PERSEDIAN KE VIETNAM

PEREMPUAN MEMANG SUKA MEREMEHKAN KEADAAN!

Semua benda nak di angkut sekali.Kalau boleh satu gobok nak bawa pergi.
Tak tahu kenapa?
Semua barang2 peribadi rasa penting,walaupun pergi hanya untuk 4 hari sahaja.
Mula2 nak bawa beg kecil,almaklum...baju untuk 4 hari termasuk pergi dan balik.Campur dengan baju Aaliya,rasa2 teman beg kecil pun cukup.

Teringat nak bawa kettle sendiri.Suami kata kenapa nak bawa sendiri?teman jawap...teringat ada satu artikel di majalah Saloon,seorang pengemas bilik selalu jumpa k****m kat dalam kettle hotel.Sampaikan pengemas tu ,ada satu pen hanya untuk angkat k****m tu keluar.
Buekkk!tu yang teman tak sanggup.
Opps!rahsia,tak ada siapa yang tahu teman bawa kettle,hahahaha!kalau tahu...pengsan teman nak menjawap soalan.

Kat Malaysia pun kita susah nak jumpa makanan2 halal,apatah lagi kat Vietnam?Pasti lagi terukkkk!
Teman nak bawa maggi,milo 3 in 1,roti untuk Aaliya,dan sedikit makanan ringan hanya untuk persediaan.Sebab tu,kat Malaysia teman selalu dok kat DPalma,pada teman,hotel orang islam tu paling bersih!walaupun mungkin lebih kurang je dengan hotel yang lain.Paling tidak teman tak ada perasaan was was.

Kalau boleh teman nak bawa air sendiri.Majalah Saloon juga ada kata...Kalau boleh elakkan minum air terus dari bilik air..
Air tercemar selalu berlaku di hotel.
Kadang2 mayat orang pun ada kat dalam tangki.Tahu2 dah kembang semangkuk!...

Teman nak bawa tuala 2 helai.Suami kata..kat hotel kan ada?teman jawap...kotor!teman dah biasa bawa tuala sendiri walaupun dok kat hotel 5 bintang!Pada teman....tuala kat hotel tu kotor,kadang2 ternampak juga,pengemas bilik lap dinding guna tuala terpakai yang kita campak kat tepi2 dinding.Teman bukan menuduh tapi kadang2 bila kita lalu,kita akan nampak perbuatan pengemas bilik tu.Tu yang teman jadikan tauladan.Tapi kadang2,teman gunakan juga,sebab tak terbawa tuala dek baju yang melambak.

Teman nak bawa selipar,geli.....pijak bilik air hotel..
Kalau kat Malaysia,teman bawa gebor sendiri.Mak aiiii!gebor pun bawa sekali?Muahahaha...
tulah perempuan,meleceh!

Teman nak bawa pinggan dan cawan sendiri.Teman tak berani nak guna yang ada sebab ketua rombongan kata....setiap pagi,kat restoran hotel tu ada kepala B**I.Macam mana tu?teman jadi tak keruan.Bab kebersihan dan kesucian amat meragukan.

Persediaan teman untuk ke Vietnam lebih teliti daripada teman nak ke Singapore.Pada teman negara maju,rakyatnya lebih bertamadun.Dan mereka ada ilmu untuk menjadi manusia yang pembersih.Adik teman yang pernah dok setahun kat sana,banyak cerita macam2 cerita pelik yang berlaku.Pada teman....beringat lebih baik daripada main redah je.

Ketua rombongan kata...kat sana dah ada restoran halal,hanya depan hotel je..
Teman tahu,tapi...sebagai penyelamat,roti dari Malaysia sudah memadai.Paling tidak teman tak mati kebulur.
Suami kata...kalau nak gi negara orang ,kena belajar bertawakkallah!
Tapi...bagi teman,kita masih ada pilihan.Kita masih ada masa buat persediaan.Yang pasti...hati tak was was itu lebih baik daripada ada prasangka buruk yang memakan diri.

Yang pasti...
Teman hanya fikirkan keselamatan untuk ke sana.Dalam keadaan MAS di intai negara luar,teman dan kawan2 berhadapan dengan isu pembantaian rakyat Vietnam di sini.
Teman dah tak kisah makan minum lagi,yang teman harap...
ALLAH pelihara perjalanan kami.Semuga kami akan selamat pergi dan kembali.Semuga perjalanan kami di berkati.
Jika belaku sesuatu pada kami...
Maafkan lah segala dosa kami..
Halalkan makan minum kami...
Dan....
Doakan agar kami sejahtera di sana.
Amin.




Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?