HI TEA RAKAN SEKULIAH

BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA.

Kuliah masjid ini,mulai tahun 2005.Lamanya...
Tapi..teman turut serta sekitar hujung tahun 2012.
Hari pertama teman pergi,sendirian tak berteman.Teman capai beg,letak pen letak buku sekeping.Teman berjalan selamba.
Malu?
Of Course!siapa kata teman tak malu..
Malu sebab...
Teman tak tahu hujung pangkal....Pendek kata!
Teman memang tak tahu apa2 pun!
dan malu sebab teman tak kenal sesiapa pun!melainkan seorang kakak yang mengajar anak2 teman mengaji.
Dia selalu bagitahu teman hari ini ustaz apa dan apa...
Tapi...yalahkan..ALLAH belum cuit hati teman.Sms tu semua teman abaikan atas alasan tak ada masa,nak ambik anak balik sekolah.Kebetulan kelas mula pukul 5.30 petang dan anak teman balik pukul 5.30 petang seorang dan pukul 6.00 petang seorang.ALLAH maha mengetahui,bukan teman tak mahu pergi belajar tapi tak berkesempatan.
Bila anak kedua habis sekolah,teman tak ada alasan lagi.Anak2 dia boleh uruskan.Dan teman tak perlu kata apa2 lagi.
Peluang untuk menyertai kuliah terbentang luas!

Tiada alasan lagi dan akhirnya teman gagahi ke sana.
Berjalan dengan tekad di hati...kenapa mesti malu?mereka sama sahaja.Mereka juga pelajar macam teman.Tiada bezanya.Yang membezakan kami hanyalah pangkat,harta dan fizikal sahaja.

Mula2 dulu,mereka belajar di dewan makan yang terbuka.Teman sampai dan dok belakang sekali,teman tiada keyakinan,Sampai dan duduk diam2.Tak berbunyi,tak bersuara.Hanya orang2 lama yang datang menyapa.Lama lama teman dah ok,dah ada kayakinan diri untuk bergaul.Sampai tahaf ustazah datang salam dengan teman,masa tu,teman ingatkan pelajar sama dengan teman.Tau2...dia dok depan kepala meja.Masa tu...subhanallah!malu sungguh teman.Ustazah cari teman dan menyantuni teman.
Dalam hati...teruknya aku!

Rakan sekuliah teman orang baik2,berilmu dan tak meninggi diri.Mereka baik2 belaka dan melayani teman samarata.Kebetulan mereka lebih tua dari teman,memudahkan hubungan itu berjalan seperti yang di harapkan.
Lama2 teman dah selesa dan dapat bergaul dengan baik.Cuma ada majlis yang tak dapat teman hadiri,atas sebab anak2 juga.Tapi mereka rancak mencari jalan pulang.Mencari keredhaan ALLAH.

Hi tea kali ini ,adalah kali pertama di anjurkan.Teman pergi sekadar memberi sokongan moral buat mereka.Seronok walaupun bergaul dengan opah2.Mereka bukan sembarangan.Berakal dan berilmu.Kebanyakkan pencen guru dan jabatan2 kerajaan yang lain.
Pada teman,mereka dah berjaya,walaupun tak glamour macam artis,setidak2nya mereka mencari keredhaan sebelum MATI.Mengisi masa dengan belajar dan belajar..

Kadang2 teman cemburu,kehidupan mereka santai dan tak lagi mengejar masa.Bagi mereka,tidaklagi perlu melihat jam di tangan,tidak lagi perlu mengejar waktu untuk pulang.Hari2 yang di lalui santai dan bersahaja.

Masa mula2 sahabat teman ajak pergi.Dalam hati...mesti boringg...
Almaklum,majlis warga emas,tak ada karoeke,tak ada nyanyi2..Yang ada hanya lagi Ya Ha Na Na yang menjadi tajuk hari ini.
Rupa2nya...Mereka pun ROCK juga!cuma sopan.....
Sepanjang majlis berjalan,ada suai kenal dengan seorang dua memperkenalkan diri.Menceritakan bagaimana kesedaran untuk belajar tu timbul dalam hati.Masa muda,kebanyakkan kita leka dengan urusan hidup,bila dah tua2 baru terfikir jiwa tu kosong.
Dalam hati..mujur juga ALLAH beri hidayah.Kalau tak......mati susah le jawapnya.

Masa mudah kita takut jadi tua.Sebenarnya datang tua tu kita tak sedar.Diam2 uban keluar,diam2 sakit lenguh sendi pun datang,diam2 gigi sakit dan terpaksa di cabut.Bila jumpa doktor...
Saya sakit gigi doktor...
Buka mulut....oh...gusi dah tak kuat nak pegang gigi,kena cabut,kalau tidak akan sakit sampai bila2.
Makanya sebatang demi sebatang di cabut dek doktor.lama2 rompong!
Dalam diam2,kulit makin kering,tulang makin rapuh,rambut pun makin kusam.Jangan kata tak makan ubat lah ya....semua perempuan seawal umur 30-an dah mula ambil makanan tambahan.Termasuk le teman....
Tapi...
Muda lawannya tua.Yang penting sihat dan pandai jaga penampilan.
Purata rakan sekuliah teman,semua tua tapi cantik bergaya.Mereka tak solek tebal,tak pakai bulu mata palsu macam Che Ta.Jauh sekali ngerbang rambut.
Yang ada kat hadapan teman...
Berjubah,berkerudung labuh menutup dada,memakai stokin,pendek kata...tutup habis!
Tapi..
Tetap manis di pandang mata.

Mereka inspirasi teman,jika teman di panjangkan usia.Teman akan menjadi seperti mereka,sopan ,anggun dan yang penting berilmu.
Tak perlu berdandan moden,cukup dengan memakai jubah hitam,berkerudung hitam berstokin hitam....kita tetap manis daripada anak dara.Kalau tak percaya!cuba lah!..
hehehe..



Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI