SUAMI TEMAN MINTA BUBUR

BILA TAK SIHAT JE...

Suami teman ni tak cerewet makan,cuma lauk jangan melambak di pinggan,nafsunya akan merundum jatuh ke bumi.Nak hidangkan pun jangan letak dalam keadaan berlecak!pasti tak di jamahnya.
Tahu ke maksud berlecak?
Comot dan selekeh,itulah yang dapat teman gambarkan.

Kalau dulu,teringin je makan bubur,zup!ke MCD.
Bubur ayam sedap di makan SATU!
Lepas makan kenyang perut sukalah hati.
Tapi tu duluuuuu...
Sejak dah ajar anak2 JOM BOIKOT MCD!
Teman tak lagi ke sana.Jika suami tak sihat,dia sahaja yang akan memecah tradisi pergi beli dan makan di mana2 asalkan bukan di depan mata anak2.

Bubur nasi ayam tu tak susah nak buat,cuma...nak makannya sikit,tapi nak buatnya tak kan le pakai periuk nasi beso!tapi...beras segengam!paling 3 atau 4 gengam le juga untuk menyamakan dengan periuknya.
Sahabat kata,..alasan!masak le guna periuk kecil.Tanak kat api!
Teman jawap...bukan tak mahu,banyak keje!leceh!silapharibulan LUPAAAA...
Sahabat kata...alasan!kalau malas kata je le malas!
Teman jawap lagi...bukan malas tapi.....jimat,beli kat MCD tu baru berapa ringgit,kalau masak sendiri,dengan beras dengan gas bagai...jadi lagi mahal!
Sahabat kata... alasan lagi!
Teman hanya tersengeh,memang pun teman banyak alasan.

Dulu...
Masa teman jaga Taska,dalam seminggu pasti ada sekali BUBUR NASI AYAM.Semua orang akan makan hidangan bubur.
Nak tahu bila?
Bila teman MALAS!bubur nasi paling sesuai di tanak dan di hidangkan.
Bubur nasi teman special wehhh!bukan sebarangan...
Nak resepi?
Boleh...ustaz kata,antara pahala yang akan mengalir bak arus sungai ialah ilmu yang di manfaatkan.
Baca betul2,jangan tak jadi salahkan teman ya,salahkan diri sendiri.
Beras wangi atau beras hancur-masak macam biasa.Letak air banyak jika nak buat bubur.Tak kan le tu pun tak tahu....
Ayam potong kecil
Bawang putih+halia+lada hitam-tumbuk lumat dan perap dalam ayam berserta sikit minyak masak dan sikit minyak bijan.
Lepas bubur masak,masukkan bahan yang di perap dan didihkan lagi.
Garam
lada sula sikit
dan letak perasa jika nak sedap lagi.
Apa?
Tak pakai perasa?
Mana ada orang tak pakai perasa.Curi2 tetap bubuh juga...
Tak pernah pakai?
Ok....suka hati!
Sebelum angkat,campakkan bawang goreng,daun sup dan makan.
Sesuai untuk orang sakit gigi,baru lepas cabut gigi,demam dan segala macam penyakit yang lain.Opss!jangan tak tahu...bubur baik untuk cuci perut
Sekian...

Suami teman baru cabut gigi,teman tak tahu nak saji apa kat dia,orang lelaki kalau sakit,pantang mengalahkan perempuan!kalau perempuan beranak pun dia suruh makan ikut menu dia.walhal....beranak lagi kuat pantangnya.Kita perempuan tak leceh,makan je walaupun hati tak suka.
Teman tanya nak makan apa?
Dia jawap bubur pun sedap.
Teman kata...beli MCD  pun ok,kamu beli dan tukar bekas.
Suami kata...opss!dia sibuk ada kerja yang perlu di selesaikan.Dunia makin moden,dari rumah pun boleh meeting dengan boss!
Teman jawap...ok..
Teman pun dengan semangat baru turun dan buatkan bubur..
Lepas bubur siap,teman sendiri kata....dia hanya akan makan semangkuk kecil atau langsung tak makan!

Masa dia turun,dia lihat bubur nasi dan berlalu pergi.
Dalam hati teman...karete juga ni kang,orang dah buat tak mahu makan!tak buat nanti dikata nya malas!ish!

Apa2 pun...
Tulah suami teman,nampak tak cerewet tapi macam cerewet.
Nampak tak kisah tapi.....ambik kisah juga!
Yang pasti...
Bersyukurlah suami,ada makanan.Orang kat tempat perang tu makan apa yang ada je.
Habuk biskut,roti campak kat jalan je...
Semua di makan dengan lahapnya.
Bersyukur lah....


Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?