NASI PADANG ALA ALA MODEN

TAK AKAN LAGI KU JEJAKI LAGI

Teman gi Kolompo,ngikut suami duty.Sibuk benor suami teman hingga teman terpaksa dok menanggok depan rumah adik teman.Sebab masa teman sampai,dia keluar gi makan makan.
Selalunya teman tido kat DPalma je,mudah senang dan tak payah berkemas,atas permintaan anak2 kecik teman yang nak bersukaria 24jam!teman ngikut tido rumah adik demi mereka.

Bila teman ke Kolompo,anak2 dara teman antara agenda penting yang terpaksa ada dalam jadual lawatan.Walaupun tak tido sama2,jumpa mereka tu WAJIB.Tak boleh tidak...
Sepanjang perjalanan,mereka call hanya untuk tanya bila teman sampai?
Teman nak mencilok ke KLCC pun tak sempat.
Teman terus di tinggalkan sebab suami kena cepat sampai ke destinasinya.

Ibu sampai pukul berapa?
Teman jawap dah sampai tapi dok kat luar rumah,Mak Lang gi makan kejap.
Ibu ok ke?
Teman jawap...ok,tak pe,ibu tunggu Mak Lang ,kejap tu kot?
Betul ke ibu Ok?atau Aina datang sekarang?
Teman jawap....ok,kejap lagi Mak Lang balik le..
Ibu nak makan kat mana?
Teman jawap...suka hati Aina lah,ibu ikut je..
Kita makan kat Bangsar ok tak?ada kedai baru buka...
Teman jawap..kedai makanan apa?
Adalah...ibu tak kisah kan?
Teman jawap....ok,tak kisah,lepas maghrib ambik ibu,ambik adik baru gi makan.
Ok...ibu tunggu tau!
Teman jawap..ok

Lepas maghrib,kami pun pergi le ke kedai makan tu..
Susun atur?
Mesti le GEMPAK!
Menu?
Pun GEMPAK!Lauk pauk dari Indonesia.
Kami pun order mengikut gambar kat menu.Nak ni,nak ni,nak ni....
Restoran hebat di miliki oleh individu hebat kat Malaysia.Bila sebut je,pasti satu Malaysia kenal.
Dari si bapa,anak2,menantu semuanya orang hebat2 belaka.Almaklum bapa menteri,anak pun akan di panggil anak menteri le juga.
Teman tak cemburu,pada teman oklah tu!orang islam kaya,boleh le bantu orang islam miskin.Tak gitu?

Set makan sampai...
Jeng,jeng,jeng...Semua dalam size mangkuk kecil.
Sambal garing bilis hancur,dalam 2 sudu je rata di pinggan harga RM10.00,mungkin tambah sesudu lagi harganya berubah jadi RM15.00.(size beso)
Ayam masak lemak cili padi,4 ketul kecil2 harga RM12.50
Ayam sambal hijo,4 ketul juga harganya sama dengan kat atas.
Anak dara teman order lagi menu ayam dalam jumlah yang sama dan dengan harga yang sama.
Terong berlado 3 potong panjang 2 inci harganya cuma RM8.00.
Nasi putih mangkuk paling kecil hanya berharga RM3.00 semangkuk.
2 potong kek berbagai rasa,(size lebihkurang kat SR)hanya berharga RM30.00 sahaja.
Air?
Harga bawah RM10.00 setiap satu.

Ginilah...
Teman pun bukanlah berkira sebenarnya.Asalkan ada rasa teman makan je.Hidangan yang teman makan semalam,sama macam kat kedai Nasi Padang atau kedai orang2 Minang,yang melambak kat luar sana,cuma tak berbaloi dengan harga.
Hanya kerana si empunyanya orang hebat!harganya jadi mahal tak tentu arah.
Teman bukan apa,kesian...berniaga pun ada 'undang2' dalam islam,ambik untung jangan ganda2,tak baik...DOSA!
Kalau setakat menu macam tu,sejuk beku...teman rasa tak tertelan.Teman makan juga hanya nak jaga hati anak2.Walhal,selalunya teman tak masuk pun kedai Nasi Padang....
Pada teman elok lagi makan kat tempat lain.Boleh le panaskan perut teman ni sikit.
Malam2 buta,mana ada orang makan Nasi Padang?
Citt!

Tobat lahom teman tak akan sampai lagi.Siapa pun orang tu,teman apa peduli!
Teman bagitahu anak2..
Tak payah pergi lagi kat kedai ni,kat luar banyak lagi kedai nasi padang yang lebih baik dari ini.
Jangan hanya kerana dia orang hebat!kita nak terhegeh2 makan kat kedai dia walaupun CEKIK DARAH!
Kita jangan cuba tutup kekurang itu hanya kerana nak tengok muka orang2 hebat tu.
Bagi teman,mereka yang kaya,kita?tak perlu le nak beriya iya sangat.Tak dapat apa2 pun...
Kebetulan mereka ada di situ,bersuka ria,makan bersama.
Kita?
Menikmati makanan sejuk yang pada teman..tak adalah hebat sangat!

Isyarat pertama anak dah kesan,sambil makan...
Aina tahu,ibu tak akan datang lagi.
Teman hanya senyum,kebetulan ada kawannya,teman kena sopan sikit.
Aina tahu,ibu tak suka...
Teman hanya angguk lemah.Dalam hati...dah tahu kenapa bawa juga?
Aina tahu,banyak faktor yang buat ibu tak habis makan...
Teman bagi alasan,dah kenyang lah...

Lepas makan..
Kawan anak teman tanya...
Berapa aunty nak beri kat restoran ni?
Teman jawap...tak ada!
Mereka gelak je,anak teman kata...
Dah agak dah!ibu tak suka...
Dalam hati,kalau dah tahu ibu tak suka,awat hang bawa juga?
Cittt!
Menghabiskan duit je.
Citt!

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?