ISU TERKINI PALING SENSASI!

ALI ABD JALIL DAN ALVIN PORNO.

Sahabat teman kata...
Budak 2 ekor tu dah lari keluar negara kan?
Teman tanya balik...2 ekor mana?
Sahabat kata lagi...alaaa...budak melayu dengan budak cina tu!
Teman baru teringat Ali Abd Jalil dan Alvin rupanya.
Teman kata..ooo budak2 tu.Alvin dah lama keluar kan?budak melayu tu baru je kan?
Sahabat ngangguk tanda setuju.
Teman tanya lagi,diaorang ke mana?
Sahabat kata..
Alvin ke AS dan budak melayu tu ke Sweden.
Teman tanya lagi...sorry!saya tak ikuti kes diaorang.Alvin tu cuma bogel je kan?Budak melayu tu buat salah apa?
Sahabat kata...Budak cina tu,bogel,kutuk islam dan mempersendakan institusi beraja.Budak melayu tu pun sama...menghasut dan memperlekehkan institusi raja.Dua2 keluarkan status kat FB.
Teman hanya mampu angguk tanda faham.Dalam hati....kes biasa je?Mereka sekadar meluahkan isihati.Kalau salahpun tak sampai membunuh kan?
Tapi...dek sebabkan melibatkan orang ado ado...semuanya jadi salah beso!

Pada teman,tak payah lah di layan budak 2 ekor tu.Buang masa dan melekakan je.Kerja lain tak boleh buat kalau dok mengurus budak 2 ekor ni.Peliknya...menteri pun melayan!menteri ni tak ada keje ke?walhal,banyak perkara lain yang lebih penting untuk di selesaikan.Balik balik...kes budak ni juga yang keluar hari2.Mula2 rakyat tak faham,lama2 jadi faham...kes sikit je..
Alvin tu memang biadap!tak tahu malu...
Bogel selamba je,kita nak selak tunjuk kelengkang pun malu.Dia?dah bogel habis!budak macam ni pun kerajaan takut?
Isu dia kutuk islam tu teman ada baca...dalam hati,dasar manusia bodoh sombong,payah nak jaga!dasar orang tak ada SIVIK memang susah nak di ajak berunding.Lantak dia le,kita doakan semuga ALLAH kurniakan dia hidayah.Mungkin dia akan berubah menjadi lebih baik dari kita.
Pada teman,dia memang biadap dan perlu di ambil tindakan.Masalahnya,awat terhegeh hegeh nak ambil tindakkan sampai dia boleh keluar lari dari Malaysia?
Bila dah jauh,dia boleh buat apa je...
Kita nak buat apa?nak tangkap makayah dia?tu bukan cara yang betul.Orang lain buat salah,tak kan orang lain kena tanggung?tak gitu Mak Jemah?
Si mamat seorang lagi tu,pada teman,juga perlu dia ajar,caranya?piii jumpakan dia dengan sultan yang dia kutuk tu,bagi kan penampo kiri kanan,insyaALLAH elok le nanti perangainya.Macam anak2 kita le,kalau sekali maki,kita cili mulut dia sampai merah.Tobat lahom dia tak akan buat lagi.Tapi...kalau kita setakat cakap2 belakang je,mana maunya.

Kita pun satu hal,bila rakyat kutuk Raja,marah bukan kepalang!
Bila rakyat kutuk Nabi,kutuk ALLAH...say sorry only!Settle!
Kadang2 kita pun makin  celaru jiwa.Terlalu melebih2 sangat mengampu.Kadang2,orang2 berkenaan tu ok.Bincang elok2,mereka mesti faham.Sedangkan ALLAH pun ampunkan salah kita,mohon maaf,taubat nasuha bersungguh sungguh.InsyaALLAH akan terampun dosa2 kita.
Orang2 bawah2 ni kadang2 lebih sudu dari kuah.Ustaz pernah cerita...
Seorang ustaz di panggil mengadap seorang raja,masa dia sampai di istana,ustaz tu hanya pakai jubah dan kopiah je.Orang bawahan tu tanya...
Ustaz tak boleh pakai baju macam ni.
Ustaz tu tanya balik....kenapa?Inilah baju terbaik yang saya ada.
Orang bawahan tu kata lagi...ustaz kena pakai baju melayu,bersamping dan bersongkok hitam serta berkasut.
Ustaz tu jawap...baju nilah yang saya gunakan untuk solat,untuk jumpa ALLAH,bagi saya...ALLAH lebih penting dari manusia.Saya jumpa ALLAH guna baju ni,tak kanlah saya nak jumpa Raja ,saya terpaksa pakai baju lain yang lebih baik yang awak maksudkan?maknanya saya lebihkan manusia dari ALLAH!Jika baju ini jadi masalah,saya mohon undur diri.
Orang bawahan tu kata lagi...undang2 ustaz,saya hanya menjalankan tugas.
Ustaz tanya balik...sekarang beritahu saya,samada raja nak jumpa saya atau tidak?
Setelah berbincang sesama sendiri.Akhirnya ustaz tu di pertemukan juga dengan raja.
Sebaik masuk mengadap,raja tak kata apa2 pun...Raja beri salam dan menyantuni ustaz dengan baik.
Kesimpulannya....kadang2 orang2 bawah lebih mengada ngada dari raja!
Tak gitu Kak Jemah?

Suami teman juga pernah main golf dengan Sultan Mizan,masa Sultan masih jadi Agung.Masa ambil hadiah,mereka di ajar untuk angkat tangan (sembah) sebelum terima hadiah.Masing2 di ajar mengangkat tangan tanda hormat.Sampai turn seorang lelaki cina,dia cuba melakukan sembah hormat paling terbaik.Tapi..biasalah kan,mana nak kepit barang kat ketiak,mana nak jaga tangan...semuanya jadi huru hara!tapi..sultan Mizan hanya senyum je.Dia tak murka,dia tak melenting sebab dia tahu,rakyat biasa macam lelaki cina tu,sembah hormat kat sultan sekali dalam hidup.Itu bukan rutin dia sehinggakan dia boleh melakukan sebaik askar pacak.
Kadang2 raja faham,raja zaman ini bukan macam Sultan Mahmud mangkat dijulang!
Raja zaman sekarang lebih terbuka.Mereka pun tak le zalim sangat.
Tapi...
Penasihat kiri kanan yang perlu main peranan.Bukan melebih2!

Kalau dua ekor ni kutuk islam,teman setuju dibuang kat laut Hindi sana!suruh diaorang piiii cari MH370 yang berakhir di sana.Sepatah kata PM lah kan?
Orang macam tu,tak perlu di simpan lama2,kalau setakat kutuk raja,maafkan lah dia...
Kita maafkan dia nanti ALLAH maafkan kita pula.Kita mudahkan urusan orang lain,nanti ALLAH mudahkan urusan kita pula.
Raja,menteri macam kita je,manusia biasa...
Tak ada beza cuma harta dan kuasa beza paling nyata.Mati pun tanam kat dalam kubur,bukan gantung kat udara.Bila masuk kubur,7 langkah orang tinggalkan kuburannya,malaikat dah maiii tanya soalan.Malaikat belasah pun sama je...mana ada pilih2,tak boleh jawap,kena kitai macam ayam jumpa cacing.
Tapi....
Jika raja,pemerintah lebihkan islam dalam pemerintahannya,syurgalah perginya.Tapi kalau sebaliknya?tepuk le dada tanya selera.Raja,sultan,mereka antara manusia yang akan di panggil terlebih dahulu dari kita.Di hitung,di hisab dengan adil.Setiap kebaikan ALLAH akan balas dengan kebaikan,setiap kejahatan akan di campak masuk neraka.
Semuanya ada di tangan anda semua.Mahu memberi keampunan atau meneruskan ego anda sendiri.

Bagi teman yang salah tetap salah,yang derhaka tetap derhaka.Hukumlah mereka seadilnya.Tarbiahlah mereka agar menjadi rakyat yang taat pada pemerintah.
Jika di ganas lawan ganas!mereka tetap akan melahirkan penganas!.
Jika di adili dengan penuh berhemah,mereka akan melahirkan pelapis yang lebih baik dari mereka.
Fikir fikirkan lah...

kepada anak2 yang lain...
Jangan jadi seperti mereka,tak suka senyap je...
Jangan kata apa apa....
Ada mata pandang ada telinga dengar ada mulut diam...
Nescaya kita akan selamat di bumi bertuah ini.


Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN