KISAH SEORANG SUAMI

YANG HANYA JADI PAK TURUT!

Dulu...suaminya yang bekerja.
Siang malam pagi petang,suaminya yang keluar bekerja dan adakalanya hingga keluar negara.
Itu normal...
Suami bekerja itu satu yang normal dan tak pelik di pandang mata.

Isterinya?duduk melayan anak2,menguruskan mereka ke sekolah dan sebagainya.
Tak pelik,sebab isteri dok rumah urus anak itu juga normal dan tak pelik di mata kita.

Tup,tup...
Teman dengar,isterinya pula rancak bekerja!
Kesana kemari hingga tak balik berhari2.Bila di tanya...
kerja,kerja dan kerja.
Suami teman kerja juga,tapi tak le sampai tak balik rumah!
Isteri kata...dia keje untuk mengubah nasib  keluarga,dia sanggup meredah highway semata mata untuk mencari sesuap nasi demi keluarga.
Peliknya,kemana suaminya?
Bila di tanya.. 1001 macam alasan yang di beri.Letih Mak Leha mejaga anak seorang.Tak tahu apa maunya,yang pasti anak Mak leha 'terlebihlah  sudah'!

Selalu kakak teman tanya Mak Leha mana anaknya tu?Kakak kata...dah lama tak nampak si Linda,dia kerja Mak Leha?
Mak Leha jawap...keje...kejap kang ke kolompo,kejap kang ke Singapore,kejap kang kat kampung je..
Kakak teman tanya lagi...Keje apanya tu Mak leha?sebuk beno nampaknya?
Mak leha jawap...entah le..ada dia tunjuk gambo opisnya.Katanya keje jual ubat kikis karat..
Kakak teman hanya mampu kata...OOOOoooo...banyak le gajinya kalau macam tu!
Mak Leha kata lagi..entah le,dengo2 duit Singapore 7 ribu.
Kakak jawap...banyak tu Mak Leha?syukurlah Mak Leha,sape nak bagi duit kat kita kalau kita ta keje,zaman2 sekarang nak cari duit bukanya senang.
Mak Leha seorang ibu tua yang senang2 di kelentong oleh anaknya yang seorang ni,Mak Leha selalu cerita dengan mak teman,kisah hidupnya.
walaupun tak semua kakak tahu,paling tidak tahu juga,sebab Mak leha selalu jumpa emak teman.Kadang2 mengalir juga air mata tuanya bila mengenang anaknya yang kaler rambut macam omputih.Bila emak teman tanya...
Kaler apa rambut anak ko tu Leha?
Mak Leha jawap..hitam kot?sambil matanya melerek ke arah lain.Walaupun ternyata kaler rambutnya kaler omputih.Tapi sebagai mak,hitam juga jawapanya.
Kita tahu,dalam senyum Mak Leha pasti ada masalah.Anaknya rancak semacam!bila di tanya....sepanjang masa keje!malam pun sama...keje juga!Paling huru hara....bila hari sabtu pun keje!muahahahaha!
Siapa lah yang nak berurusan dengan jurujual ubat kikis karat pada hari sabut dan ahad?
Hantu kot?

Bila sesekali jumpa kat tepi selekoh depan rumahnya,kakak teman selalu tanya...
Mak Leha sihat?
Dia hanya senyum dan mengangguk lemah.
Linda mana?tanya kakak lagi.
Mak Leha jawap...keje.....
Kakak teman yang dah mampu pandu BMW pun tak keje hari sabtu dan  ahad,tapi anak Mak Leha keje selalu!
Dalam hati kakak...
kesian Mak leha...kene kelentong!

Begitulah hari2 yang di lalui oleh Mak Leha,si anak selalu buat siibu sedih.
Semalam..
Mak Leha datang rumah emak teman.Dia nangis beriya iya...
Mak teman tanya..kenapa ko Leha?
Mak leha senyap sambil mengeletar seluruh badan.Ada orang telefon rumah,kata si Linda berkawan dengan suaminya.Orang tu kata...dia nampak gambo Linda dengan suaminya.Dia merayu supaya Linda jauhkan diri daripada suami dia sebab anak2 dia masih kecik,dia merayu kat aku supaya nasihat kan Linda agar tinggalkan suami dia...
Terperanjat aku Jah..rasa nak tumbang dah tadi.
Emak teman beri semangat,ko duduk dulu,nanti aku ceritakan pada anak aku dan kita cari jalan.

Sebaik kakak teman tahu...
kakak teman pun kebuntuan,nak campur bukan masalah kita.Tak di campur...Mak Leha tak berhenti menangis.
Sedih sungguh hati Mak Leha..
Sebagai jiran,kita membesar bersama.Dari kecil Linda dan kami sama2 bermain ting ting...
kakak teman kata...kalau adik aku,dah lama aku CEPUK CEPUK si Linda tu.Kurang ajar!menyusahkan hati orang tua!degil nak MAMPOS!Dengan mak sendiri pun menipu!
Grrrrr...geram betul aku!
Teman hanya sekadar ketawa je,teman nak bantu pun tak mampu...Jauh sungguh perjalanan hanya nak settle kan masalah Linda si rambut blonde tu.Bagi teman...Linda bukan budak kecik,dia dah beso panjang,dah beranak pinak!ada suami dan cakap mengalahkan lawyer!
Kalau berdandan....sebiji macam orang muda,baju sendat mendat,singkat mingkat teman tengok.Kesian Mak Leha.....dialah jiran yang selalu gi belajo dengan emak kat masjid,dialah yang selalu bantu jiran2 bila ada kenduri kendara.Benarlah sepatah kata...
IMAN TAK DAPAT DI WARISI,
DARI SEORANG AYAH YANG BERTAQWA
IA TAK DAPAT DI JUAL BELI
IA TIADA DI TEPIAN PANTAI...
Begitulah kisah Mak Leha ibu yang normal,ibu yang berakhlak mulia tapi gagal mendidik anak ke jalan yang benar.
Bagi teman...semua tu bukan salah Mak Leha,tapi salah si empunya badan.
ALLAH beri kita fikiran bukan untuk di simpan tapi di gunakan!
Dah tahu melayan suami orang tu salah!kenapa si Linda buat?
Dah tahu kesana ke mari tanpa suami tu bakal mengundangkan fitnah.Kenapa buat juga?
Bila tanya kenapa suami tak ikut?
Dia jawap...suami dia keje.10 minit kemudian...bila kita tanya tak payah le keje,suami awak kan dah keje....cukuplah tu!Suami pun bukan keje gaji kecik2 tapi puluh ribu!
Dia jawap...dia tak keje!sekarang ni...5sen pun dia tak ada!
Kakak teman mula celaru...tadi kata suami tak keje,sekarang bila kita cadangkan suami dia ikut dia ketimur ke barat,dia kata keje pulak!Pening kepala kakak teman...
Bila di tanya pasal panggilan tu.Dia bersumpah janji setia...tak tahu menahu dan tak sudi nak pikat suami orang.Dia kata....dia boleh dapat orang kaya kalau dia ada niat ke situ.Mak Leha yang dok senyap dari tadi menyampuk!siapa nak ko!ko dah tua!baik le orang kaya tu cari orang muda!
Kakak teman ketawa dalam hati...
Betul tu Mak Leha,anak Mak Leha ni PERASAN!
Kakak kata lagi...
Apakata awak tak perlu le keje,suruh suami je keje,itu tugas suami bukan tugas awak!anak2 makin besar,perlukan perhatian.Pada saya baik awak beralah je.keje pun tak sesuai sebab melibatkan suami orang.Pada saya....duit bukan segalanya.Anak2 keluarga lebih penting.Lagipun akak tengok awak sibuk sangat?Tak ada masa langsung untuk diaorang.
Linda seorang wanita yang pandai berkata2 dan berdalih dalih...
Kita kata gini dia akan jawap gitu..
Kakak kata...
Sepanjang aku berbual dengan si Linda,gigi aku bergesel je...Geram betul aku tengok!degil betul!kesian aku tengok Mak leha...terkulat kulat pandang Linda.
Anak dia bercakap macam burung!mengincap!
Teman hanya kata...oklah tu,kau tolong nasihatkan,Mak Leha harap kan ko je kot?sebab tu dia tak malu datang rumah.
Kakak kata...betul......Mak Leha harapkan aku,tapi...tak selesai lagi.Bila kita tanya dia tak mengaku.Sumpah sambil nangis2.Aku rasa dia menipu lah...Banyak jawapan dia tak jujur,paling malang...suami dia tak boleh kata apa...Diam je.Macam kena bodoh je.
Teman jawap...ish!ko ni menuduh!berdosa wehh!
Kakak jawap...bukan menuduh,tapi sepanjang perbualan tu,dia diam dan hanya kata...saya dah pesan dengan Linda,isteri orang tu tahu ke,yang dia keluar dengan suami orang tu.Saya dah cakap macam tu kat Linda,tapi dia kata tahu..saya bior je le..
Kakak teman kata...TU JE sepanjang aku berbual,yang selebihnya...Linda kutuk habis2an suami dia depan kitaorang.sampaikan abang malas nak campur dan angkat kaki.
Malanglah bagi lelaki tu...
Biarkan isteri di usung ke sana ke mari.Selebihnya kita tak tahu...tapi..tulah,bila ilmu tak ada,semua di anggap remeh.

Kakak teman kata lagi...
Paling aku tak boleh tahan,bila Mak Leha kata...dia sedih bila dengar orang perempuan tu panggil suami Linda DAYUS!tapi suami Linda,dan Linda sendiri blurr!aku rasa diaorang tak faham kot makna DAYUS TU?
Teman hanya gelak je...mungkin kot?kesian kan?payah juga kalau suami tak garang sangat!isteri pijak kepala.Kang garang sangat,isteri kena ketuk kepala!
Kakak teman kata lagi...tulah pasal!aku tak boleh tolong sebab Linda punya dalih tahaf tertinggi,Si suami pulak diam je,Nak aku marah lebih2 anak orang!kalau adik sendiri mahu aku sepak dia keluar rumah!
Teman jawap..SEPAK JE!hehehehe...

Dulu....
Teman ada beri nombor phone pada seorang mamat hensem,masa tu teman gi hospital kerajaan sebab demam.Biasalah kan,untuk dapat rawatan cepat kita MESTI ada orang dalam.Masa tunggu turn ambil nombor,datanglah mamat hensem ni,bual punya bual dia beri teman angka giliran nombor 1,mak aiiii!teman punya le suka...
Masa dia minta nombor phone tanpa fikir panjang teman bagi je...pada teman tak luak pun kan?
Lepas dapatkan rawatan teman pun balik dan tak ada lah lanjutan perhubungan tu.
Tetiba...
Masa teman kat opis mak teman call kata ada perempuan nangis2 suruh mak teman bagitahu mamat hensem tu suami dia.Tapi...mak lebih kenal anak2nya.Mak teman hanya kata...
Awak jangan takut,anak Mak Cik akan cepat lupakan suami awak sebab dia tak suka kahwin suami orang!awak jangan susah hati ya...
Sejak tu...tiada lagi panggilan itu.Teman pun tak sempat nak borak dengan wanita tu...
Bagi teman mungkin begitu agaknya lelaki kita memancing wanita baru dalam hidupnya.
Mula2 lagak macam bujang,minta nombor phone dan bersembang...
Mula2 mungkin suka2,lama2 jatuh cinta..
Lepas tu...
Inilah jadinya!
Masing2 lupa status diri,hingga tergamak menduakan pasangan.

Untuk Linda...
Akak kenal awak dulu lagi...
Walaupun akak tak berapa tahu hitam putih hidup awak,tapi akak nak awak sedar perbuatan awak tu salah dan berdosa di sisi agama.
Awak ada anak2 yang sedang memerhatikan gelagat awak,awak ada suami yang sabar walaupun serba kekurangan.Itu pilihan awak,masa awak nak kahwin,Mak awak tak paksa,ianya atas kerelaan awak kan?
Masa awak menikah,kami sama2 rewang kat rumah mak awak,kopek bawang sambil manangis.Semuanya berjalan seperti di rancangkan.
Awak untung Linda..
Awak masih ada emak yang selalu jaga awak..
Awak tinggalkan anak2 dengan suami yang awak pandang cukup hina setelah tiada wang di saku.
Dulu...masa suami Linda kerja luar negara,akak dengar emak akak cerita,gaji suami Linda puluhan ribu.Banyak sangat!kami tercopong dengar!apa?RM30,000 RIBU?
Banyak nya...
Masa tu kita selalu selisih jalan,bila akak nak singgah rumah emak,mesti nampak Linda dengan anak2 baru balik dari makan2 kat luar.Masa tu...Linda tak pula kata suami Linda 5 sen pun tak guna!
Masa tu...Linda gunakan semua duit gaji suami sampai HABIS kot?sebab tu tiada 5 sen pun yang tinggal?

Sekarang,bila Linda buat perangai,akak rasa kesian kat Mak Linda,menangis 24jam.Emak akak selalu kata...Mak Cik Leha kau nangis je bila jumpa emak.Tak tahu nak pujuk macam mana lagi.
Walaupun Linda menafikan,tapi sebagai orang dewasa,akak tahu....
Linda sedang berdrama...
Linda sedang mencari skrip baru untuk menidakkan semua ini.
Emak akak kata...kesian suami Linda,senyap je..Tak berbunyi bila di tengking..
Linda boleh buat sesuka hati Linda je..
Tapi ingat Linda,langit tak selalu cerah....

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI