar sana termasuk  anak2 teman buat kerje gila ni!
Wahai anak2....
Jagalah nama baik kami,kasihanilah kami....
Jika perbuatan baik,kami bangga!
Jika perbuatan mungkar,kami malu.....

Rahsia Fitri terbongkar setelah pihak polis Metropolitan berjaya mengesan kelakuan Fitri selepas menemui satu akuan internet miliknya yang telah memuat turun beribu ribu video dan imej lucah kanak2.OMG!beribu ribu kau!
Aduhai...apa nak di buatnya dengan gambo2 tu kan?Ginilah jadinya jika ikut sangat kehendak nafsu.APTB.
Nur Fitri yang baru memulakan pembelajaran tahun lalu ditangkap di kediamannya di Queensborough Terrace,West London.
Polis mengeledah rumahnya dan menemui komputer riba yang masih terbuka bersebelahan dengan sebuah patung kanak2.
Mak Aiiiii!Sah2 Fitri tak boleh lari!bukti kukuh beno!
Fitri akhinya ditahan dan mengaku salah atas tuduhan tersebut.
Polis ketegorikan Fitri sangat ekstrem dalam perlakuan ini.Maksudnya....terlalu teruk kan?
Menyimpan hampir 601 buah video serta menyimpan beratus2 bahan lucah.
Antara ya dengan tak?
Nasi dah jadi bubur...
Nak percaya atau tidak..hanya ALLAH je yang tahu.
Orang luar sentiasa nak burukkan kita,kemungkinan juga ada satu agenda di sebalik kejadian.
Almaklum...
Fitri budak pandai,mungkin ada tokok tambah untuk jatuhkan dia.
Waallahualam...

Kita baca je le...
Kita doakan seandainya benar Fitri bersalah,agar dia kembali ke jalan yang benar.
Jika benar2 dia teraniaya...
Kita mohon ALLAH selamatkan dia.
Mohon juga ALLAH tunjukkan kebenaran buatnya.

Jika lihat pada wajahnya....
Tak sampai hati nak tuduh,sebab kita tak berada di sisinya.
Jika kita tuduh takut jatuh dosa pulak...
Kita ambil jalan pintas....
Jika benar2 berlaku,Fitri dah pun menjalani hukuman.
Jika TIDAK!kita kena berdoa agar anak2 kita di mana juga berada selamat dari fitnah manusia durjana yang kita semua tahu sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan kita.

Kepada anak2...
Baca dan jadikan peringatan.
Jangan lakukan perkara yang sumbang kelak dapat malu.
Jangan malukan ibubapa,tak berkat hidup.
Yang pasti....
Doalah agar kita semua sentiasa dalam kasih sayang 'NYA'






Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?