PERSEDIAAN UNTUK SESI BARU PERSEKOLAHAN

TEMAN DAH SIAP LAMA DAH!

Masa anak satu,semua tu celah gigi je...
Almaklum,anak seorang...umur 4thn teman dah hantar ke Tadika.Sebut le berapa harga,teman pasti boleh melangsaikannya.
Masuk anak kedua,anak pertama dah masuk darjah 1,sebab anak2 teman selang 2thn setiap seorang.Masa tu teman hantar anak ke sekolah agama swasta.Dengan bayaran sebanyak RM130 sebulan,teman masih steady....
Masuk anak ke tiga,anak kedua masuk darjah satu dan yang sulong masuk tahun 3.Masa ni,belanja makin bertambah.Tapi..masih kuat lagi.setiap bulan,belanja anak2 ditepikan dulu.Bayar hutang lain,bakinya barulah untuk kami suami isteri.Masa dah ada anak2,tiada istilah joli2,semua hanya untuk mereka.
Bila anak ketiga masuk darjah satu,ketiga2nya teman hantar di sekolah yang sama.Bayangkan?setiap bulan RM390.00 teman kena ketepikan untuk yuran,belum lagi duit van,belum lagi duit belanja.Tapi...syukur,belum pernah kami tak makan walaupun duit gaji tak le banyak mana.

Tahun berganti tahun,anak2 melangkah ke alam persekolahan setiap tahun.Setiap tahun,ada sahaja penambahan yang kami kena agihkan.
Teman dan suami dah mula goyang.Masa tu buku teks kena beli sendiri.Baju2 paling tidak dua pasang untuk seorang,kasut pun sama...
Teman dan suami tetap gagahkan juga.Kawan2 kata...buat apa hantar sekolah agama?sekolah kebangsaan kan ada?
Teman hanya mampu kata...saya tak pandai agama,saya tak boleh nak ajar agama untuk mereka.Sebab tu saya hantar mereka ke sana,paling tidak,mereka akan faham asas2 agama kita.
Tu je jawapan yang mampu teman beri,pada teman....suka hatilah!teman nak hantar anak2 ke sekolah mana!bukan teman minta duit hangpa pun!

Saat paling tertekan,bila anak2 teman kesemuanya bersekolah!
Bayangkan?
5 orang sekolah serentak!
Bayangkan?
Dari tadika hingga tingkatan 5!tak termasuk sekolah agama swasta yang kenakan yuran sebanyak RM150 seorang.
Bayangkan?
Setiap seorang 2 pasang baju dan kain,2 pasang kasut dan buku2 latihan yang melambak tapi tak pakai!
Bayangkan?
Duit belanjanya lagi pagi dan petang!
Bayangkan?
Belum lagi baju koko bagai!
Bayangkan?
Duit minyak pergi balik pergi balik!
Bayangkan?
Betapa senaknya perut teman dan suami.
Bayangkan?
Betapa huru haranya teman setiap hari..
Bayangkan?
Betapa sukarnya hidup teman dan suami,dalam kegawatan ekonomi..
Bayangkan?
Betapa ligatnya kepala teman dan suami mencari sumber...
Apatah lagi,menteri pandai cakap je...
Tapi..tak pandai nak mengatasi masalah.
Sebab tu....bila PR minta pengajian percuma,teman setuju!
Bila ada yang tak setuju!dalam hati teman berkata kata....kenapalah bodoh sangat!bila pengajian percuma kita tak perlu cari duit untuk tanggung sekolah anak2.
Sahabat teman ada kata...sekolah anak2 kan tanggungjawap kita?
Dalam hati teman....kau kaya raya!boleh le cerita.Orang yang miskin macam aku ni ahh!terkencit lah cari duit!
Sahabat kata lagi....kita kena pandai berjimat,jika kita pandai berjimat pasti boleh tanggung sekolah anak2.
Dalam hati teman...yalah!gaji kau banyak!boleh le cakap lawa...orang yang gaji ciput,nak jimat apa lagi!barang naik tak turun2,tapi gaji tetap sama!Citt!
Kadang2 orang cakap senang,kita yang menanggung ni tahu susah payah nak teruskan hidup.

Tapi..tu dulu,anak2 makin lama makin beso,seorang demi seorang tamat belajar,tapi...jangan fikir hidup akan berubah,sebenarnya makin teruk!
Anak2 beso,belajar U lagi banyak pakai duit!
Kalau dulu,baki duit RM10.00 pagi dan petang.Tapi sekarang.....RM1000.00 sebulan seorang pun masih tak cukup.Duit kereta,minyak kereta,buku2 lagi...(walaupun bajet untuk tolak income tax hanya RM700.00 setiap keluarga)sebenarnya belanja mereka hanya untuk buku sahaja,lebih dari itu!

Masa anak2 kecil,belanja mereka masih ok lagi,bila mereka keluar....kewangan kita makin meruncing!
Kadang2 kesian suami teman,cari duit siang malam pagi petang!tapi tetap macam tu je...
Masih pakai kereta biasa2 je,masih pakai kasut biasa2 je...
Kalau masa muda mampu pakai BALLY SPORT!sejak beranak ramai...suami teman pakai apa sahaja.
Begitu besar pengorbanan seorang ayah.
Rasa2nya tak terbalas dek anak2.

Tapi...hidup kita tidak begitu sahaja.Berkat kesabaran,makin lama makin baik...
Tahun 2015,anak2 teman hanya 2 orang sahaja bersekolah.Syukur...teman masih mampu sediakan peralatan sekolah mereka.Masih mampu beli buku2..
Teman masih mampu,beli baju jenama Canggih!kasut jenama baik sikit.
Tapi...teman tetap cari yang murah jika ada peluang.Walaupun teman mampu,teman masih ikut adik teman beli baju kat Setapak Kuala Lumpur.Adik teman kata....baju2 kat situ murah2,teman tak kisah,teman beli juga....
Bila belek2 baju2 kat situ,memang murah,baju kemeja putih saiz budak 11thn hanya sekitar RM19.00 satu.Seluar juga macam tu,tak lebih RM25.00.Bagi teman boleh je,asalkan berganti.
Jika di bandingkan dengan jenama2 lain,beli kat Setapak lebih murah.
Suami kata...macam kat pekan kita tak ada!
Teman jawap...dah adik kata kat situ murah!kang tak ikut dia kata sombong!berlagak!walhal...anak dia tak gi tuition pun boleh dapat SPM 9A!anak dia pakai baju jenama murah je,tapi dapat biasiswa Petronas!anak kita pakai Canggih!tapi tak dapat penaja!kena bayar sendiri!
Muahahaha!

Bagitulah kenangan yang ada si ingatan.Teman akui,memang susah nak sambut sesi persekolahan baru.Sebab tu,tahun baru tak memberi makna pada kita ibu bapa.Lain lah zaman dulu,belum ada tanggungjawap lagi!
Sejak dah jadi ibubapa....sebenarnya tahun baru itu menambahkan masalah,mengempiskan kocek,mendebarkan dada je.
Sebab tu,teman tak rasa apa2 pun bila tahun baru menjelma.
Bagi teman,tahun baru hanya untuk tengok bunga api percuma je..

Selamat menyambut tahun baru buat semua.
Kebetulan sesi persekolahan di tangguhkan ke 12hb Jan 2015,teman mengambil kesempatan untuk sampul buku,jahit lencana dan pendek kan kaki seluar anak.
Kepada semua ibubapa,bersabarlah...jangan panik,kalau mampu,belilah baju baru,jika tak...pakailah baju lama,rendam dengan clorox pasti putih kembali.
Kasut pun pakai lah kalau tak mampu nak tukar,beli kapur dan kasut akan kelihatan baru.
Stokin lama juga masih boleh di gunakan,jika getah longgar,guna getah tempe,dah letak di situ,pasti stokin akan kekal setempat.
Beg begitu juga,gunalah kalau tak mampu nak beli,kalau koyak jahitlah sikit.Jangan panik!tak ada masalah yang tak boleh di selesaikan.Yang penting....
KREATIVITI anda...

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

THAQIF