KAPALTERBANG HILANG LAGI?

KALI INI BUKAN MAS TAPI AIRASIA..

Di saat negara kita sedang menhadapi banjir beso,kita di kejutkan pula dengan kehilangan kapalterbang milik AIRASIA dari radar,bertolak dari Surabaya pukul 5.30pagi dan sampai di Singapore pukul 8.30pagi,malangnya kapalterbang itu tak muncul2 hingga kini.
Seramai 155 orang di bawa pergi tanpa pesan sebaris kata.

Kecut perut bila kita fikir kemungkinan mendatang.Masa teman terbang tempohari,teman juga terfikir akan kehilangan kapalterbang atau penembak tepat di mana mana.
Sebelum pergi,teman mohon ALLAH lindungi teman dan semua rakan taulan.
Sebelum masuk ke dalam perut kapalterbang teman mohon lagi keselamatan dari ALLAH.Sebaik kapal nak terbang ke udara,teman doa lagi dan lagi dan lagi....
Bila dah tinggi pun ALLAH tetap ada dalam hati kecuali bila teman terlelap sebentar.
Masa kapal nak turun,hanya ALLAH dalam hati.Anak2 juga turut sama berdoa agar perjalanan kami selamat pergi dan kembali.

Syukur....semuanya masih dalam kasih sayang ALLAH.Kami selamat dan sekarang berada di rumah masing2.
Serik?
Tak lah!nak serik macam mana?ALLAH kan ada.....
Mati itu pasti,hanya caranya sahaja yang kita tak tahu.Apa2 pun...mati maknanya kita jumpa pencipta,kenapa perlu takut?
Sahabat kata...cakap senang le,dosa banyak!
Teman akui,tang tu le yang buat kita TAKUT yang amat sangat.Entah di terima segala amal atau tak pun kita tak tahu..Yang pasti,kita cuba buat yang terbaik,sentiasa mencari ilmu agar kita semakin sempurna.
Tu je yang boleh di lakukan,yang pasti...jangan jemu mencari ilmu bagi mengisi ruang jiwa yang ketandusan.

Kali ini,sebaik tahu sebuah lagi kapalterbang milik AIRASIA hilang.Dalam hati...subhanallah!apa sebenarnya yang ALLAH cuba sampaikan pada kita semua.Apakah kita sudah terlalu jauh dari landasan?atau apakah dosa yang kita semua telah lakukan?
Banjir besar,kapalterbang ghaib tanpa kesan,kapalterbang di tembak terang2 dan kini kapalterbang hilang dari radar.
Muhasabah diri...

Sahabat kata...AIRASIA urusniaga di Indonesia.Walaupun urusannya di Indonesia,tapi logo tu dah senonim dengan kita.
kehilangan yang benar2 mennguji kewibawaan kita.
Sepatah kata Tony Fernandes....kehilangannya merupakan satu mimpi paling ngeri.

Dalam kejadian ni,teman hanya mengharapkan  155 orang tu selamat dan dapat bersama keluarga tercinta.
Tak tergamak nak bayangkan lebih lebih..
Namun jauh di sudut hati...
Kemungkinan 'itu' tak mustahil berlaku.
Hanya dapat berdoa mereka selamat dan pencarian di permudahkan oleh ALLAH.
Aminn..


Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI