MEL KENA STROKE

MEL TU SIAPA?

Mel tu bekas penyanyi kumpulan Wings,lepas Awie blah dari Wings sebab nak nyanyi solo,Mel diambil sebagai penganti.
Nak tahu tak?Teman pun tak berapa kenal dengan Mel,disebab kan teman suka muzik.Semua lagu teman suka dengar.Janji ada lirik ada muzik....Jalan!

Lama dia menyepi,teman ada baca  satu artikel yang kata..Lepas tinggalkan Wings,Mel berjinak pada lagu2 berunsur ketuhanan.
Sah!rock bagaimana sekali pun!akhirnya kita akan balik pada pangkal jalan.

Sahabat kata...apa kena mengena dia dengan u?
Teman sekadar gelak je,memang tak ada kena mengena tapi...teman ada pengalaman menjaga 2 orang pesakit stroke.
Menerima berita mereka sakit pun dah buat jantung kita luruh.Apatah lagi menjaga mereka.
Abah teman,kena stroke ringan,masih boleh bercakap walaupun anggota badan sebelah kanan tak berfungsi.Abang teman,berumur 37thn juga di serang stroke.Stroke dia lebih teruk dari abah teman.Langsung koma dan tak kenal sesiapa hampir setahun.
Lamakan?
Abah teman sakit,teman masih sekolah..
Masa tu tak faham apa2 lagi...
Masa tu kita ingat suka je...
Kesian emak teman,kena tanggung sorang2.
Masa tu,tak ada siapa yang beri cadangan...rumah boleh dapat free,socso boleh dapat tambahan.Masa tu,emak teman tak tahu apa2 pun...
Lepas teman beso,baru teman tahu semua tu...
Bila tanya balik kat bank,mereka cakap....tak boleh buat apa2,semuanya dah tamat.
Bila teman kerja,baru teman tahu,setiap pesakit ilat boleh dapat macam2!diaper,susu atau semua keperluan,wang tambahan pun layak dapat.
Sahabat tanya wang tambahan untuk apa?
Teman kata...wang tambahan yang di panggil layanan istimewa.Untuk abah teman boleh dapat hampir RM450.00 sebulan di samping barangan2 lain.lepas tau,baru teman usulkan pada pihak berkenaan yang datang menziarah setiap tahun.
Bila dah tahu,abang teman pun dapat...
Boleh le meringankan beban yang di tanggung.

Mungkin Mel tak kerja makan gaji,mungkin dia tak ada caruman socso,seandainya ada...
Boleh le pergi mohon,itu hak anda sebagai pekerja.
Di samping duit,anda juga berkelayakan untuk dapat barangan peribadi yang lain.
Jangan lupa tu..
Jangan malu2,semua tu hak kita.
Jika umur tak panjang,keluarga juga layak untuk dapat wang urusan perkebumian.Banyak juga..
Dengan duit tu,mungkin boleh ringankan urusan anda.Nak mati zaman sekarang,bukannya Free,berbayar semuanya.
Sahabat kata...Kalau dah tak ada duit,nak buat macam mana?
Teman jawap...betul,fardu kifayah.Tak selesaikan kita yang berdosa.
Sahabat kata...tau pun.Jangan lah fikir yang bukan2.Mati dulu,taulah orang uruskan.

Walaupun teman tak kenal Mel,tapi teman dapat rasai keperitan menjaga orang sakit,lebih2 lagi pesakit stroke.Amat2 menguji keimanan.
kepada keluarga Mel,sabar...
Dugaan untuk anda.
Bukan senang nak masuk syurga wehh!


Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI