Posts

Showing posts from May, 2015

DECOUPAGE ATAU 'DEKOPAJ'

Image
TEMAN MULAI MENYUKAINYA...

Masa mula2 buat...
Fuhh!comot!tak kemas dan tak menarik hati..
Rasa nak baling je dinding.

Lama2...Makin kemas dan makin buat hati teman menyukainya.
Macam2 benda teman DECOUPAGE kan,pantang nampak tin atau apa2 aje yang boleh di kemaskinikan...
Teman akan segera laksanakan.

Sahabat tanya..
Banyak masa boleh lah!
Teman jawap..
Tak adalah...benda ni ,minat yang penting.Kalau tak minat tak menjadi juga.
Sahabat kata lagi...Bila masanya awak buat?
Teman jawap...
DECOUPAGE ni,kerjanya cerewet,mula....kita kena sapu sejenis sealer atau gam kat permukaaan.Biarkan dia kering.Kemudian letakkan warna latar putih.Warna ni kena sapu sampai kering dan sampai kita rasa permukaan barangan tu dan cukup kemas.Kadang2 sampai 3 kali baru sekata.Kita kena keringkan betul2!
Lepas tu....kita sapu warna latar sebenar..warna ni pun kena letak sampai permukaan benar2 cantik dan kemas.keringkan...
kalau boleh letakkan kat cahaya matahari.
Dah habis step ni,pilihlah corak yang kita r…

ROHINGYA DAN KITA

BUAT KEPALA TEMAN SAKIT...YUT TUT....

Isu ROHINGYA berjaya tenggelamkan isu2 panas masa kini.
Dalam kita berkecuh kecuh,pasal GST,IMDB dan lain2,tup tup...keluar isu ROHINGYA.
Mula2 teman ikut juga...
Lama2 teman rasa keliru dan biarkan pihak2 berkaitan siasat.
Teman pun tak sihat dan selalu pening sebaik balik dari pasar.
Ahmad Maslan kata barang tak naik,tapi...beli apa sekali pun!semuanya dah berbeza.
Bila tanya peniaga....
GST maaaaa!

Kadang2..
Timbul rasa kecewa yang teramat sangat.
Tapi...
Apakan daya,tangan tak sampai nak capai bulan.
Teman dan orang lain hanya mampu pasrah dah menanti rezeki datang lagi...

Balik pada isu ROHINGYA,teman tahu...
Mereka perlukan bantuan.Mereka dan kita adalah saudara.Mereka mungkin ujian ALLAH untuk lihat kekuatan ummah.
Musuh Islam hanya mampu kita kalahkan melalui kesepakatan.Selagi kita tak bersatu..
Jangan fikir kejayaan milik kita.

Teman baca hari demi hari...
Teman jadi keliru...
Apa sebenarnya yang berlaku.Orang kampung kata...hari2 ROHING…

SEMINAR CIUM DUIT

MACAM2 CARA DI BUAT UNTUK JADI KAYA!

Teman pernah pergi macam2 seminar,dari zaman sekolah,zaman bekerja dan zaman dah tua.Macam2 seminar teman dah maiii dok dalamnya.
Seminar bina semangat memang banyak kali teman pergi.
Semuanya ada tujuan dan matlamat agar teman lebih berwawasan.

Zaman sekolah....mestilah untuk kita faham peranan kita sebagai budak sekolah.
Zaman kerja........mestilah untuk kita faham peranan kita sebagai pekerja yang sentiasa mengelembu.Mak teman selalu kata...dulu,suruh belajar MALAS!tak guna gi seminar sana seminar sini!pucuk pangkal hati!
Akhirnya......
PUCUK PANGKAL HATI.

Zaman tua...........mestilah untuk kita faham peranan kita sebagai manusia.Biasanya,dah tua2 gini,apalagi yang kita nak fikir,selain MATI.Jadi,seminar atau majlis ilmu yang teman ikut serta kebanyakannya memberi  keinsafan dalam diri.
Itu bukan seminar!kata sahabat.
Teman jawap...nak panggil apa majlis ilmu yang kita pergi tu?
Sahabat jawap...kuliah je!ish!tu pun tak tahu...
hahahah teman kata…

RUMAH KAWAN DI MASUKI PENCURI

SYUKUR DIA SELAMAT.

Semalam..
Sahabat teman hantar pesanan ringkas.
Rumah si dayang di masuki pencuri,kereta hilang beserta duit tunai.
Syukur dia dan anak2 tak di ganggu.

Teman call dia...
Teman tanya...Kenapa?
Dia kata..kesian kat aku,kete,duit aku habis di curi!katanya dalam gelak yang panjang.Dia.seorang wanita kematian suami beberapa tahun lalu.Teman akui,dalam ramai2 kawan....
Dia baik,dia tak banyak mulut,dia tak banyak kata...hanya gelal tak lekang dari bibir.
Wehh!dayang!kalau suami kau buat hal,apa tindakan kau?soalan cepu mas yang teman pernah ajukan padanya.
Nak tahu apa dia jawap?
Entah!pancitkan tayar kereta kot?jawapnya sambil gelak.
Bayangkan?
Itu jawapan yang mampu dia beri,kalau teman tanya wanita lain,pasti jawapannya ganas dan kasar.
Bunuh!
Kerat 18!
Potong anu dia!
Minta ceria!
lari rumah!
Bagi makan racun!dan macam 2 lagi jawapan yang pastinya tak baik untuk lelaki tu.
Teman dan kawan2 gelak sama..
Mak Aiii!Dayang nak pancitkan tayar kereta je?senang gillla!ehhh!…

KES TERKINI...

Image
BAYI  DI KERAT 15!

Tak terkata!
Lidah kelu seribu bahasa.
Tak faham...
Tak dapat selami perasaan di pengerat tu...
Cukup keras hatinya.Cukup cekal jiwanya...
Sepatah kata....hati dah hitam legam kot?

Kakak teman kata...tak sanggup tengok.
Sahabat pun kata...tak sanggup tengok.
Tapi..teman gagahi diri untuk tatap gambar2 tu...bukan hati teman dah hitam!
Teman nak bukti.Teman tak mahu dengar kata2 orang.
Teman nak tengok sendiri!
Ooo..macam ni,di kerat macam kita kerat ayam.satu2 di leraikan.
ALLAH berkuasa.ALLAH maha mengetahui.
Di buang ,di campak di mana sahaja!
Akhirnya kebenaran terserlah juga.
Umum tetap akan tahu,ada sahaja yang akan jumpa kesan dari perbuatan tu.


Ngilu perut teman tengok...
Tak terfikir bagaimana tergamak seorang manusia mengerat manusia yang lain terutama bayi.
Sumpah!tak terfikir sama sekali.
Hati teman benci,meluat dan rasa macam nak sekel je kepala kedua2 ibubapa bayi malang ni.Apakan daya....tak tahu siapa?
kalau teman tahu,mesti teman sepak terajang sampai…

BILA ANAK KENA SAMAN LAJU..

AYAH JUGA YANG KENA...

Anak yang sulung kena saman kat Gombak,anak ke 2 kena saman kat KL.. Dalam KL pun kena saman? Subhanallah!mesti laju!

Senangnya hidup kau orang anak2 sekelian...
Pandang remeh semua perkara.. Kalau saman tu kat Slim River ke ibu tak le terkejut sangat ,saman ni kat jalan lurus! kalau kat tengah bandar ni,jalan sikit,traffic light,jalan sikit...corner.Jarang orang kena saman?kecuali saman parking.
Bila kena saman.... Buat muka sardin,buat muka seposen. Bila marah tunjuk muka... kadang2 rasa macam nak kasi seorang satu tempeling je. Teman kata...kesian ayah....dia tak bawa kereta,tapi dia kena bayar saman atas kesalahan orang lain.Patut ke? Masing2 diam... Teman kata lagi...ibu bukan berkira,tapi....BANYAK CANTIK!dah bagi kereta seorang satu,minyak tanggung,makan tanggung,tol tanggung!tak kan lah.....saman pun ayah nak tanggung? Kau orang yang bawa laju,suka2 dengan kawan2,broom sana broom sini....bila kena saman!ayah juga yang tanggung? Subhanallah!belajarlah ber…

GAYA TUDUNG TERKINI

Image
PAKAI TUDUNG PUN ADA MOTIF...

Satu masa dulu...
Dia tak menutup rambut.Langsung tak menutupnya walau selembar benang.


Tak pe lah kan....
Orang glamour,orang cantik....
Mesti jaga penampilan.
Tup2...
Sekitar bulan Jun 2014,keluar cerita dia mula memakai tutup kepala.
Alhamdulillah....
Akhirnya dia ikut juga perintah ALLAH.
Dia kata....lepas balik dari Umrah,dia dapat merasai pengalaman agama LUARBIASA!
Anak2 dia pun suka..
kalau nampak rambut sehelai dua anak2 akan tegur,ma,rambut tu udah keluar kok!
Wah!bagus bangat!


Siapa dia ni?
Hahaha...teman pun kurang kenal,yang teman tahu,dia penulis pemuzik dan pencipta lagu Indonesia.
Sahabat tanya...apa kene mengena dengan U?
Teman jawap..memanglah tak ada kene mengena,tapi nak bagi contoh SIKAP kita sebagai manusia dan agama.
Bila teman nampak dia berhijap,bertudung litup..
Alhamdulillah....Masih ada islam dalam hatinya.
Selalu kita dengar orang kata...jangan pandang luaran,pandanglah dalamannya.
Teman akui...benar,jangan pandang luaran Mell…

SELAMAT HARI GURU

BUAT SEMUA GURU YANG PERNAH AJAR TEMAN SAMPAI PANDAI 3M
MEMBACA
MEMGIRA
DAN
MENULIS.

Sebelum teman jadi manusia yang berilmu,teman dah masuk macam2 kelas.
Masa 6thn,emak teman masukkan teman Tadika Kemas.
Kat Kemas,tak banyak yang teman tahu kecuali menyanyi,melukis dan mengenal angka dan abjad.
Nak tahu tak?
Pendidikan awal kanak2,ada di Tadika kemas.Apa yang Tadika Kemas buat itulah kaedah terbaik dalam pembelajaran anak2 kita.
Dalam usia,sekecil ini,pembelajarannya banyak santai,bukan terlalu serius seolah2 esok anak2 tu mesti pandai,mesti masuk U.
Cikgu Ragupatti, paling teman ingat,wanita India,yang suka pakai sari,suka cubit kat payu dara.
Teman sangat takut dengan dia,bayangkan?selewat usia ini,teman masih mengingatinya.

Masa darjah satu,teman belajar kat sekolah khas untuk anak2 askar.Sekolah Kebangsaan Tentera Johor.
Jangan tanya macam mana teman boleh tercampak kat sekolah tu?
Yang pasti....ada orang dalam lah!
Ingat Yana Myvi je ke ada orang dalam?abah teman pun ada wehh!
T…

HARTA PUSAKA

HATI2LAH ATAU SEGERAKAN URUSANNYA.

Kakak buka cerita..
Wehh!apa cerita rumah abah?
Semua geleng kepala.
Kakak suara lagi..siapa nak uruskan?
Semua geleng kepala.
Kakak kata lagi..kau orang tak boleh buat macam ni,kesian abah,terseksa sebab urusan dunianya masih ada.
Semua dah tak geleng kepala,tapi terbeliak mata!
Adik bersuara...kenapa lak?
Kakak kata..itulah orang suruh belajar malas,kan dah tak tahu!
Semua diam membisu.
Dalam hati teman...bukan tak tahu,malas nak buka mulut.

Sebagai adik teman dengar je le..
Benda betul,nak bantah pun tak guna...
Benar...ibubapa yang meninggal dan meninggalkan harta dunia yang masih tak di faraidkan akan terseksa jika harta2 tu jadi pemutus silaturahim antara anak2.
Benar...ibubapa yang meninggal akan merintih sedih di sana jika anak2 bercokak!
Kita tak bergaduh kan?tanya salah seorang dari kami.
Kakak kata...betul!seeloknya selesaikan je..
Teman kata pula..tukar nama salah seorang untuk urusan jual beli.
Harta abah teman bukan wang berjuta,atau ta…

BILA HATI DAH KELABU ASAP

Image
KANAK2 PUN KENA HALAU!

Masa teman baca citer ni,teman tergelak sorang!
Betul2 gelihati...
Bukan pada budak2 tu tapi kat pemandu bas berhati hitam tu!
Ada ke patut?
Kanak2 tu hanya minta tukar DVD dangdut je...
Bukan suruh buat apa pun...
Sebagai lelaki melayu islam,patutnya kita bangga dapat memberi perkhidmatan pada ahli syurga ni.Budak2 tahfiz tuuuu!
Kita tak dapat jadi hafiz atau hafizah,dapat berkerjasama dengan mereka pun kira dah ok lah kan?
Ini tak!di halaunya budak2 tu keluar dari bas.
ish,ish,ish...
Tanda2 hati dah gelap,bila kita tak suka pada orang2 alim,orang2 agama.


Mujur ada lori yang sanggup tumpangkan mereka,jika tak...
Tersadailah budak2 tu kat tepi jalan.


Bayangkan kalau itu anak kita?
Apa kita akan buat?
hahahah..
Kalau temanlah kan?
Teman buat report dan kemudian harap dia sedarlah..
Tak baik buat anak2 teman macam tu!
DOSA!
Dah tahu bawa budak2 tahfiz,bukalah DVD2 yang elok2.
Mereka dah di ajar jaga mata,jaga telinga,jaga lidah.
Bayangkan?
DVD dangdut Indon...
Kal…

GST DARI PANDANGAN KANAK2

SESEKALI ANAK2 MENGULAS..

Setiap kali teman buat bayaran di kaunter,soalan pertama dari anak se keci l Aaliya ialah..
ADA GST?
Teman faham,anak2 selalu dengar kita bercerita masa dalam kereta,masa tengah makan..
Teman juga tahu,mereka tak faham semua ni,tapi dari keluhan kita,akhirnya mereka faham...
GST ialah Harga Barang NAIK!

Pagi tadi,dia beli gula2 Sugus kat stesen Petronas.
Sebaik masuk kereta dia kata...
Ibu!kedai ni bagus!tak ada GST!
Teman tanya macam mana ada tahu dia ada GST atau tak?
Dia jawap..kedai kat sekolah saya jual Sugus RM1.20.Petronas cuma jual RM1.00 je.Tak ada GST lah tu!
Dalam hati...macam mana lah Ahmad Maslan tak boleh conggak semua ni.Tak habis2 kata harga barang tak naik.
Ibu!air kat sekolah saya pun ada GST.Dulu...vitegen RM1.00 je sekarang dah RM1.20 katanya lagi.
Dalam hati...para peniaga sebenarnya ambil kesempatan.
Semua barang NAIK,tak ada yang TURUN.
Menteri tetap kata....TURUN TURUN...Kalau ada peniaga yang NAIKKAN HARGA,buat report.

Wahai Pak Mente…

KEHIDUPAN HARUS DI TERUSKAN.

WALAUPUN SELEPAS DI BERHENTIKAN OLEH MAJIKAN.

Kakak ipar teman baru je 'di lepaskan' jawatan yang di sandang olehnya hampir 30thn. Kakak ipar teman buntu awalnya. Tak tahu nak mula dari mana,atas sebab2 tak boleh di elakkan... Dia keluar dari kilang tu tanpa 5sen pun pampasan. Teman faham... Mungkin kakak teman salah hantar barang ke tempat lain,tapi...kan masih boleh di atasi. Teman pun tak faham,kadang2 majikan nak buang kita,ada sahaja alasan yang di berikan. Kadang2 kita tak perasan,rupa2nya beberapa bulan terdahulu,mereka sedang mengintai hasil kerja kita. Silap sikit...di rekodkan sebagai bukti ketidak bagusan kita. Walhal..dah 30thn hamba ALLAH tu berkhidmat dan mengelembu. Entahlah....
Teman hanya mampu kata... Buatlah apa yang patut,jangan fikir tak kerja kat situ,kita mati. Kakak teman hanya kata...ya ya...saya tahu,rezeki ada di mana mana. Masalahnya..Kakak teman jaga abang teman yang sakit,dan seorang anak angkat perempuan. Teman tahu... Kakak teman pasti pening fi…

IPTA@IPTS

MANA PILIHAN HATI?

Kalau tanya teman....
IPTAlah idaman hati,tapi.........
Tak memenuhi syarat yang di tetapkan telah mencampak anak teman ke IPTS.
Pengalaman 2 anak terdahulu, menyebabkan teman tak lah teruja sangat.
Dapat keputusan,pandang sebelah mata je..
Kalau sederet A!hati berbunga bunga..
Kalau ada A ada B ada C ada D dan paling ngeri kalau seputusan anak ada G.
Puhhh!berpinau mata hitam ku.

Kalau bagus,boleh le dapat IPTA.kalau tak berapa nak bagus!masuklah ke IPTS yang melambak di Malaysia ni.
Orang kaya...boleh lah hantar anak2 ke luar negara atau ke kolej2 ternama.
Orang biasa2 macam teman,terpaksalah mengukur baju di badan sendiri.
Tak boleh le banyak cekadak ,peluang yang ada di depan mata terpaksalah kita ambik..
Namun begitu,carilah kolej swasta yang betul2 di ikhtirafkan oleh kerajaan.Kalau setakat masuk U atau kolej,kemudian banyak pihak tak ikhtiraf pun tak guna juga.
Jalan terbaik!
Pilihlah kolej paling terbaik tapi masih mampu untuk kita tanggung.
Almaklum....nega…

CELOTEH ANAK

HP DAN TRAFFIC LIGHT.

Biasa..
Bila sampai traffic light,kita akan capai HP.
Biasanyalah...bila berhenti di mana  mana sahaja!HP lah yang kita capai.
Macam tu le teman...
Bila ada kesempatan,HP akan di capai.Bukan berFB bukan Chatting bagai!tapi teman baca blog.
Banyak blog2 yang baik untuk kita mengutip sedikit ilmu.

Tetiba...
Ibu!sebab tu saya tak suka ibu pegang HP.
Teman tersentak,dalam hati macam nak ketawa.kenapa?tanya teman.
Tengok tu!muncung bibirnya menunjukkan lampu dah hijo.
Teman kata...ok ok....sorry!teman pun memandu terus.
Dia kata lagi..
Ibu!lain kali,ibu jangan pegang HP masa memandu,bahaya!Cikgu saya kata..kalau polis nampak,ibu boleh kena saman!tau tak?
Teman hanya mampu kata...ok..

Selepas tu...
Teman tak lagi pegang HP,teman terus pegang stereng ketat ketat.
Tapi..kadang2 terlupa juga,tangan pantas capai HP.Dia pandang teman tajam.
Ooopp!ibu lupalah....itu je le kata2 yang mampu teman ucapkan bila terpandang tajamnya jelingan matanya.

kesimpulan....
Ibu2 zaman seka…

BUNUH ATAU DI BUNUH?

MANUSIA DAH BALIK KEZAMAN BATU.

Semalam teman terrrrbaca,seorang wanita berstatus janda di bunuh oleh seorang lelaki bergelar Ustaz.
Semalam juga,teman terbaca lagi,kes yang sama iaitu seorang lelaki telah mengaku membunuh dan membuang mayat di sekitar putrajaya.
Apa pun alasannya!
Awat hang piii bunuh orang?
Suka2 je nak bunuh orang.....

Menurut pengakuan,lelaki bergelar ustaz membunuh wanita tu setelah di desak untuk berkahwin.
Teman rasalahkan?
lelaki paling suka bila di ajak berkahwin,kali ni agak pelik...
Setakat kita kata..
Boleh tak I kahwin dengan U,sambil basahkan bibir,kaki gerak2 perlahan.lelaki campuran je yang akan balas..
U nak kahwin dengan I?Tak kuasa mak!
Setakat jantan tulin...masa tu juga cari tok kadi.
Peliknya...
Lelaki tu tak tahan di desak lalu membunuh!
Kegilaan apakah ini?
hahaha...
Teman rasalahkan...
Lelaki tu dah ada GF atau tunang atau kekasih lain,janda tu sekadar suka suka je...
Teman rasalahkan...
lelaki tu tak bercadang pun nak nikah dengan janda tu,se…

MALANG TAK BERBAU..

Image
GARA2 BUAIAN..COPY AND PASTE.



JOHOR BAHARU: Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan meninggal dunia akibat terjerut kain buaian di rumah keluarganya di Taman Century Garden di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supt Abdul Wahib Musa berkata Brian Lim meninggal ketika ibunya mahu menghantar bayinya ke klinik berhampiran kira-kira 4.30 petang.

"Sebelum kejadian, ibunya memberi makan kepada ketiga-tiga anaknya sebelum menyuruh mereka masuk tidur di bilik utama. Mangsa diletakkan dalam kain buaian.

"Setelah itu dia masuk ke dapur membuat kerja rumah dan setelah selesai, dia masuk semula ke bilik berkenaan namun mendapati mangsa telah terjatuh ke bahagian lapis sarung nyamuk kain buaian itu dengan kepalanya tergantung keluar," kata Abdul Wahib yang dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata panik dengan kejadian itu, ibu berkenaan terus mengangkat badan anaknya itu namun mendapati mangsa tidak lagi bergerak.

"Dia cuba menyelamatkan anaknya de…

IPTS @ IPTA

JURANGNYA CUKUP JAUH!

Masa anak2 kecik,teman tak terfikir akannya.
Masa kecuh2 PR minta pendidikan percuma,anak2 teman belum melangkah ke menara gading.Masing masih di bangku sekolah.Masih pakai baju putih kain biru dan bermini telekung.

Bila seorang demi seorang  melangkah ke menara gading.Teman baru terasa,beban yang di kandung.Cukup perit!Cukup menyesakan jiwa.
Anak2 teman tak dapat pinjaman,biasiswa atau bantuan kerajaan.
Kami sendiri menanggungnya dek tak layak.
Kalau dapat pun lepas teman dah prong prang prong prang kat MARA.
Teman kata...
Encik......gaji nampak beso,tapi tanggungan banyak.Orang makan gaji,macam kami tak boleh nak tolak lebih2.Anak2 dari dulu laaaa ni...hanya RM1000.00 setiap seorang.Naiklah cukai macam2 cukai.Cukai kami TETAP sama macam dulu...
Hahahaha..Boleh mati berdiri!

Lepas tahu tak dapat,teman kata dengan anak2...
Buatlah rayuan bagai!
Makanya..
Kehulu kehilirlah anak kedua teman menguruskannya.
Tau tau...
Hanya dapat untuk pengajian je..
syukur...
Anak …

MYVI TAK GUNA!

HAHAHAHA...

Manusia memang kelakar,Kelmarin terbaca status seorang wanita memandu MYVI di jerit...
MYVI TAK GUNA!
Dalam hati...ada kena mengena ke?

Hari ini...lain pula ceritanya...
Sebuah kereta MYVI di calar2kan macam buat awan larat!
Mula2 tak rasa apa2 pun...
Baca dan kemudian buat tak tahu je...
Dalam hati...GILA!

TAPI....
Bila tengok gambar yang teruk tu!teman teringat anak teman yang memandu MYVI juga.
Anak teman belajar di UIA Gombak,teman belikan kereta tu lepas ada orang mengamuk kat LRT Gombak dua tahun yang lalu.
Kadang2 anak teman guna juga laluan tu untuk keluar makan atau balik ke utara.
Kadang2 dia keseorangan,kadang2 dia berteman.
Apa2 pun...
Sebagai ibu,teman cukup ngilu perut!Tak dapat bayangkan betapa susahnya dia bila bersendirian.Dengan handbag,bag galas dan HP yang tak lekang di tangan.Puas teman pesan,jangan bawa banyak bag,bawa yang patut je...BAHAYA!Simpan HP tu baik2,jangan menarik perhatian orang jahat!
Dasar anak zaman sekarang,ibu kata 10 perkataan dia ba…

KEMALANGAN NGERI..

MENGHANTUI KITA

Kita di kejutkan dengan kemalangan ngeri di lebuhraya DUKE malam kelmarin.Walhal,kemalangan jalanraya berlaku hari hari!
Kita juga di kejutkan dengan kehadiran beberapa buah kereta berlumba malam tu sehingga 3 nyawa hilang.
Ayah,ibu dan anak kecil baru berusia 6bulan pergi tanpa pesan.
Mayat mereka bergelimpangan di atas jalanraya.Terpisah diantara satu dengan yang lain.
Saksi kata...si ibu hanya mampu memanggil baby,baby,baby....
Saksi kata...anak kecil tu hanya memandang sayu,tak ada bunyi,tak ada esakkan,yang ada hanya renungan sepi.
Saksi kata...ayah dah tak ada lagi,meninggal disitu juga.
Abang arwah kata....sedihnya bila lihat keluarga tersayang bergelimpangan di atas jalan.
Semua tu sebenarnya menganggu hati kita.
Semua orang sedih,pilu dan marah pada si angkara kejadian.
Kita lupa dulu pasal takdir,kita lupa dulu pasal ALLAH.
Sekarang ni,kita cari punca mengapa ianya berlaku.

Memang benar,setiap kejadian ALLAH yang aturkan.Tapi...
ALLAH tak zalim,ALLAH sayang k…

ADUHAI NUR FITRI....

Image
MARA HANTAR HANG UNTUK BELAJAQ BUKAN GI MENTELAAH GAMBAR2 LUCAH!

Awatlah hang buat lagu tu Fitri...
Malu mak bapak hang tau!
Hang dah rosakkan masa depan hang Fitri wehhhh!
Dialog biasa yang selalu kita dengar...(manusia memang suka berleter)

Seorang pelajar tajaan MARA telah di dapati bersalah menyimpan,menyebar gambar2 lucah kanak2.
Fitri mengaku salah dan di jatuhkan hukuman 5thn penjara.
Fitri kanak2 genius,telah di dapati bersalah atas perbuatan yang paling memalukan.
MENYIMPAN,MENYEBAR GAMBAR2 LUCAH KANAK2.
Menyimpan gambar lucah orang dewasa tu normal,tapi kalau menyimpan lebih dari 30,000 gambar2 lucah kanak2 satu perbuatan di luar kewarasan manusia.Orang2 begini di ketegorikan tak normal dan sangat merbahaya dalam masyarakat.
Teman rasa bahaya kalau dak Fitri ni dok dengan anak2 sedara,takut kena NGAP!(teman tak tuduh,tapi menurut surat kabo gitu le gamaknya)

Teringat Michael Jackson, di tuduh mencabul kanak2.Banyak bukti2 yang mampu mengaitkan dia dalam kes tu.
Teman selalu …

PERLUMBAAN HARAM

Image
AKHIRNYA....
BERJAYA BUAT ANAK2 INI JADI YATIM PIATU.


Berlaku dilebuhraya DUKE.Laluan biasa teman dan keluarga jika nak ke DPalma,Ampang,kerumah adik kakak di Sitiawangsa,makan2 kat Wangsa Walk atau makan2  di Cosy Place.
Adik teman kata...eh!ada kemalangan maut kat DUKE.
Teman tanya bila?
Adik jawap...malam tadi,mati 3 beranak.Dengar2 diaorang racing.
Teman tercopong mulut...ya ke?apalah diaorang ni,kalau nak racing masuk litar lah!

Teman teringat arwah jiran mak kat Selatan.
Sebab racing juga,akhirnya....arwah Kak Zi dan abang Alias meninggal masa tu juga!bayangkan?di rempuh kuat,sampai terputus 2 kereta hambaALLAH tu.
Semalam,berulang lagi....
Melayang 3 nyawa yang tak berdosa.
Angkara kesilapan dan keegoaan manusia,akhirnya sepasang suami isteri serta anak kecil mereka pergi tak kembali.
Tinggalkan 2 anak lagi serta keluarga yang amat menyayangi mereka.

Bayangkan?
Betapa hancurnya hati bila tahu punca kemalangan daripada kelalaian manusia lain?
Bayangkan?
Betapa hancurnya hati...b…

PERHIMPUNAN 1hb MEI 2015

Image
BANTAHAN GST

Kebetulan je teman kat situ.
Teman datang Kolompo bukan nak gi perhimpunan tu,teman nak jumpa mak teman yang kebetulan ada kat Kolompo.Cadang teman nak balik hujung bulan ni,sebelum puasa.
Bila teman tahu mak ada kat ibukota,teman ajaklah suami untuk jumpa mak.
Bila dah jumpa tak perlu le teman balik ke selatan tanah air semata mata jumpa mak.
Almaklum...
Keadaan GAWAT buat kita kena pandai mengira.

Teman sampai lebihkurang 12.30 tengahari,makan dengan anak2 kat Madam kwan.Kat luar pintu masuk tertulis.Harga makanan tak berubah,service 10% tetap ada,ooppp!ditambah pula GST 6% !maknanya lepas GST bermula..lebihan wang untuk di campur dalam harga makanan ialah 16%!
OMG!
Itu yang Ahmad Maslan kata....
GST hanya untuk orang2 yang makan kat restoran macam tu.
Ooo.....gitu le maksud menteri tu.
Kalau kita makan kat gerai2 biasa,tak ada GST!kalau tak setuju bayar GST,piiii makan kat gerai2 tak ada GST ya rakyat kebanyakan.

Lepas makan,kami jalan2 kat ISETAN,tak beli apa pun...sa…