KERANA NILA SETITIK HABIS SUSU SATU BELANGA.

KERANA PENYOKONG MALAYSIA YANG BAHALUL!PERJALANAN KAMI KE VIETNAM TERANCAM!

Teman tak minat bola,teman tak campur hal ehwal bola sepak Malaysia.
Teman hanya dengar,baca kat blog je...
Sumpah!teman tak tipu...
Pada teman,bola sepak lelaki punya games kot?
Jadi teman terkecuali ya...adik2 abang2 sekelian.

Masa perlawanan bola,teman sedang menjamu selera kat Roa,Bangsar.
Makan nasi padang yang mahal cekik darah!

Perlawanan tu teman tak ikuti langsung!
Hanya esok pagi,bangun tido teman buka HP nampak berita,penyokong Malaysia telah mengasak penyokong Vietnam hingga berdarah darah!
Eee...merepek betul lah!





Teman kongsi sikit gambar untuk menunjukkan suasana tegang itu.
Pada teman,kalah menang adat perlawanan,Jangan le kalut sangat.Bila pihak yang menang mengejek pihak yang kalah.Ini juga punca paling tepat untuk kita nilaikan kejadian.
Macam kita dulu2,kalau kalah kan selalu mengamuk!Orang yang menang HAPPY je,orang yang kalah...STRESS!
Tambah2 lagi,orang Vietnam yang melambak kat Malaysia ni dah mula mengada ngada.Pada teman saja nak cari nahas!

Masalah kat atas bukan masalah teman.
Sebentar tadi,Kawan teman call.Dia kata...ada baca tak?rakyat Malaysia telah di pukul di Vietnam gara insiden ni.
Mula2 lagi teman dah agak...
Perkara ini PASTI!berlanjutan..

Ini semua emosi dan tak dapat terima kenyataan.
Bila orang kita kena pukul kat Singapore misalnya.kita pun marah!
Bila rakyat kita kena belasah kat Indonesia?kita pun marah juga...
Tak kira siapa,asalkan rakyat kita!pasti kita marah!
Samalah dengan mereka!sikit tidak dalam hati mereka pasti ada dendam.
Teman tanya kawan tu..
Habis macam mana trip kita?
Kawan teman hanya gelak...dia pun buntu nak fikir semua  ni.
Teman jawap..ini mesti kes mengejek ngejek ni,kalau tak...tak mungkin kena belasah!

Teman cadangkan,bila kita kat sana,kita buat dek je..
Jangan cakap apa2 pasal bola bagai!kita buat hal kita je...
Kawan teman gelak je..
Teman kata lagi..Kalau mereka nak pukul,Kita jawap...
Opss!Mak Cik tak campur arr...kami tak layan bola tapi kami layan filem Korea je...
Kalau mereka nak pukul kita juga...
Kita berserah pada ALLAH je le...
ALLAH je yang akan jaga kita.
Apa pun kita buat,kita kena kaitkan dengan ALLAH walau di mana kita berada.Pesan ustaz teman...

Kesan dari kejadian,
Kami dah cuak untuk ke sana,walaupun Wisma Putra kata tak ada apa2,jangan bimbang.Biasalah kan,kata2 untuk penyedap hati je.
Tapi teman yakin,tak ada apa2 lah...
Tak semua rakyat Vietnam beremosi,ada yang waras!

Kepada rakyat Vietnam,kejadian tu hanyalah melibatkan sedikit sahaja rakyat Malaysia.Tak semua sekepala dengan budak2 pendek akal ni,Polis kami juga sedang memburu golongan yang tak boleh terima kekalahan.Kat sini teman sertakan gambar2 budak2 tu.Kamu cari le kalau boleh...
Kalau dapat!ya terserah pada kamu aje..
Mau lipatkah?mahu congkil mata kah?SUKA HATI!


Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI