SELAMAT TAHUN BARU 2015

SELAMAT TINGGAL 2014

Sahabat tanya..
Tak kemana ke?
Teman jawap..tak,tak tahu nak kemana..
Sahabat tanya lagi...
Mak aiii!kan banyak tempat boleh pergi?
Teman jawap..
Taklah!suami saya kerja esok..
Sahabat tanya lagi..
Esokkan cuti?
Teman jawap....kerja banyak,tak boleh cuti...Lagipun,kat Malaysia tahun baru tengok bunga api.bila bunga api ada,maknanya tahun baru lah tu!boring kot?
Sahabat gelak tanda setuju dan perbualan berakhir di situ.

Jujur le teman nak kata..tahun baru ke tahun lama ke...hidup tu sama je.Dalam usia macam ni,tiada lagi  semangat nak sambut tahun baru,apatah lagi dalam keadaan banjir melanda di kawasan2 malang.Kita tak dapat membantu,memahami mereka pun dah kira memadai.
Kadang2 bila makan,ingat mereka,hati tercuit juga..
Tapi..
Apa nak buat....tak tercapai kaki nak ke sana,hanya sumbangan dan doa mengiringi keperitan mereka.

Perasan tak?tahun 2014 banyak memori pahit untuk kita semua.
MH370 hilang..
Naik minyak,naik harga gula,naik itu dan naik ini.
MH17 kena tembak
Dan macam2 lagi..
QZ8501 penutup tahun 2014.
Semuanya sesuatu yang kita tak jangka berlaku.
Tapi..itulah,tak sangka2,ianya tetap dah berlaku.
Banyak yang merintih pilu..
Untuk kita yang tak ada kena mengena,hanya tumpang sedih walaupun tak betul2 sedih.
Kaum keluarga meratap hiba,kita hiba juga tapi tetap tak sampai di hati.

Sahabat tanya...ya ke?
teman jawap...ya!kita tak boleh hipokrit,kita sedih tapi setakat tu je...
Kita doa,kita nangis tapi setakat tu je....
Kita tak selami hati mereka sebenar2nya.

Kapalterbang hilang,ghaib atau jatuh terhempas,buatkan kita gementar.
Takut nak naik kapalterbang.Sebelum teman terbang,teman sedia apa yang patut,kemas almari,kemas laci....seandainya teman tak balik2,setidaknya almari teman dah kemas tersusun untuk anak2 cari kain batik lepas.Untuk cari tuala baru...
Yalahkan...masa mandi nanti,tak lah anak2 guna tuala koyak,tuala lusuh..
malu lah kan?
Bila anak kecil tanya masa kapalterbang nak naik ke awan.Ibu!takut hilang!
Teman tersentak juga.Anak berusia 7thn pun memahami resiko naik pesawat.
Apa yang teman boleh jawap....
ALLAH Jaga kita...
Yakin!selamat pergi dan kembali.

Siang tadi,anak lelaki teman kata..
Dalam waktu terdekat ni,ibu jangan gi mana2 tau...Tunggulah keadaan pulih seperti sedia kala.
Teman kata...ibu nak naik haji atau nak gi umrah?
Dia kata...tunggulah dulu,jangan waktu terdekat ni.
Dalam hati....anak2...dalam nakal2 dia,masih perlukan aku..huhuhu...
Teman jawap mudah je...kita tak boleh kata macam tu,semua tu ALLAH yang tentukan.Kalau nak mati,kat atas kerusi ni pun boleh mati!
Anak teman jeling je...
Mungkin dalam hati dia,ada aje jawapan ibu ni.Orang kata ini dia jawap itu!
Citt!

Tahun 2013,teman gi umrah satu keluarga.Pada teman....itulah pencapaian paling bermakna buat teman.Tahun 2014,tak dapat kongsi apa2 yang menarik.Hidup teman biasa2 je...
kalau orang tanya apa yang menarik untuk 2014?
teman sendiri tak tahu nak jawap apa...
Biasa je...

Opss!satu yang teman ingat...
Satu lagi anak teman tamat sekolah!
Yes!itu je kenangan pahit yang teman ada...
Bukan senang nak jaga anak hingga tamat persekolahan,banyak rintangan yang datang.
kalau boleh kita nak anak2 kita jadi macam AHMAD AMMAR ketegori mati syahid
Kalau boleh kita nak anak kita jadi macam SYED MUZZAFFAR dapat naik ke bulan.
Kalau boleh anak kita jadi macam ALIF anak arwah Syarifah Aini yang solatkan jenazah ibu.
kalau boleh kita nak anak2 kita cemerlang.
Tapi..
Kita merancang,ALLAH jua yang menentukan.
Semuga anak2 teman menjadi orang2 yang berguna didunia dan di akhirat.

Pada teman,tahun berganti,maknanya umur makin bertambah.Teman tak lagi muda,dah hampir ke 50thn.Sebenarnya teman tak suka tahun tu pergi,kalau boleh biar dia maintain macam tu je...
Tapi...
Apakan daya..
Putaran waktu akan pergi meninggalkan kita.
Kita suka atau tak!masa tu tetap pergi...
Sebab tu...orang selalu kata...Masa tu Emas!
Jika dia pergi,maka kita tak akan jumpa lagi...
Masa tu sekali sahaja datang dalam hidup kita.
Walaupun tampak sama,sebenarnya ianya berbeza...

Selamat tinggal 2014 dan selamat datang 2015.
Tiada azam,sebab azam lama tak tercapai capai.Hanya berharap...agar segala urusan di tahun 2015 akan di permudahkan oleh ALLAH,semuga tahun 2015 akan memberi banyak kebaikan dalam hidup kami,semuga tiada malapetaka lagi yang kita semua bakal hadapi.Mohon ALLAH lindungi kita semua dari segala keburukan dan perdekatkan kita kepada kebaikkan.
Semua kita semua sukses dalam kehidupan di muka bumi ini.
amin...


Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

THAQIF