ROMBONGAN CHE KIAH (AKHIR....)

17HB DISEMBER 2014

Hari terakhir,tiada yang banyak di ceritakan.Semalam,teman sedih,hari ini....
Teman gembira sebab teman nak balik!
Teman dah tak kira....
Vietnam bukan tempat idaman teman...
Biarlah,penduduknya berjuta!biarlah mereka dengan motosikal,dengan corak kehidupan lama mereka.Teman tak peduli!yang teman tahu!teman nak balik!TITIK.

Ada berbagai kenangan manis dan pahit teman temui.
Manis?
Pastinya bersama anak2 dan kawan2 meneroka bumi Vietnam.
Pahit?
Bila kena tipu terang2!Dan teman tak boleh buat apa2.Nak menganas takut sebab tempat orang,apa yang boleh dibuat,maki dalam hati.
Terlalu banyak sifat belas kasihan,bakal menjerat leher kita sendiri.
Bila keluar dari sarang kita.Sila buangkan semua sifat prasangka baik pada orang,sebab orang tak begitu terhadap kita.
Selagi mereka boleh sembelih!mereka akan terus sembelih hingga kita tinggal seluar dalam dan coli je.

Mujur teman tak ikut hati,kalau tak..suami teman mesti garu kepala yang tak berapa nak gatal tu!
Masih ada berbaki.Maknanya teman antara perempuan yang bijak berbelanja lah kan?
Masa teman kata nak ikut rombongan ni,suami teman pelik tahaf gaban.
Suami kata...kat Jalan Tuanku Abdul Rahman kamu tak mahu beli,kat Vietnam yang banyak barangan ciplak yang kamu pergi!
Teman hanya kata...boleh lah....
Dah nama lelaki,pantang kita gedik,mesti dapat apa yang diingini,Rosmah Mansor kata setiap isteri mesti ada CARA untuk tundukkan suami.Pada teman...tak payah lah nak CARA bagai!cakap elok2 pun dia orang bagi apa jua yang kita nak kan.Asalkan tak mintak kepala dia je.
Suami teman pernah kata....JANGAN MINTAK!kalau dah minta,sebagai suami mesti beri lah kan?
Kak Mah konon2 macam dia je yang suami layan,suami orang lain pun layan juga isteri masing2.
Pucuk pangkal....duit kak Mah oiiiiii!
Kalau Abang Jib tu noreh getah,ingat nak layan ke cekadak Kak Mah?
Sendiri mahu fikirlah!

Dulu...teman tak terfikir pun nak jejak kaki kat Vietnam.Pada teman,negara mangsa perang tak maju,mundur..
Sebaik memijak kaki di buminya...
Teman kata dalam hati...oklah juga.Tak le teruk sangat seperti yang kita bayangkan.
Walaupun tak secantik negara kita,negara mereka juga boleh tahanlah juga.Sibuk dan memiliki kepadatan penduduk yang hampir 13JUTA orang.

Sebelum pulang,teman menarik nafas panjang.
Teman tak bercita2 lagi nak ke mari.Suami teman tak minat!dia kata...tolonglah...jangan bawa dia ke negara2 sesak macam ni.Kalau teman nak pergi,dia izinkan teman pergi dengan Rombongan Che Kiah sahaja.Pada dia,kesesakan ini sangat memualkan.

Sahabat teman kata....belilah emas putih,intan berlian.Barang kemas diVietnam bermutu tinggi!
Teman hanya jawap...tak pe lah,saya tak minat.Kalau kamu nak beli,silakan....
Teman bukan tak mampu,tapi teman tak rasa ianya satu keperluan.Lagi pun,teman tak suka menjerut tangan dan jari dengan semua benda tu.Teman lemas!kalau teman pakai,esok pagi..cincin tu entah ke manalah.Di cabutkan dalam tak sedar.
Bila pagi,baru selongkar cadar,mencari cincin yang terpelanting.

Kesimpulannya...
Benar,tiada apa aktiviti yang menarik di Vietnam kecuali membeli belah.
Membeli belah sahaja,tak guna juga kalau WANG tak ada..
Pada teman,kemungkinan besar,inilah lawatan terakhir teman di Vietnam yang mengajar teman erti kehidupan sebenar yang ada di mana mana sahaja.
Penipu,penjahat,pengemis,perompak ada di segenap ceruk rantau dunia ini.Mungkin Malaysia juga tak terkecuali.Mungkin ramai yang dah tobat lahom untuk ke negara tercinta kita.
Hanya ALLAH sahaja yang melindungi kita dari segala keburukan.
Selamat tinggal Vietnam,maaf,hati ini tak jatuh di bumi indah mu itu.
Izinkan teman menyimpan sedikit kenangan untuk tauladan di masa depan.
Kepada rakan taulan yang sama2 meneroka Vietnam,lepas ni kita gi tempat lain YOK!

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KUIH RAYA