NEPAL DI LANDA GEMPA BUMI PALING DAHSYAT!

TANDA ALLAH MURKA PADA KITA...

Bila kita baca GEMPA BUMI...
Ikut sains,hanyalah kerana getaran atau goncangan yang terjadi di permukaan bumi akibat pelepasan energi dari dalam secara tiba2 yang menciptakan gelombang seismik.Gempa bumi biasanya di sebabkan oleh pergerakan kerak bumi.
Dan banyak lagi maklumat mengenainya boleh kita dapat di Internet.
Sila layari dengan hati yang gembira.

Alasan kat atas tu dari segi sains dan andaian manusia.
Dari segi ilmu alam.Ianya juga dari kerosakan yang kita sendiri buat.
Gunung ganang kita tarah habis!walhal...ALLAH jadikan dia sebagai TIANG ATAU PASAK BUMI.
Tumbuhan kita tebang ikut suka!Walhal....ianya berfungsi untuk MENGUKUHKAN BUMI.
Kita dah terlalu banyak rosakkan bumi,kita kena lebih berhati2 di masa akan datang.

Sebut Nepal..
Teringat teman akan pekerja2 yang ada di sini.Teman tanya...
Amacam?rumah u all kena ke?
Dia jawap...tak,rumah kita tak ada kena,jauh!Tapi itu orang kena.Rumah dia hancur!
Sipolan yang di maksudkan senyum dalam tangis.Sugul...
Dia sambung lagi..itu orang telefon sana,tak ada jawap.Dia banyak susah hati..
Si polan yang di maksudkan betul2 sugul.Mungkin teringat keluarga di kampung.
Dia sambung lagi...itu gegar gegar,ada lagi tau!kita semua rasa hairan sebab masih ada rasa itu goyang2.Sudah 3 hari oooo...
Kali ini,giliran teman dan sahabat terngangga mulut.Itu macam kah?

Teringat masa tsunami dulu,cermin tingkap bergegar.Kita pun rasa macam nak pitam.Dunia rasa goyang semacam.Masa tu,tak terfikir akan adanya bala dari ALLAH.
Lepas keadaan reda.Kita hidup seperti biasa.
Tak lama kemudian.berita di TV di Radio mula menyebut..
GEMPA DI INDONESIA.
Masa tu,kita hanya mampu kata...oooo patut lah tadi rasa macam bergegar je..
Lepas tu,kita hidup seperti biasa.Tak rasa takut pun...
Nak tahu kenapa?
Tak kena batang hidung sendiri.Itu yang rilek je...

Teman kata dengan mereka.
U tahu tak kenapa Gempa sangat teruk!
Mereka hanya geleng kepala...
Tak tahu...
Teman kata...gempa itu terjadi sebab TUHAN ALLAH marah!dia mahu warning sama kita.Nepal sana ada apa bikin?
Mereka angguk tanda tak tahu..
Dalam hati teman tahu....setiap 5thn,kat Nepal (sempadan India) akan diadakan upacara membunuh lembu,kambing,burung sempena hari keagaman masyarakat Hindu.Bukan tu je,lain2 masalah mesti ada kan?alangkan kat negara kita pun maksiat melambak!inikan pula orang di sana?

Bila teman tanya, itu binatang mahu buat apa?lebih 200 000 ekor mahu bikin apa?mereka hanya angkat bahu.Teman faham,budak2 depan teman ni kurang pengetahuan am,sebab tu tanya apa pun tak tahu!
Seorang menyampuk....makanlah!
Menurut artikel yang teman baca...mereka sembelih dan kemudian jual pada syarikat pembekal daging di India.

Teman tahu,mereka tak faham sebab mereka bukan islam.Dalam agama mereka mungkin tak beri gambaran macam tu.Mungkin pada mereka....itu nasib malang mereka.


Teman kata lagi....dalam agama saya,ini dunia hanya pinjaman sahaja.Kalau kita tak tahu jaga,tak tahu kata terima kasih...Itu macam lah jadinya!
Mereka senyum..
Dalam hati...SAH!mereka tak faham.Patutkah teman teruskan?
Hahahaha...
Elok le tidak di teruskan?letih cakap je...
Yang pasti...semuga mereka di beri hidayah untuk memahami kenapa mesti ada GEMPA BUMI dan SIAPA EMPUNYA BUMI INI.

Apa yang boleh teman ucapkan hanyalah TAKZIAH BUAT SEMUA RAKYAT NEPAL.
Sebagai sokongan...MALAYSIA telah pun menghantar segerombolan rakyat kita untuk membantu sedaya yang mampu.
Semuga gegaran yang masih terasa akan cepat2 reda dan berhenti terus!
Semuga tiada lagi....kematian baru dalam catatan terakhir GEMPA BUMI DI NEPAL.



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KUIH RAYA