Posts

Showing posts from January, 2015

POLITIK KITA SEMAKIN MEMUALKAN

DAN SEMAKIN MENYESAKKAN JIWA.

Sana sini orang kata pasal POLITIK.
Sana sini orang pertikaikan kenapa SIRUL boleh bolos keluar.
Sana sini orang tanya mana perginya JET KERAJAAN yang bebas terbang di angkasa.
Sana sini orang pertikaikan pasal tindak tanduk PAK MENTERI.
Sana sini orang cakap2 pasal GST.
Sana sini orang borak2 pasal ALTANTUYA,RAZAK BAGINDA DAN SI POLAN DAN SI POLAN.
Sana sini orang merungut pasal KENAIKKAN HARGA.
Sana sini orang cerita pasal MH17,MH370 dan AIR ASIA.
Sana sini sana sini...
Sana sini orang saling mengumpat.
Sana sini orang mengutuk mengata.
Siapa jadi mangsa?
KITA!
KITALAH MANGSANYA.
Meludah kelangit kena muka sendiri.Meludah ke bumi kita juga terpijak nanti.
Langkah terbaik...
DOA agar ALLAH hantar bantuan dan petunjuk ke jalan yang benar.

Teman semakin binggung,tak tahu nak kata apa lagi..
Yang pasti...
Teman tak tahu nak komen mengenainya lagi.
Teman semakin buntu.
Buat kome semua...
Tiada apa lagi yang tinggal,hanya sisa yang bersepah di sana sini.
Nasi…

SOLAT ISTIKHARAH

Image
SEKADAR SOLAT SUNAT UNTUK MEMBANTU KITA MELERAI KEKUSUTAN DIRI.


Teman baca cerita Amalina,penyanyi dangdut yang nak menyanyi balik.Katanya...dia dah buat solat ISTIKHARAH sebanyak 3kali. Petunjuknya...Dia akan menyanyi kembali,bagi memenuhi ruang yang kosong dalam irama Dangdut. Maknanya,ALLAH beri dia petunjuk begitu,dah dia mengikut petunjuk itu. Masalahnya? Benar ke? Betul ke? Petunjuk itu yang ALLAH beri pada dia.
Hati teman berkata...tak mungkin!ALLAH tak akan beri petunjuk yang salah kerana... Suara wanita itu AURAT. Tubuh wanita juga AURAT. Senyum wanita juga AURAT. Maknanya...seluruh tubuh dan seluruh apa yang ada pada setiap wanita itu AURAT yang perlu di jaga. Masakan,ALLAH izinkan Amalina menyanyi kembali. Walaupun tidak yang mustahil bagi ALLAH,kita tahu keputusan tu SALAH! Keputusan tu tidak sesuai buat Amalina.
Teman tak kisah,jika Amalina nak menyanyi kembali.Itu hak dia... Ikut suka dialah! Tapi.. Mengunakan alasan telah mendapat petunjuk dari ALLAH itu yang salah!Kita…

BUDAK ZAMAN SEKARANG

TUA SEBELUM WAKTUNYA.

Sementara menunggu SPM,anak lelaki teman kerja kantin sekolah. Masalahnya? Dari pagi buta sampai malam buta!sampai teman rasa dia kerja lebih dari ayahnya.Pada teman waktu kerjanya melampau!
Dengan gaji sebanyak RM35.00.Dia berkerja membanting tulang.
Walhal...di rumah,sebiji cawan pun tak pernah di cuci.Sampah pun bersuruh,jika tak di tegur...bukan ulat je keluar,mungkin ulo turut serta.
Selalu dia tanya... Ibu suka tak dia kerja? Teman sebenarnya...tak rasa apa2,dia kerja tak kerja...tak memberi apa2 faedah buat teman dan suami.Pada teman,itu semua pengalaman hidup dia,teman sebagai ibu,ada banyak sebab untuk persoalan tu. 1-Teman suka,sebab dia dapat belajar berdikari. 2-Teman suka sebab dia tak habiskan dengan tido je. 3-Teman suka sebab dia akan tahu betapa susahnya untuk dapat duit 5sen. 4-Teman suka sebab dia belajar kemahiran hidup. Dan teman suka....sebab dia dapat belajar menghargai walau 5 sen duit yang dia ada.
Masalahnya? Hari2 dia kata ramai budak2 …

PENYAKIT KETURUNAN

YANG DI PANGGIL 3 SERANGKAI

Penyakit yang di maksudkan itu ialah DARAH TINGGI,JANTUNG DAN KENCING MANIS.
Mula2 kencing manis,lepas tu darah tinggi dan akhirnya....jantung.
Dapat 3 serangkai,maknanya....hidup hanya sementara.
Dah boleh le gi ngaji,gi belajar agar dapat SAHkan solat.

Adik beradik teman ada 9 orang,3 darinya berkemungkinan KENCING MANIS,3 darinya berkemungkinan DARAH TINGGI dan 3 darinya berkemungkinan JANTUNG.
Pembahagian yang samarata.
Dia akan datang samada kencing manis dulu atau darah tinggi atau jantung!

Siang tadi,dapat tahu adik lelaki teman masuk ward.
Teman tanya kenapa?
Kakak teman kata bisul je..
Teman tanya lagi...ok ke?perlu ke aku balik?
Kakak kata...tak perlu le,bisul kecik je..
Teman urut dada lapang,selamat!kalau tak...jemuih tengok jalan kosong kontang.

Mereka masukkan gambar baru dia sedang cucuk perut sendiri!
Teringat masa teman kena cucuk insulin sendiri.Itulah rupanya!
Untuk kepastian,teman tanya...
INSULIN KE?
Kakak teman jawap..YA!
Tak puas hati…

ROTAN ANAK BAKAL JADI KESALAHAN JENAYAH

Image
CADANGAN GILA DI TENGAH2 KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

Sana sini orang citer pasal isu ini.
Akta baru untuk ibubapa yang suka ROTAN anak2 .Menurut kata Menteri Pembangunan wanita,keluarga dan masyarakat.Rohani Abdul Kadir.

Ada yang setuju dan rata2 ramai yang tak setuju.Bila teman baca komen2 yang ada...kebanyakkan menyatakan terang terangan TAK SETUJU!
Teman pun sama...TAK SETUJU!

Mak Menteri...
Rotan untuk mendidik tak sama dengan rotan untuk mendera.Rotan mendidik,langsung tak ada lebam.Cuma mungkin ada line merah dan hilang sejam kemudian.
Come on Mak Menteri,masih banyak masalah lain yang anda patut teliti.Apa kena mengena rotan dalam suasana sekarang?
Bagi teman rotan tu sekadar untuk menghukum anak2 yang nakal atau yang tak dengar kata.
Bukan sampai 10 sebatan macam banduan kat penjara,sekadar pukul  tanda ingatan dan berharap anak2 tu serik untuk melakukannya lagi.

Zaman teman sekolah dulu..
Rotan di tapak tangan bagi yang tak buat kerja sekolah atau kesalahan2 yang kecil dan rota…

RAJA ABDULLAH ABDUL AZIZ AL SAUD MANGKAT.

Image
INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN

Teman tahu dia ni RAJA ARAB.Kaya raya!
Teman tahu segalanya tentang dia tapi...dia tak mungkin kenal teman.
ALmaklum...teman insan biasa,tak mungkin RAJA ARAB nak kenal dengan teman.
Sahabat kata..SEDO PUN DIRI TU!
Teman angguk....
Teman akui..siapalah teman kan?

Bila teman tahu dia meninggal,teman hanya mampu kata..Inna Lillahi wa ina ilaihi raji;un.
Teman tak mampu nak terbang menziarahi RAJA ARAB sebab keupayaan tak ada.Almaklum...orang biasa2 je.
Sahabat tanya  dia sakit apa?
Teman jawap...radang paru2,masuk hospital Disember lalu.
Sahabat kata...tq,rajin betul u membaca kan?tahu semua benda!
Teman hanya sengeh je,dalam hati...membaca kunci ilmu.

Beliau menjadi raja pada tahun 2006,beliau berperanan membawa perubahan sosial dan ekonomi bagi saudi,beliau juga lebih di kenali sebagai raksasa pengeluar minyak dunia.Seorang lembut dan penuh kesopanan.Beliau lahir pada tahun 1924 dan bermakna usia beliau hampir 90thn.

Raja Abdullah mula memimpin …

KISAH KITA DULU DAN ANAK2 ZAMAN SEKARANG.

JAUH BERBEZA BAK LANGIT DAN BUMI.

Dulu2..
Teman gi kerja jalan kaki,naik bas atau tumpang BF.Muahahaha!
Semua tu ikut keadaan,kalau dekat boleh jalan kaki,kalau jauh...mestilah kena naik kenderaan.
Kalau jalan kaki,mau tak sampai.

Dulu2..
Bila nak pergi kerja atau nak balik kerja...
Selalu buat baik kat BF(selalunya bukan BF istimewa,hanya BF untuk penglipur lara sahaja).Dengan kasut tinggi,mana maunya jalan kaki?mestilah paling sengkek,kereta Malaysia lah kan?
Tu dulu........
Masa tu,mak bapak kita mana lah mampu nak belikan kita kereta,sebab diaorang pun naik motor je!
Nak minta mak tambang bas pun mulut berat macam ada batu.Inikan pula suruh beli motokar!
Tobat lahom le tak dapat.

Tapi...
Amat beruntung anak2 zaman sekarang.Belajar pun dah boleh bergaya dengan kereta jenama terkini.Walaupun bukan kereta luar,kereta kita pun apa kurangnya.
Tetap ada keistimewaan yang kita patut tahu.

Anak pertama,teman belikan Myvi je.Itupun sebab dia kata susah nak gi kelas malam.Dia kena jalan kak…

BAPA GILA...

Image
TANAM ANAK PEREMPUAN HIDUP HIDUP.



Bunuh anak perempuan hanya berlaku zaman jahiliyah dulu.Lepas kedatangan islam,semua tu tidak berlaku lagi.Sehinggalah hari ini teman jumpa video ini.
Seorang bapa menanam hidup2 anaknya atas alasan anak berusia 10 thn tu PEREMPUAN.
Di ikat tangan dan di tutup mulut,kemudian dia tanam separas dada.
Dalam hati,ada lagi orang macam ni?
ish!ish!ish!...

Saksi kejadian melihat si bapa mengali lubang di taman belakang rumah untuk upacara pengkebumian anaknya,masa isteri tak ada kat rumah.
Nak di jadikan cerita,isterinya pulang dan segalanya terbongkar.
Paling tak boleh tahan...
Dia masih nak teruskan hasrat nak bunuh anak dia dengan meletakkan bakul rotan kat kepala supaya orang tak nampak kelibat si anak yang dah separuh badan terbenam kat dalam tanah.
Lepas orang kampung jumpa,apalagi!kena belasahlah di bapa durjana.

Ada lagi orang macam ni kan?
Tak tahu apa yang dia fikirkan tentang PEREMPUAN.
Dia tak perasan ke,betapa pentingnya PEREMPUAN dalam hidup di…

CERITA DUKA SEORANG LELAKI TUA

TGNA ULAMAK TERMASHYUR YANG DI KUTUK MACAI

Teman tak kenal dia,melalui akhbar,TV dan radio barulah teman mengenalinya.
Dulu2..teman tak kisah pasalnya.
Katalah apa pun!teman memang tak akan ikut serta.
Memuji jauh sekali,mungkin mengutuk atas fahaman politiknya.

Tapi...
Itu dulu..
Sejak teman tersedar dari mimpi,teman tak lagi mengeji tapi menyimpan hasrat untuk mendekatinya.
Itulah...TUK GURU NIK AZIZ,seorang lelaki tua,yang semakin lemah di mamah usia.
Selepas kejatuhan Anwar,kami mula memaling ke arahnya.Mengkagumi keupayaannya.Walaupun sederhana,namun punya aura tersendiri.Ilmu yang ada padanya,buat kita tersedar,bahawa kita bukan sepertinya,jauh sekali peribadinya dengan kita terutama teman bak langit dengan bumi.
Pernah ada ura2 dia bakal jadi PM,masa tu,teman dan semua kaum kerabat tak gembira dan tak menyahut berita itu sebagai berita yang baik,tapi menganggapnya sebagai satu berita yang bakal meruntuhkan Malaysia.
Ada yang kata...Tak layak lah!tak macam Mahathir.
Ada yang kat…

ZAMANI SLAM KENA TANGKAP!

Image
DIDAPATI POSITIF DADAH..



Teman suka suaranya,suaranya penuh keJANTANan!suaranya bak gemersik ombak di pantai,asyik dan leka di buatnya.
Teman kenal dia melalui nyanyiannya,walaupun teman tahu,dia tak kenal teman pun....
Alahai..biasalahkan?kita kenal artis tapi artis tak kenal kita.

Jarak teman dengan dia hanya 3thn je,teman tak le tua sangat untuk minat kat Zamani.
Tapi...dah bukan jodoh kan?
Jadi minat dalam diam je le...hehehe
Dulu...
Teman pernah tahu,dia suka CT.Alahai...CT isteri Dato' K...
Teman pernah terbaca satu artikel mengenai hubungan mereka.
Tapi...bukan jodoh,hubungan mereka tak kemana.
Teman juga,pernah baca dia habiskan masa menjaga emak dia yang sakit hingga meninggalkan dunia ini.
Dalam hati....baik Zamani ni,sanggup jaga emak dan tak fikir akan diri sendiri.
Kalaulah dia kahwin ngan teman,Fuhhh!hari2 teman suruh dia menyanyi live depan teman.
Sahabat kata...yalah tu!
Teman biasanya sengeh je....dalam hati,KALAU LAH!

Lama dia menyepi...
Tup2..
Kena tangkap angka…

MOJO ROMAN CINTA CALIPH BUSKER'S

Image
BAKAT YANG TERSEMBUNYI DEK KECACATANNYA..



Pagi tadi,sahabat teman tanya,akak tengok tak AJL malam tadi?
Teman geleng kepala,tak tengok TV langsung!Ada apa?
Dia tunjuk youtube penyanyi ini.
Dia kata...akak tengok sampai habis.
Teman dan seorang sahabat tekun mendengar dan menontonnya.
Bukan Youtube kat atas tapi Youtube anugerah muzik yang berlangsung semalam.

Masa gambar di besarkan,teman tengok muka dia...
Terlepas di bibir...buta ke?
Dia kata..ya!sedap kan suara dia?
Teman dan sahabat angguk setuju.

Menurut katanya,budak2 ni ada buat show kat Sogo.
ooo..patut le teman tak pernah jumpa,sebab tak selalu gi sana.Kalau pergi pun ,2thn sekali kot?
Jam dan hangat tempat tu buat teman tak minat nak menjelajahinya.
Almaklum,teman kat ada anak2 kecil bawah umur,jadi...takut terlepas pandang nanti.
Teringat Yin..
Dia pun hilang kat situ,syukur dia dijumpai walaupun dah botak tiada sehelai pun rambut.
Itu yang teman jarang nak ke Sogo dan kemungkinan selepas ni,nak juga melihat secara live bud…

INTRO BOLEH?

Image
APA KEBENDE LE KAN?


Pertama kali teman dapat pesanan ringkas ni dari rakan FB.Sebenarnya dia merupakan kawan FB yang teman tak kenal,kawan atas kawan le kiranya. Teman tanya suami,apa maksud dia? Suami balas...nak penampo le tu! Ngerikan dengar jawapan suami teman? Suami teman ni ok sebenarnya,tapi kalau ada omputih ajak kawan2 dengan teman,dia hanya kata... apa lah orang putih tu nak dari kamu?melainkan ajak buat dosa.Selalunya dia akan kata,DELETE JER!
Teman tak faham,teman biar kan je pesanan tu berlalu.Kali ke2 dia hantar lagi dan tulis... INTRO BOLEH? Teman tanya anak,apa mahunya? Dia kata..dia nak butir peribadi ibu.Siapa tu? Teman jawap..adalah!
Untuk tak menghampakan,teman balas macam kat atas tu le.. Laaaaa ni dia tak balas apa2. Teman tak faham lah!muka kat FB teman bukannya gambar tipu tapi ori punya. Tak de le teman edit tang hidung tang mata... Teman guna muka asli,yang pasti dah nampak ketuaannya. Yang pasti dah macam emak2. Tapi masih ada yang nak INTRO BOLEH?
Kepada an…

KREW KFC BERTUMBUK DI DEPAN PELANGGAN

Image
WAJAR ATAU TIDAK?



Kes2 macam ni selalu berlaku,tak kira kaum atau bangsa.
kejadian macam ni akan berlaku secara spontan.Silap cakap je...habis semua terhambur keluar dari mulut.
Sebab tu antara ciri2 orang yang nak masuk syurga ialah jaga lidah,jaga mulut.

Teman tak mahu hurai kes kat atas,sebab teman tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.
Jika kita perhatikan,mula2 seorang telah mencampak sesuatu kepada perempuan yang menjerit dan mencarut tu.Seseorang yang kita tak jelas ada di sebalik tembok batu itu.
Antara katanya...kau susah aku tolong.Maknanya...seseorang yang di marahi itu umpama anjing tersepit.Perempuan tu selalu tolong dia tapi dia mungkin bersikap sebaliknya.
Semuga perang mereka tak lama,semuga mereka kana berbaik semula.

Dalam hidup,tak semua yang kita impi akan kita dapat.Kecuali ibubapa kita dok atas duit,kecuali ibubapa kita pandai didik kita agar tahu simpan malu tu sikit.
Hakikatnya....
Bukan senang nak kawal marah,apatah lagi,disaat kehidupan penuh cabaran,di saat k…

KISAH RUMAHTANGGA

YANG PALING SENSASI AWAL TAHUN INI.

Tahun lepas,riuh le kata dia orang dah nikah.Bila tanya di lelaki,kata....NO KOMEN,bila tanya yang perempuan.....ayat berkias tu tetap ada,cuma tak jelas je.
Ok,fine..tak cakap terus terang pun...kita tak kisah kot?itu hak dialah nak bagitahu atau tak!
Tetiba....
Pejabat Agama maii rumah dan mengesahkan pernikahan mereka di sempadan Thailand.Tak tahu le kenapa nikah sampai ke sana,yang pasti....dah nikah dan semuga berbahagia.

Beberapa hari lalu,si perempuan keluarkan status macam di lelaki dah menikah lagi.
Hati teman berkata...nakal juga suami dia kan?nampak sopan je,tapi...nakal rupanya.
Pang pung pang pung....berlegarlah cerita mereka di alam maya ini.
Teman baca pun sebab dah lalu lalang depan mata.Itu pun tak menghayatilah sangat.Banyak isu2 yang lebih membina untuk kita ambil tau.Setakat kisah retis,kita abaikan je le.

Namun begitu,ada sesuatu yang teman nak kongsi.Iaitu sikap isteri tu sendiri.
Terlalu cepat mengadu di alam maya.Nampak tak m…

TREND TERKINI

Image
BERTUDUNG TAPI...SELFIE BERSAMA BUAH DADANYA..

Teman ada terpandang gambar2 perempuan bertudung tapi bogel.
Teman fikir,ada lah satu dua budak2 senget kepala.
Tak sangka,rupanya dah jadi trend masa kini.
SElFIE SAMBIL TUNJUK PAYU DARA!
Kegilaan apakah ini?

Teman malu sebenarnya,tak sangka perempuan melayu dah tak ada rasa malu lagi.Zaman teman dulu,ada juga budak separuh tiang macam ni,tapi masih ada maruah dan rasa malu.ROCK bagaimana sekali pun!Payu dara di simpan dalam baju.Laaa...ni....habis terjojol keluaq noo..
Sekali imbas,sebiji macam anak2 orang melayu,tapi..tiada yang mustahil di dunia ini,fitnah akhir zaman yang berluasan.
Dari tadi teman fikir awat lagu ni?
Tergamak betul mereka melakukan semua tu?
Ish,ish,ish...tak ingat dosa pahala budak2 ni.





Jika mereka orang islam,tak kisahlah bangsa apa!taubat lah nak....
Jangan suka sangat,jangan bangga sangat...
Ini semua hanya sementara sahaja.
Untuk lelaki,jangan lah minta yang bukan2,kesian orang perempuan.
Kalau nak berchatting,…

KES KANAK2 TERABAI...

Image
DAN DI DERA OLEH AHLI KELUARGA SENDIRI.

Sikap busy body adakalanya memang baik,dalam keadaan kau kau aku aku...
Sikap penyebuk memang ada baiknya dan sangat di perlukan di masa sekarang.

Kalau dulu,kita di tontonkan dengan terjumpanya seorang kanak2 OKU di rumah kosong,yang berambut kembang dan keras dan hanya tinggal tulang belulang.Ke cacatan buat anak malang tu kelihatan lebih daif.
Sampai sekarang,teman asyik memikirkannya...
Awat mak dia sanggup tinggalkan dia macam tu?
Dahlah OKU,lebih malang dia tak dilayan dengan baik.Ditinggalkan siang malam sendirian.hingga makan najis sendiri.
Pada teman...susah macam mana sekali pun!jagalah anak tu atau hantar ke JKM.
Mereka akan uruskan masalah anda cuma kena tahan telinga.
Tapi...sikit je,tak sakit pun,hanya panas hati sahaja.
Sahabat selalu kata...pandai je!mana u tau?
Teman selalunya hanya akan gelak je...biasa apa?

Semalam,hasil perihatin seorang guru,membawa kita kepadanya.
Dia yang di maksudkan baru masuk darjah 1,ibu kandung seoran…

AIR ASIA

DIKETEGORIKAN SEBAGAI PENERBANGAN PALING BAHAYA

Sudah jatuh di timpa tangga.
Dahlah malang bertimpa timpa,
Diketegorikan antara syarikat penerbangan paling bahaya.

AIR ASIA dan AIR ASIA ZEST FILIPINA menerima penerafan 3 bintang,AIR ASIA Indonesia hanya di beri 2 bintang sahaja.
3 anak syarikat kumpulan AIR ASIA di beri markah terendah dari aspek keselamatan oleh senarai yang di keluarkan AIRLINERANKING.COM
Melalui jumlah bintang yang AIR ASIA dapat,sah sahlah kumpulan AIR ASIA berada di ketegori syarikat penerbangan paling berbahaya di dunia.
Aduhai,di tengah keuntungan berlipat kali ganda,AIR ASIA terus menjunam ke dasar tak bertepi.Antara puncanya ialah kemalangan yang berlaku,di mana pesawatnya terhempas ke laut 28 Disember 2014 lalu.
Ia adalah tragedi yang melibatkan kematian pertama bagi kumpulan AIRASIA yang mempunyai anak syarikat hampir di kesemua negara Asia Tenggara.
Pencapaian amat memberangsangkan.
Untung hingga pemegang saham tersenyum riang.
Rugi?
Silapharibulan kerajaa…

MISI BANJIR

MASIH DI TERUSKAN OLEH RAKYAT PERIHATIN.

Semalam,kakak,abang ipar,adik dan anak2 saudara ke Pahang untuk bantu mangsa banjir di sana.
Hampir setengah bulan persediaan di buat,siang malam mencari sumbangan untuk di bawa ke sana.
Semua rakyat jelata tak kira bangsa akan bantu sedaya upaya.
Bila ke kedai membeli kasut sekolah,baju,tuala dan sebagainya,tuan kedai akan tanya,apa bikin beli banyak2?
kakak teman jawap..kami mahu bantu orang banjir Tokey.
Tokey jawap..itu macam kah?kalau macam tu,saya kurangkan harga paling rendah.Tak ada untung tapi balik modal.Semua kasut sekolah hanya RM10.00,tuala dan sebagainya di turunkan serta merta kepada harga paling rendah.
Kakak teman cukup gembira,boleh beli banyak barang keperluan.
Tokey cina itu kata....sebagai manusia,kita patut tolong,tak kira bangsa.kalau kita tak bantu,siapa lagi?
Kakak teman terkedu sejenak.Dalam hati...sebenarnya,hati rakyat Malaysia masih ada rasa sayang yang dulu.Sikap hormat menghormati masih wujud,siapa kata...perkuama…

LAGU YANG MENCUIT HATI

Image
LAGU YANG SERING MENGANGGU TIDO TEMAN..



Bila teman dengar lagu ni,teman akan ingat suasana di Vietnam.Lagu ini akan berkemundang  sampai ke pagi!selama 3 malam di sana,inilah lagu mengiringi langkah kami menyusur kedai2 baju dan tudung,kedai2 cenderahati yang mahu di bawa pulang.
Ianya benar2 menganggu teman.Menganggu hati teman dan sering mencuit kesalan di hati.
Bukan teman rindu sangat kat Vietnam,tapi ada sesuatu yang teman ralat masa kat sana.
Sesuatu yang teman simpan dari kawan2 teman.Jika mereka tahu,pasti teman akan di marahi oleh mereka.
Teman jadi seriau bila ingat2 balik,betapa kejadian itu mengajar teman supaya jangan mudah kesian pada manusia lain.Yang pastinya teman tak tahu hati budi mereka.
Bila ingat balik,kenapa aku mesti ikut je katanya,arahannya,sehingga teman tak boleh berkata apa2.

Macam mana sekali pun,teman tadah tangan syukur sebab ALLAH lindungi teman dan anak2.
Mungkin teman rugi duit je tapi teman masih ada anak2 dan teman selamat pulang kepangkuan keluarg…

BAJU KURUNG

Image
ADA MASALAH KAH?

Teman lewat mengulas isu BAJU KURUNG.
Sahabat tanya....tak ulas bab BAJU KURUNG?
Teman hanya sengeh...
Tak sempat,banyak koje wehh!anak2 baru memulakan sesi persekolahan,teman pun tak terkecuali berhuru hara bersama mereka.

Sejak kebelakangan ni,banyak sungguh isu2 remeh temeh yang di timbulkan,KPOP,retis bercerai,retis dapat anak....
Pendek kata...macam2 ada.

Ginilah...
BAJU KURUNG pakaian tradisional teman.Sejak dari dulu,BAJU KURUNG adalah peneman teman seharian di sekolah,di opis,majlis kahwin dan sekarang banyak teman pakai masa gi kuliah petang.Pada teman...tiada masalah langsung!tup,tup...timbul pula masalah gara2 BAJU KURUNG.
Hahaha...
Macam2 lah kan?Apa salahnya berBAJU KURUNG?

Pendekkan cerita...
Seorang anak gadis bersalah dari Sarawak telah ke SMK Sri Mutiara,dengan memakai pakaian tradisional melayu iaitu BAJU KURUNG.
Sebaik sampai,Pembantu kanan Sekolah ,bertanya samada dia Melayu atau Cina.
Setelah di beritahu dia berasal dari etnik Lun Bawang,Pembantu …