MAS AIRLINES

DIA TERBANG DI AWAN BIRU


Untuk ke Vietnam,kami naik MAS AIRLINES.
Anak kecil teman tanya..tak takut hilang ke?
Teman jawap...ALLAH ada,ALLAH akan jaga kita dan pulang dengan selamat.
Anak teman kata lagi...ibu kena hafal surah AlFatihah dengan maknanya sekali baru ALLAH jaga kita.
Teman jawap...OK!

Sampai anak teman pun tahu pasal MH 370 dan MH17.
Satu hilang tanpa kesan,satu lagi di tembak jatuh berkecai di bumi.
Anak teman tanya...macam mana MH370 hilang?
Teman angkat bahu tanda tak tahu.Teman kata...itu semua kerja orang yang gila kuasa!Tak logik hilang macam tu je,kapalterbang tu bukan kecik kot?beso!kalau jatuh sekali pun,tak kan le tak de satu tanda pun..paling2 bodoh,bot penyelamat yang dah di cipta sensitif dengan air?atau....bagasi yang banyak tu atau buah manggis yang di perkatakan.
Semua tu tak ada...
Semua tu hilang tanpa pesan.
Anak teman tanya lagi...MH17?pun hilangkan ibu?
Teman jawap....MH17 bukan hilang tapi di tembak jatuh!
Anak teman tercopong mendengar.
Teman kata...MH17 kena tembak!orang2 yang ada kat dalam,semuanya mati...kesian kan?
Anak teman mengangguk je,teman tak pasti samada dia faham atau dia main angguk je.
Teman tak kesian kapal terbang,tapi kesian makhluk2 yang ada di dalamnya.Mati tak sempat sampai ke bumi.
ALLAH maha mengetahuinya.

Masa kami sedang menunggu,dari jauh teman nampak kelibat sebuah pesawat hendak mendarat,putih,merah dan biru kelihatan di badan sasanya.
Meredah awan perlahan mendarat dengan cermat.
Sah!MAS AIRLINES kami telah tiba.
Penuh gaya dia bergerak,perlahan melintasi kami.Hati sayu....
Terlalu banyak rahsia tersimpan di dalamnya.
Sebagai rakyat kami ingin kongsi sama2,tapi...ketelusan tiada,MAS AIRLINES sedang menanti untuk rebah.Tapi...dek kepandaian menyuntik dana sana sini namun tak menjadi.MAS AIRLINES berdiri kembali dengan menukar CEO dari melayu ke bangsa Jerman.Dengan gaji hampir setengah juta sebulan,lelaki Jerman ini akan cuba mengembalikan kegemilangan MAS seperti dulu.
Sebagai rakyat pelik bin ajaib tu tetap ada..
Dah habiskah rakyat Malaysia?
Dah pupuskah rakyat Malaysia yang bijak pandai?
Mengapa perlu mengunakan perkhidmatan orang luar,pada teman,biarlah khazanah kita,rahsia kita..
Jangan kongsi dengan orang luar,Buruk2 kita,kita sahaja yang lebih memahami apa yang kita mahukan.

Sahabat teman kata...suka hati 'dia'lah!saya malas nak fikir....
Dalam hati...ada benarnya,sukahati merekalah!kita komen banyak2 pun bukan boleh buat apa2,semuga MAS AIRLINES akan kembali gemilang seperti dahulu kala.
Semuga tiada lagi penganiyaan ke atasnya.Tiada lagi agenda tersembunyi sehingga mengorbanan banyak nyawa.
Semuga ALLAH lindungi kita semua...
AMIN...


Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI